Rabu, 16 November 2011

Tips memutuskan cinta

Cinta itu tercipta daripada dua jiwa yang saling menyayangi antara satu sama lain. Namun, adakalanya kita perlu terima cinta seseorang semata-mata untuk menjaga hati si dia kerana untuk menjaga hati si dia dan perhubungan kawan yang sedia ada. Tetapi apakah ertinya sesuatu perhubungan itu sekiranya hanya satu pihak saja yang merasakan cinta dalam dirinya? Adakah itu cinta? TIDAK!

Perlu ke anda putuskan perhubungan itu? Semuanya terpulang kepada anda? Apa yang penting, cuba pupuk diri anda untuk menyayangi si dia sebelum terus menerus tolak si dia atau sekurang-kurangnya beri dia peluang untuk membuktikan dia terbaik untuk anda. Kerana mungkin dia adalah yang terbaik untuk anda. Namun, jika anda tidak mampu lagi memendam rasa, buat apa memaksa diri? Jika anda kasihankan dia, siapa pula akan kasihankan anda? Fikirkan...

1.Terus Terang
Cara yang terbaik ialah dengan berterus terang tanpa perlu membazirkan masa dan permainkan perasaan dia. Elakkan mengggunakan e-mail, sms atau apa-apa medium lain untuk menyampaikan rasa hati anda selain dengan jumpa 'face to face'. Ini kerana mungkin sukar sekiranya anda mengharapkan untuk kembali menjadi kawan. Bagi perempuan, sekiranya anda takut dia akan memukul anda, anda bawa sekali kawan anda sewaktu anda berjumpa dengannya tapi pastikan hanya anda berdua saja yang berada dalam situasi tersebut dan persekitaran bebas gangguan atau bunyi bising.

2.Elak terus memberikan harapan
Kalau hati dah nekad memutuskan cinta, buat apa memberi harapan lagi? Hentikan segala layanan istimewa anda terhadap dia. Jangan terus menerus memberikan harapan palsu apatah lagi berniat untuk permainkan dia.  Jika semalam anda sering memberikan senyuman palsu pada si dia, hentikan saja hari ini. Biar dia perasan perubahan anda sehingga membuatkan dia terfikir, anda bukan miliknya.

3.Sibukkan diri anda
Jika tiap-tiap hari anda terpaksa melayan sms atau call daripada dia, jarakkan diri anda. Berikan alasan bahawa anda sibuk, terlalu penat, tertidur atau apa saja alasan yang mampu membuat dia tersinggung. Cara paling mudah beli nombor telefon baru dan jangan berhubung dengan dia lagi. Memang agak kejam kerana anda tidak mahu melayan si dia, tapi apa boleh buat, kasihankan dia atau kasihankan diri sendiri?





4.Elakkan mempunyai 'link' dengan si dia
Elak mempunyai apa-apa kaitan dengan si dia. Jika sebelum ini Facebook anda penuh dengan gambar-gambar anda yang di tag si dia, buang semua tag tu dan buang segala gambar anda dan dia. Jangan lupa tukar status relationship kepada single. Sakitkan hati dia dengan status-status yang menunjukkan anda masih single dan mungkin dengan gambar anda mesra dengan kawan-kawan yang lain.

5.Sebarkan cerita anda bersama orang lain
Sebarkan cerita pada kawan-kawan anda, anda benci dia mahupun anda masih single. Mungkin anda boleh main-main cinta dengan kawan karibnya dan dengan sengaja anda mengatakan pada kawan karibnya anda dan dia tidak ada sebarang hubungan istimewa. Jika ada sebarang majlis yang dihadiri dia seperti majlis kahwin, pergi berdua dengan kawan karibnya. Pasti makan hati! 

6.Jadi seseorang yang dibenci di mata dia
Fahami dia dan ketahui apa yang dia benci, dan jadilah orang yang dibenci itu! Jika dia benci anda tidak menghormati keluarganya dengan mengutuk keluarganya, maka kutuklah keluarganya 'kaw-kaw' dihadapan dia. Namun, dosa, sepak dan terajang anda tanggung sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan