MANIFESTASI FESYEN LUXE DATUK RADZUAN
RADZIWILL & DATIN SHARIFAH KIRANA
Garapan karya pereka tempatan yang dipersembahkan sempena upacara perasmian MASiF 2011 sesungguhnya layak diangkat ke pentas antarabangsa. Gegaran fesyen tradisi namun diberi sentuhan moden membawa imejtempatan yang membanggakan. Antaranya sentuhan kaftan jersi dan satin serta kardigan labuh rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Sopan buat semua golongan, gabungan rona-rona berani dan bercorak belang menyemarakkan gaya si pencinta fesyen yang mementingkan kelas tersendiri. Aura yang sama turut meresapi rekaan Datin Sharifah Kirana yang terkenal dengan ciptaan busana klasik kontemporari. Penyatuan fabrik renda Perancis, sutera Thai dan tenun menambah mood mewah pada adibusana yang digayakan. Dibawakan oleh Nona sempena sambutan ulang tahun ke25.
NORZALINA/JAZLAN/BAIDIUZZAMAN.
Apartmen Impiana Bintang Kecil Dara.com Dapur Impiana | E-Baca E@Siswa Fokus SPM G3 | Impiana Klik Laman Impiana Libur | Majala |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan