Dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dahlia mengambil sikap untuk tidak menjawap tuduhan tersebut. Apabila diminta menjelaskan apakah status hubungannya dengan penjaga gol kebangsaan ini, Dahlia berkata:-
Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu.Kata Dahlia lagi, dia sekadar menjadi tempat mengadu buat Khairul Fahmi terutama apabila sebuah yang diberi nama Ahkak Puaka diwujudkan.
Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia, saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia.Abang Nara tak pernah pulak baca blog Ahkak Puaka yang dimaksudkan oleh Dahlia di atas. Semoga dengan penjelasan Dahlia di atas, namanya tidak lagi dikaitkan dengan Khairul Fahmi. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar Khairul Fahmi dapat beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Jepun hari Rabu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan