Isnin, 14 November 2011

Katy Perry mahu banyak anak


KATY PERRY


PENYANYI Katy Perry baharu sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pelawak British, Russell Brand. Dia kini juga memikirkan untuk membesarkan keluarganya.
"Adakah anda mahu sebuah keluarga yang besar? Adakah itu sesuatu yang akan anda fikirkan iaitu mempunyai anak-anak yang ramai?" tanya Ellen DeGeneres kepada Katy ketika menemubual penyanyi itu untuk rancangan The Ellen DeGeneres Show.
Kata Katy: "Ya, saya ingin mempunyai anak. Saya rasa itu adalah salah satu alasan mengapa kita berkahwin. Lebih-lebih lagi jika mendapat pasangan yang anda fikirkan dia boleh menjadi pasangan dan bapa yang baik kepada anak-anak."
Begitupun, Katy memberitahu, dia belum lagi bersedia untuk menjadi seorang ibu.
"Saya tidak pasti lagi. Kita tunggu dan lihat ya," katanya.
Apabila Ellen bertanya adakah dia ingin mempunyai anak yang ramai, kata penyanyi idola remaja itu, kebarangkalian dia mahu anak yang ramai tidak mustahil.
"Jika kali pertama beranak tidak menyakitkan, saya akan melakukannya banyak kali," katanya dalam ketawa.
Dalam perkembangan lain, penyanyi itu juga mengumumkan pada 23 November ini, dia akan mengadakan konsert percumanya, California Dreams, di Pusat Staples, Los Angeles.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan