Jumaat, 11 November 2011

GAYA PERCUTIAN MEWAH DALAM KEDINGINAN

GAYA PERCUTIAN MEWAH DALAM KEDINGINAN
STAIL 1
Pilihan mengikut trend terkini, saat menghabiskan masa makan malam dalam suasana romantik bersama insan tersayang. Pilihan mini dress hitam dengan rekaan bersulam fabriknya cukup elegan, menarik dan seksi. Jika kesejukan, sarungkan jaket kulit di luarnya. Gandingan bersama sepasang tumit tinggi dan tas tangan fur penuh kemewahan.
Produk:
1-HERVE LEGER 2-Holiday-JUICY COUTURE 3-JUICY COUTURE 4-Emilio Pucci
STAIL 2
Pilihan trench coat boleh dipadankan bersama legging atau sarung kaki hitam mewakili gaya penampilan fesyen anda yang berstyle. Sesuai digayakan bersama beg tangan sedondon warnanya bersama sepatu. Agar tidak bosan, letakkan muffler warna-warni dan sarung tangan merah menyala. Anda perlu bijak bergaya elegan dan trendy.
Produk:
1-COACH 2-MAX&CO 3-COLE HAAN 5-STUART WEITZMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan