Rabu, 9 November 2011

Dia ‘Berposing’ Bikini Pulak Dah…

7879
 
24
 
14
 
7921
share
Baru-baru ini kecoh di internet tentang penyebaran beberapa keping gambar seorang selebriti wanita yang bercium sakan dengan kekasihnya.
Walaupun yang empunya diri mengambil sikap berdiam diri, ramai mengaitkan gambar itu dengan Nabila Huda, anak penyanyi rock legenda, Amy.
Sebelum ni pun ramai yang terkejut bila dengar Nabila nak bercerai, sebabnya tak ramai yang tahu rumah tangga yang sudah dibina lebih tiga tahun ini sudah dilambung badai.
Kisah keretakan rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak sekian lama.
Tetapi dah ada beberapa wartawan yang terserempak dengan Nabila di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang mahu mendaftarkan penceraian mereka.
Khabarnya sebagai bapa, Amy sudah menasihati anak perempuannya itu agar menjaga tingkah lakunya.
” Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang.
Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku ”

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan syabas kepada Amy atas nasihat itu kerana tingkah laku Nabila nampaknya semakin tidak dapat diterima masyarakat.
Namun persoalannya, adakah nasihat sebegitu sudah cukup…penulis tidak mahu mengajar Amy kerana dia lebih tua dan lebih tahu apa yang terbaik untuk keluarganya tetapi tetap berdoa dan berharap agar dia dapat lakukan sesuatu agar Nabila dapat berubah
Penulis percaya Nabila bukan jahat tetapi dia mungkin salah memilih pendekatan dalam usaha untuk memulihkan masalah yang dihadapainya.
Semoga apa yang menimpa dirinya dapat menjadi pengajaran untuk artis-artis lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan