Jumaat, 11 November 2011

BERLIBUR DARI ENKLAF DUA IKONIK, JUMA & LOFA


BERLIBUR DARI ENKLAF DUA IKONIK, JUMA & LOFA
GANDINGAN DUA FIGURA IAITU PEMENANG PENGACARA NONA MUSIM KELIMA 2002 DAN DEWI REMAJA 2010 DIPENTAS PERAGAAN MASiF 2011, MENGGAYAKAN BUSANA WANPA COUTURE KELIHATAN NYATA MENONJOL, SAMA MUDA JELITA, PUNYAI AURA TERSENDIRI, SINONIM DENGAN KEPETAHAN BERBICARA, POPULARITI YANG TAK PERNAH REDA DEK DUNIA GLAMOR… DIPERTEMUKAN SEBAGAI PENGHIAS KULIT NONA BERTEMAKAN PERCUTIAN UNTUK EDISI NOVEMBER 2011 KALI INI. BAKAT YANG BERGEMERLAPAN, DATIN NORJUMA HABIB MOHAMED DAN SELEBRITI YANG MULA MENDAPAT PERHATIAN RAMAI, NOOR NEELOFA MOHD NOOR ADALAH GANDINGAN UNGGUL YANG BUKAN SAHAJA MEMPERTARUHKAN PARAS RUPA MALAH MEMPAMERKAN DAYA INTELEKTUAL YANG TAK DAPAT DISANGGAH. “THE PERFECT EXAMPLE OF BEAUTY WITH BRAINS,” DETIK HATI PENULIS. SEIRING TEMA, NONA BERKONGSI DESTINASI LIBUR KEDUA-DUA IKON MANTAP INI SELAIN MEMBICARAKAN PERKEMBANGAN TERKINI…
DATIN VERSATIL NORJUMA HABIB MOHAMED
Bersua Juma; bekas hos Nona, pengacara Wanita Hari Ini, Kewangan Islam dan Keluarga Di9, mengimbau gambaran minda penulis akan kefasihan hujah dan kelantangan idea, di samping pembawaan cerminan bebas kontroversial, si cantik manis berhijab bawal, ibu kepada tiga orang putera dan isteri kepada Datuk Mohamed Nazim Tun Razak; bagi penulis…punyai daya tarikan tersendiri bukan sahaja dari lenggok lemah gemalainya, tetapi juga kelunakan pendiriannya. 
Pertemuan sulung penulis dengan Juma, seperti mendapat gagak putih, bertempat di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan itu diam tak diam membuatkan Juma tersenyum berkati-kati. Apa tidaknya, itulah lokasi janji temu sulit Juma ‘tika berpacaran dengan Nazim dulu. Juma hadir hanya berbusana kasual, wajah polos tanpa secalit riasan, tampak benar kudus… penulis sedar banyak mata yang mencuri pandang tatkala kelibatnya muncul. Namun, itu barangkali situasi yang dilampaui Juma sebagai jelitawan terbilang sehari-hari. Nasib pula tidak mengeloni krew penggambaran foto untuk mengadakan fotografi luar melihatkan gabak di hulu tanda akan hujan.
UNIK TENTANG JUMA

 
Menguis tabir jendela kehidupan serba-serbi bahagia dan mewah Juma, apa yang anda belum tahu tentang dirinya adalah fobianya jika “Bahasa Melayu hilang didunia” misal kata-kala beliau bercuti ke luar negara umpamanya; beliau obses membawa himpunan ceraian rencana bahasa melayu selama seminggu, bersama. Bukan apa, to feel at home… Percaya tak percaya penulis dibuatnya; tapi itulah yang hakiki. Empunya diri yang gemar mengungkap “Ok lah” dihampir setiap baris ayat, pencandu rona sirap mawar selain hijau pucuk pisang ini, rupa-rupanya seorang perahsia dan low profile terutama hal peribadi..
Peminat killer heels serta pemuja aksesori cincin dan jam tangan ini juga punyai anugerah menjahit yang terbit secara semulajadi ketika mengandungkan anak ketiga. Keinginan menjahit manik yang melonjak-lonjak pada tudung bawal terutamanya, telah membawa kepada inspirasi untuk menjana pendapatan; selain fetisy mengadun dan membakar kek setiap hari, adalah antara yang pelik tapi benar tentang Juma; anak kelahiran Bayan Baru, Pulau Pinang, sekampung dengan penulis.
PERCUTIAN
Menyentuh erti percutian itu sendiri, bagi Juma,”You’ve got to travel with the right people!”. Keseronokan berlibur itu bergantung kepada kelompok di sekeliling kita. “Destinasi percutian eksotik yang pernah saya jelajahi adalah Nice, South of France yang begitu simbolik di mana, saya dan suami menyewa kereta dan mengembara tanpa arah tuju. Lebih manis lagi, selok-belok jalan di pesisir pantai itu merupakan salah satu lokasi film terkenal-Iron Man 2. “I’ve been ecstatic by so many distinct and jaw dropping panorama around the world that it’s near impossible for me to single one out. Simply driving along the coastal road between Nice and Monaco gets me every time,”terang Juma mengimbau kenangan indah yang masih tersimpul dalam ingatan.Bercakap tentang percutian paling mengerikan, Juma cuba mengimbas detikdetikcemas pada tahun 2009, ketika bercuti bersama rakan-rakan karib di London dimana, mogok pengangkutan awam sedang berlangsung yang memakan hampir selama empat hari. “Selama mogok itu berjalan, bayangkan kami terpaksa berjalan kaki sahaja sehari suntuk dari kota London ke East End of London kerana perkhidmatan kereta api bawah tanah, bas, dan teksi yang tergendala. Sungguh tragis!,” imbau Juma.


NEELOFA BINTANG BARU YANG KIAN BERSINAR
Usai dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010 namanya kian menjadi sebutan. Malah, dia juga kini semakin menjadi pilihan kebanyakan pengarah untuk membintangi filem mahupun drama arahan mereka. Dalam tempoh yang singkat sahaja namanya mudah melekat dibibir peminat. Neelofa, sebutir lagi bintang yang kini semakin bersinar dipersada seni tanahair. Sejujurnya, biarpun dianggap masih ‘hijau’ di dalam dunia seni lakonan namun tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bakat lakonan gadis jelita ini adalah sehebat artis-artis popular tanahair. Bukan sekadar bersandarkan rupa paras yang menawan, Neelofa juga berjaya membuktikan bahawa dirinya benar-benar berbakat. Sebaik bergelar Dewi Remaja, peluang untuk berlakon datang mencurah-curah. Itulah yang dinamakan rezeki.
DIHIMPIT KONTROVERSIApabila bergelar artis bermakna seseorang itu harus bersedia menghadapi segala kemungkinan sebagai asam garam dunia artis termasuklah kontroversi. Neelofa turut tidak terlepas dari kenyataan itu. Saat namanya sedang dikenali, terpalit jug abeberapa kisah kontroversi yang melibatkan dirinya. Hakikatnya, ia cukup menyakitkan. Sebagai artis baru, Neelofa hanya mampu berdiam diri sambil menganggap semua kontroversi itu adalah gosip kosong semata-mata. Tidak mahu terlalu memikirkannya, Neelofa terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Fokusnya kini hanyalah satu iaitu memberikan sepenuh perhatian kepada perjalanan seninya yang baru bermula.
Neelofa sedar selagi dia berada di landasan yang betul tiada apa yang perlu digusarkan. Melihat kepada riak wajahnya, Neelofa sememangnya seorang yang tabah. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi penawar kepada segala duka dihatinya.
MINAT BIDANG PENGACARAAN
“Sebelum saya menyertai pertandingan Dewi Remaja, saya sebenarnya sudahpun aktif di dalam iklan komersil selama tiga tahun. Saya menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk mengembangkan bakat saya di dalam bidang pengacaraan serta iklan komersil. Saya bercita-cita untukpergi lebih jauh di dalam kedua-dua bidang itu. Tidak sangka pula saya akan memenangi pertandingan tersebut. Selepas tamat pertandingan, banyak tawaran berlakon filem dan drama yang saya terima. Saya menganggap itu sebagai satu rezeki.
PERCUTIAN SATU TERAPI
“Bagi saya, makna percutian adalah keluar dari situasi yang sedang kita hadapi kepada ‘dunia’ lain yang penuh dengan ketenangan, keindahan serta berbeza secara keseluruhannya. Percutian membantu mengembalikan semangat kepada diri kita. Ianya ibarat terapi dalam kehidupan kita. Jika ditanya, memang saya seorang yang gemar bercuti. Kalau dahulu, sebelum bergelar artis saya kerap keluar bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. 
Antara destinasi percutian yang sering menjadi pilihan adalah Paris dan Sepanyol. Biasanya, percutian saya dan keluarga banyak ke negara-negara luar kerana mahukan suasana yang berbeza. Tetapi kini masa saya sangat terhad kerana terlalu sibuk dengan penggambaran, sesi fotografi dan sebagainya. Mujurlah keluarga dan juga rakan-rakan memahami diri saya. Biasanya kami akan berhubung melalui Twitter atau BBM sahaja. Untuk mencari ketenangan biasanya saya akan memilih pulau sebagai destinasi percutian yang saya anggap eksotik. Selain hembusan bayunya yang menyegarkan saya juga sukakan bunyi kicauan-kicauan burung yang menghiburkan. Dengan itu,segala tekanan lenyap begitu sahaja. Selain itu, jika bercuti ke pantai aktiviti yang ‘wajib’ saya lakukan ialah bermain jet ski. Sekarang ini saya sedang berjinak-jinak pula dengan aktiviti diving. Manakala untuk destinasi membeli belah pula biasanya saya akan memilih Hong Kong dan Paris. Biasanya sebelum pergi bercuti saya akan melakukan persiapan awal antaranya menghubungi orang yang saya kenal di sana. Jika di Dubai dan London, saya memang sudah ada saudara yang menetap disana,” ujar Neelofa yang sentiasa menjaga kecantikannya dengan mengambil vitamin, minum air kosong secukupnya di samping jamu buatan tempatan. Bagi Neelofa, kecantikan dalaman itu adalah yang paling penting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan