Isnin, 21 November 2011

Zahiril Adzim Dan Shera Ayob akhirnya mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan

Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.
Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.
gambar perkahwinan zahiril adzim dah shera aiyob




Tiada ulasan:

Catat Ulasan