Selasa, 8 November 2011
Serlahkan kecantikan diri
Cipta gaya dan pesona dengan solekan yang menawan agar setiap mata yang memandan g akan tertumpu pada bibir indahmu . Tidak perlu hiasan yang sarat , cukup hanya den gan padanan busana teran g, pasti penampilan kamu lebih menawan .
Bibir kecil dan mungil bukan bererti kamu tidak boleh menonjolkan kecantikan bibirmu. Hanya dengan solekan yang sesuai, bibir akan menyerlah dan setiap mata yang melirik padamu pasti akan terpesona dengan auramu.
1. BEDAK ASAS
Sapukan rata pada wajah bagi menjadikan kulit tampak sekata.
2. PEMBAYANG MATA
Sapukan warna keemasan pada elopak mata. Warna ini sengaja digunakan kerana ia sesuai untuk kamu yang ingin menonjolkan bibir kerana andai menggunakan rona yang terang, bibir akan sedikit tenggelam.
3. BULU MATA
Carilah bulu mata yang sesuai dengan bentuk mata. Kemudian gunakan maskara bagi melentikkan dan mengemaskan lagi bulu mata.
4. LIPSTIK
Untuk sentuhan terakhir, sapukan lipstik rona merah jambu terang pada bibir. Gunakan jari untuk membersihkan lipstik yang terkeluar daripada garis bibir. Rona merah jambu terang mampu memberikan kesan segar pada bibir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan