Selasa, 8 November 2011

Majlis AIM




Sazzy Falak & Nazril Idrus

Tak sempat Deyektif Stailista menyapa pasangan suami isteri ini. Tapi apa yang pasti, kemunculan mereka pasti tidak akan mengecewakan. Nazril memakain tali leher corak kerawang yang sedap di mata Detektif Stailista dan pujian patut di beri pada dandanan rambut Sazzy. Sememangnya klasik.






Kilafairy

Dia dilabelkan sebagai Angelina Jolie Malaysia. Adakah Kilafairy berjaya membawa aura superstar Hollywood itu ketika menghadiri persandingan ala New York, Norman Hakin dan Memey ini. Detektif Stailista suka penggunaan lace hitam di gaun sendatnya itu.




Amanda Imani

Artis muda ini mempunyai liuk lengkung yang sempurna. Maka pemilihan gaun malam seumpama ini memang sesuai berada di tubuhnya. Dia tampak begitu moden lagi bergaya dan paling penting you are super hottie my dear.




Elfira Loy

Kata Elfira Loy, inilah pertama kali dia menyarungkan baju rekaan Rizman Ruzaini. Maaf ya, baju ini bukan baju sponsor tapi yang dibelinya sendiri. Itulah yang dinamakan usaha dan nampaknya usaha Elfira cukup berbaloi. Tahniah.


Irma Hasmie

Entahlah sama ada Irma Hamie lupa bahawa tema acara malam itu adalah hitam putih atau dia tersalah majlis. Tapi tak mengapa, Detektif Stailista masih suka dengan penampilannya yang sopan. Fabrik chiffon yang membaluti tubuhnya melahirkan aura santun di wajahnya.

Atilia

Bakal pengantin baru ini nampaknya semakin berseri-seri. Atilia mempunyai wajah photogenic dalam apa juga gaya dan penampilan. Termasuklah yang satu ini.


Fauziah Latiff

Manis sungguh penyanyi senior bernama Fauziah Latiff seorang ini. Berbeza sekali dengan gayanya ketika tampil ke majlis Yok Sahur Murai 4 baru-baru ini. Macam nak cubit-cubit aja. Siap bertas tangan Dior lagi.

Dira

Semakin lama Detektif Stailista lihat, Dira semakin pandai bergaya. Kain pario yang dipakainya itu memang sesuai bila dipadankan dengan top organza biru gelap. Rambutnya yang dilepaskan menampakan dia cukup menawan. Ini baru namanya Stailista.



Ziana Zain

Walaupun menurut Ziana Zain, ini bukanlah pakaian yang akan disarungkannya di pagi Syawal, tapi setidak-tidaknya persalinan rekaan Rizman Ruzaini ini membuatkan Diva kesayangan ramai ini tampak Wow!, Walaupun sekadar tampil di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza.



Amber Chia

Pernah Detektif Stailista menjenguk almari persalinan Amber Chia yang semakin padat. Dek kerana itu jugalah, mungkin Amber tiada masalah untuk menyarungkan apa juga pakaian miliknya. Hanya mix and match, Amber melangkah cukup hebat.



Noryn Aziz

Kata Noryn, jaket yang dipakainya itu buatan pereka antarabangsa, Armani. Memang nampak mewah. Noryn juga tidak menyekat identiti litupnya dengan gaya convensional, tapi sebaliknya diperhebatkan dengan hiasan di kepala. Macam nak pergi acara perkahwinan di raja pula.


Marion Caunter

Semakin berseri-seri Detektif Stailista lihat wajah Marion kebelakangan ini. Mungkin penangan produk kecantikan Estee Lauder yang digunakannya atau mungkin dia kini sudah berbadan dua. Penampilan yang ringkas tapi tetap glamor. Cayalah.




Zahida Rafik

Memang Detektif Stailista perasan, Zahida memang selalu menyarungkan persalinan rekaan pereka fesyen tempatan kala ke majlis fesyen. Bagus semangat itu. Tapi itu tidak bermakna, Detektif Stailista kena suka dengan penampilan yang satu ini. Sebuah kombinasi yang agak bercelaru


Melissa Saila

Pelakon berkarektor Melissa Saila ini nampaknya membuat penampilan khas bersama-sama anaknya. Sebagaimana comelnya wajah anaknya itu, begitulah juga Melissa. Bertemakan era kegemilangan Saloma, Melissa menyarungkan persalinan di era berkenaan. Ermm...susah Detektif Stailista nak cakap.


Ella

Kata kakaknya kepada Detektif Stailista, celana pendek Uniqloyang di pakai Ella itu sangat selesa dan ia merupakan item paling digemari Ella. Imej longgar tapi tetap bergaya sangat sesuai dengan Ella. Rock tak semestinya berpakaian ketat. Betulkan Ella?


Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Biarpun sudah lama meninggalkan dunia peragaan, tapi aura charming Datuk Dr Sheikh Muszaphar tetap ada. Detektif Stailista dapat rasakan dia agak kekok tapi selesa dengan persalinan formal- kasual Uniqlo berkenaan. Cayalah.


Deborah Henry

Berilah apa saja ke badan Deborah Henry, pasti tampak cantik. Dia tampil dengan gaya cukup feminin bersama skrit pendek tetapi kasual dengan kemeja lengan panjang rona terang rekaan Uniqlo ini. Adakah dia Stailista?


Yasmin Hani

Agak kekok pula Detektif Stailista melihat Yasmin Hani dengan gaya kasualnya seperti ini. Bukannya apa, selalunya dia suka menyarungkan gaun koktel dan rambut fringe-nya itu memang nampak Jepun habis. Ingatkan minah Jepun mana tadi.


Stacy

Gaya kasual Stacy ini bagaikan sudah sebati dengan imej dan penampilannya setiap kali membuat persembahan pentas. Cuma gayanya lebih nampak fun dengan kehadiran topi tetapi tetap jahat dengan kehadiran stiletto gladiator itu.


Liyana Jasmay

Perwatakannya yang ceria membuatkan pilihan Liyana Jasmay bersama persalinan belang siap dengan hood ini sesuai dengannya. Bukan masalah besar untuk Liyana bermain dengan fesyen terutama bergaya dengan stoking tinggi itu .

Juliana Evans

Gaun singkat ini sangat ringkas buat Juliana Evans. Bagaimanapun rekaan dan warna daripada Marc by Marc Jacobs ini digabungkan pada sentuhan menawan. Cuma mungkin rona jingga serta citarasa ringkas yang ada padanya kurang menyerlah di badan Juliana.



Mia Sara

Detektif Stailista kurang faham mengapa Mia Sara digayakan seperti seorang dewasa? Comel tu memang lah comel, tapi tidakah ianya terlalu dewasa untuk kanak-kanak sepertinya.


Adira

Biarpun tidak pulang dengan kejayaan, tapi penampilan Adira pada malam ABPBH 2010 adalah antara yang sedap mata memandang. Gaun rekaan Hazwani Osman ini sangat lain daripada yang lain. Baik dari segi rekaannya dan juga kesan kepada si pemakai. Tapi alangkah lebih baik jika tidak ada hiasan bulu di bahagian bahu itu.


Rozita Che Wan

Memang bukan Rozita Che Wan kalau tidak dihiasi dengan batu berkilau di pakaiannya. Lagipun sudah menjadi gaya Rozita sejak dari di awal kemunculannya lagi. Sarat-barat, bulu mata palsu, bling bling, itulah Rozita Che Wan.



Miera Liyana

Kalau tak kerana pakaiannya yang terlalu menjolok mata ciptaan Wan Huzairil ketika majlis ulang tahun Rafflesia baru-baru ini, mana mungkin Detektif Stailista boleh mengenali Miera Liyana. Ini dia 2 penampilan berbeza Miera. Satu ketika hari berkenaan dan satu lagi gaun putih singkat Ariff Shukor yang diambil baru-baru ini. Mana satu pilihan anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan