Ahad, 17 November 2013

Asal usul Shafie Apdal

Shafie Apdal, Menteri Malaysia Berketurunan Sulu?

Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.

Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu.

Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal.

Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia.

Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun.

Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna. -nanatanjungcafe74

Komen Anda

49 Responses to " Shafie Apdal, Menteri Malaysia Berketurunan Sulu? "
Anonymous said... 
March 16, 2013 at 7:54 AMHa ha kedapatan ko apdal.... dimana lagi nak sembunyi... akibat kelantangan sendiri makan diri sendiri..... nama sahaja YB.... siasat jangan x siasat....

Anonymous said... 
March 16, 2013 at 10:18 AMya allah ya tuhan ku lindungilah bumi ku bernama MALAYSIA ini dari sebarang malapetaka sama ada dari dalam atau pun dari luar negara.berilah hidayah mu kepada semua pemimpin di malaysia ini.jgn lah kira nya di butakan hati dan mata mereka.

Anonymous said... 
March 16, 2013 at 11:12 AMno komen

Anonymous said... 
March 16, 2013 at 2:00 PMBaju ni di bagi free. Banyak boleh dapat. Sapa pun bole pakai.

Anonymous said... 
March 16, 2013 at 2:10 PMPencerobohan Sabah: Hal-hal Yang Perlu Kita Ketahui


Mari kita beri tumpuan pada Isu Lahad Datu :

1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..

2. Kiram diberi IC Malaysia.

3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.

4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat

5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.

6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.

7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.

8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.

9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.

10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..

Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...

Note :

Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -

Anonymous said... 
March 16, 2013 at 5:45 PMMemang betul,mbah. Aku pun terkejut sama apa itu PESTA LEPA2. Nak bertanya pd suku sakat yg ada,malu tapi aku ndak pernah dengar sabelum ini,mbah. Rupa2nyer asal usul dr Kepulauan Sulu dan utk makluman,kalau kita tanya mareka2 yg ada di Semporna,dibilangnya asal Bajau. Ntah2 mereka yg di Semporna sumanya Sulu/Tausug ( mundu ). Hanya mareka ni dpt ic zaman parti Berjaya dulu lalu bebas sebebasnya mareka ,mbah. Siap jd ahli umno lagi tu...yg pakai baju Shafei Afdal tu kira ok jugak.

Anonymous said... 
March 16, 2013 at 6:43 PMsemporna awal nya dulu tidak ada urg-urg bajau yg datang Dari Filipina bah, yg betul-betul asal urg semporna adalah urg-urg bangsa iban dari sarawak berhijrah ke semporna, yg menjadi dalang puak-puak umno ialah bekas TYT kita tun said kruak yg telah memberikan beribu-ribu pengeluaran ic Dan mykad dalamm masa 20 tahun saja, ter masuk la shafie apdal hanya urg-urg sabah tulen saja yg dapat memahami situasi pada zaman itu tetapi Di sebabkan umno dan BN berkuasa Dan menjadi penjajah pada rakyat sabah dan memperbodoh-bodoh nenek-moyang urg-urg sabah maka di takutkan dgn pencerobohan pilipin sebelum sabah masuk malaysia....

BAYUMURNI.....

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:32 AMLantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3, Anwar Ibrahim terus menyaman kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh. Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:33 AMPembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukan empat bulan dahulu ketika pertemuan sulit beliau dan Pengerusi MNLF, Nur Misuari dilaporkan media. Rakyat Sabah khususnya sudah tentu masih ingat bagaimana Dr Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990AN kerana penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:34 AMPada ketika itu Anwar juga terlibat sama dalam merancang pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan. Jadi Anwar, MNLF dan kumpulan kesultanan Sulu bukanlah ikatan yang baru terjalin tetapi telah terbentuk berdekad lamanya.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:34 AMKerana itulah apabila sahaja Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan kemungkinan Anwar adalah dalang, beliau cepat-cepat mengekang pendedahan lebih lanjut dengan mengambil tindakan undang-undang. Apa yang dilakukan oleh Anwar dalam isu pencerobohan yang telah mengorbankan lapan anggota keselamatan bukan perkara baru tetapi merupakan kemuncak kepada strategi beliau untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Jeff Ambuyat said... 
March 18, 2013 at 10:34 AMJika demonstrasi dan rusuhan jalanan tidak berjaya meruntuhkan kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, kini Ketua Pembangkang menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan pula. Ini adalah senjata terakhir Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan iaitu dengan menggunakan isu kedaulatan dan keselamatan negara.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:34 AMJika diimbas kembali kepada tahun 2008 selepas PRU ke 12, antara tindakan paling awal Anwar untuk menumbangkan kerajaan ialah mengenai penyebaran propaganda 916 kononnya lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat ke pangkuan pembangkang untuk membolehkan kerajaan pusat baru ditubuhkan. Apabila komplot ini tidak berjaya, Anwar menggunakan pula platform badan bukan kerajaan seperti Bersih untuk menganjurkan demonstrasi jalanan untuk mencemarkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:35 AMSetelah tiga kali perhimpunan Bersih menemui kegagalan untuk mencapai objektif utama untuk menjatuhkan kerajaan,pembangkang mengekspolitasi pula isu keselamatan negara. Anwar bertindak dengan mempengaruhi beberapa bekas pegawai tinggi tentera untuk menyertai PKR dan Pas serta menimbulkan pelbagai isu yang bersangkutan keselamatan negara. Tujuan utamannya ialah untuk mencerminkan bahawa pasukan tentera dan keselamatan negara yang lain juga turut korup seperti pemimpin kerajaan.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:35 AMAnwar mahu melemahkan benteng pertahanan negara supaya mudah agenda pro Yahudi dan Zionis dilaksanakan apabila kekuatan tentera dan polis di neutralisasikan. Disamping itu pembangkang juga berperanan menyebarkan sebanyak mungkin fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin tinggi negara.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:35 AMBukan itu sahaja, malah institudi penting seperti PR, kehakiman, pendidikan, perbankan dan kepolisian turut menjadi mangsa fitnah PR. Pemimpin pembangkang lain seperti Tian Chua juga digerakkan supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan tentera dan polis.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:35 AMKomen seperti 'mati katak' bagi merujuk kepada lapan anggota polis yang terbunuh dan lain-lain komen melalui twitter dan sebagainya disebar luaskan supaya satu keadaan tidak tenteram dan gelisah dikalangan rakyat akan wujud. Inilah keadaan yang sangat-sangat diharapkan oleh pembangkang supaya kerajaan akan tertekan dari pelbagai sudut lantas menjadi lemah disebabkan itu.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:35 AMPembangkang akan cuba mengambil peluang daripada keadaan huru hara dan kacau bilau untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Walaupun Anwar menyaman seribu akhbar dan stesen televisyen sekali pun, ini tidak akan menutup pengkhianatan yang telah beliau lakukan terhadap negara sendiri.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:36 AMBeliau telah mengadakan temuramah dengan portal berita Philippine Dail Inquirer yang merupakan antara media paling awal yang membayangkan Anwar terlibat secara langsung dalam konspirasi pencerobohan ke atas negeri Sabah. Ini bertujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan puak pengganas Sulu.

headhunter said... 
March 18, 2013 at 10:36 AMBetapa seriusnya Anwar untuk membenarkan dirinya ditemuramah oleh media asing yang membuat dakwaan terhadapnya tetapi pada masa yang sama memangsakan media tempatan,hanya menjurus kepada satu kesimpulan,Anwar sememangnya dalang dan tangan ghaib dalan isu pencerobohan di Lahad Datu.

Anonymous said... 
March 18, 2013 at 11:37 AMPenubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan penglibatan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu penting untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata siasatan secara mendalam terhadap dakwaan itu perlu dijalankan untuk mengenal pasti siapa yang terlibat.

Anonymous said... 
March 18, 2013 at 11:37 AM“Ini perkara yang amat penting. Keselamatan negara kita tidak boleh diambil ringan. Jangan hari ini berlaku, esok lagi berlaku. Kalau kita tak hentikan dalang-dalang seumpama ini, yang akan merana ialah semua rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jeti nelayan Sungai Udang yang bernilai RM1.5 juta dan menyampaikan elaun sara hidup kepada 748 nelayan, di sini hari ini.

Anonymous said... 
March 18, 2013 at 11:38 AMMohd Shafie berkata siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan kerana tempias insiden pencerobohan akan turut dirasai bukan sahaja penduduk kampung, malah para peniaga.

Katanya RCI atau membuka kertas putih penting bagi menyiasat dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan.

Anonymous said... 
March 18, 2013 at 11:39 AMMohd Shafie berkata beliau pasti insiden di Lahad Datu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Serahkan kepada pihak polis dan pasukan tentera. Saya pasti ia (insiden Lahad Datu) akan diselesaikan segera,” katanya.

Anonymous said... 
March 18, 2013 at 11:39 AMKatanya, amat penting untuk meyakinkan rakyat mengenai insiden pencerobohan itu agar mereka tidak dipergunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohd Shafie berkata kerajaan pusat akan mempertimbang untuk memberi bantuan kepada para nelayan dan usahawan yang terjejas berikutan insiden di Lahad Datu.

Katanya perkara ini telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membantu masyarakat yang berdepan masalah di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:23 PMSetelah sekian lama, beberapa hari kebelakangan ini adalah detik yang paling memilukan buat seluruh rakyat Malaysia. Tatkala perdamaian yang dihulurkan, mayat-mayat perwira negara pula menjadi “hadiah” buat sekelian rakyat.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:23 PMPaling tidak boleh terima, hampir kesemuanya dibunuh atas taktik serang hendap sungguhpun salam dihulur atas dasar “hablum mina nas”. Itu sifat keji – sekeji-kejinya makhluk bernama manusia yang menceroboh.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:23 PMLebih keji, tentunya mereka-mereka yang menjadi dalang dan petualang kepada bumi bertuah ini.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:24 PMApa motif sebenar si petualang membawa masuk kumpulan pengganas ini ke bumi berdaulat, Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku?

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:24 PMHujah kononnya Kesultanan Sulu punya hak terhadap Sabah adalah hujah yang amat dangkal. Hujah ini digunapakai oleh kebanyakkan pro Anwar Ibrahim yang cuba “menegakkan benang yang basah”.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:24 PMHairan apabila rakyat Malaysia sendiri tidak setia kepada negara, bahkan cuba meremeh-temehkan anggota keselamatan yang menyabung nyawa untuk tidur yang lena buat sekalian rakyat.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:24 PMBersikap seolah-olah Malaysia yang merampas tanah milik Kesultanan Sulu mendedahkan betapa sikap kebanyakkan penyokong pembangkang yang jumud, buta sejarah dan membabi buta.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:24 PMApa motif sebenar kemasukan Tentera Sulu ke Sabah? Bolehkah kerajaan Filipina (yang berkuasa ke atas Kesultanan Sulu) menuntut Sabah berdasarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:24 PMJawapannya adalah hampir mustahil untuk Filipina menuntuk Sabah dari Malaysia atas beberapa sebab. Pertama, waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:25 PMIni bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:25 PMKedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:25 PMGeran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:25 PMKetiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:26 PMKeempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:26 PMKelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:26 PMIni membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan. Itu antara sebab-sebab bahawa hampir mustahil untuk Filipina menuntut Sabah dari Malaysia.

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:26 PMBerbalik kepada persoalan asal, apa motif sebenar Tentera Sulu dijemput memasuki Sabah sungguhpun fakta membuktikan mereka tiada hak langsung ke atas Sabah? Siapa yang bertanggungjawab menghasut kononnya Tentera Sulu ini punya hak ke atas Sabah?

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:26 PMDalam keadaan peluang hampir mustahil ke atas tuntutan, mengapa mereka masih berdegil dan menceroboh tanah berdaulat Malaysia?

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:27 PMMengapa anggota keselamatan kita diserang hendap, sedangkan perdamaian yang kita hulurkan pada awalannya?

Pemerhati said... 
March 18, 2013 at 2:27 PMApa motif paling utama berdasarkan gerakan subversif ini?

mantera said... 
March 19, 2013 at 11:01 AMsetakat baju mcm tu pun nak kata dia terlibat ke? baju tu free ja... siapa2 boleh dpt

Rhadz Akp said... 
May 16, 2013 at 4:44 PMorng malaysia brfikiran sempit..orang melayu kira suku kaum bangsa..almauna jd pngganas.pe orang melayu smua pngganas ke.ada pihak lain ke ckap orng melayu pngganas ke.smua kganasan d malaysia oleh orng melayu ada pihak lain ke ckap smua orng melayu pngganas..so fkir sndri la.jan main pas ckap je.smuY msyarakat d sabah kcualai kdazan dsun.rata2 smuaY brkturunan dri sulu..tp mcm orng melayu jga.jka ada orng sulu wat kganasan d ngara.pe smua rkyat sabah brkturunan sulu pngganas la..rkyat sulu dri lu brada d sbah krna krna msa lu sabah adalh kwasan kesultanan sulu..sbap 2 kbnyakan rkyat sabah d brikn tmpat d sbah n kwarga ngaraan d mlaysia.whai shabat2 sklian.jan mnghukum sesama insan krna prbuatn insan lain..krna kganasan d sabah bukn orng melayu yg mrasa skit n sngsaraY.tp sblikY orng sabah..jd mngapa orng sabah brkturunan sulu nk mngkhianati ngeri sabah.sdangkan mbawa bncana kbinasaan kpda mrka.n jka btul rkyat sbah brkturunan sulu nk mngganas d sabah. npe ru skrng.npe x dri lu.lau klian x prnah p sabah.cubalh p n tngok sndiri rkyat d sabah lau bukn rata kbnyakanY orng dri sulu.kdai2,jual syur,jual ikn,psar mlm,hmpir ksmua rkyat sulu..tdk ke nda trfkir yg mrka ni da snang dngan cara hidup mrka.tdk ke nda trfkir yg mrka ni akn prthankn keamanan mrka..jka btul smua rkyat sulu pngganas xde orng malayu brada d sabah.n dri lu sbah x prnah aman.maf sja sabah maju pn atas usaha smua rkyat sabah bukn melayu dri semananjung.mlahan smananjung pn maju atas hasil dri sabah sarawak.yg brkrja d smananjung pn kbnyakanY sabah, sarawak,indonesia,n lain2 g.orng melayu zaman skrng x prnah susah,x mcm zaman lu.smuaY hnya mnunggu hasilY n mnunding jari atas kslhan orng lain..soal kslamatn, keamanan,kdaulatan ngara.jan isukn soal suku kaum bngsa sesama insan.krna ia akn lbih memudaratkn..

Rhadz Akp said... 
May 16, 2013 at 4:53 PMorng malaysia brfikiran sempit..orang melayu kira suku kaum bangsa..almauna jd pngganas.pe orang melayu smua pngganas ke.ada pihak lain ke ckap orng melayu pngganas ke.smua kganasan d malaysia oleh orng melayu ada pihak lain ke ckap smua orng melayu pngganas..so fkir sndri la.jan main pas ckap je.smuY msyarakat d sabah kcualai kdazan dsun.rata2 smuaY brkturunan dri sulu..tp mcm orng melayu jga.jka ada orng sulu wat kganasan d ngara.pe smua rkyat sabah brkturunan sulu pngganas la..rkyat sulu dri lu brada d sbah krna krna msa lu sabah adalh kwasan kesultanan sulu..sbap 2 kbnyakan rkyat sabah d brikn tmpat d sbah n kwarga ngaraan d mlaysia.whai shabat2 sklian.jan mnghukum sesama insan krna prbuatn insan lain..krna kganasan d sabah bukn orng melayu yg mrasa skit n sngsaraY.tp sblikY orng sabah..jd mngapa orng sabah brkturunan sulu nk mngkhianati ngeri sabah.sdangkan mbawa bncana kbinasaan kpda mrka.n jka btul rkyat sbah brkturunan sulu nk mngganas d sabah. npe ru skrng.npe x dri lu.lau klian x prnah p sabah.cubalh p n tngok sndiri rkyat d sabah lau bukn rata kbnyakanY orng dri sulu.kdai2,jual syur,jual ikn,psar mlm,hmpir ksmua rkyat sulu..tdk ke nda trfkir yg mrka ni da snang dngan cara hidup mrka.tdk ke nda trfkir yg mrka ni akn prthankn keamanan mrka..jka btul smua rkyat sulu pngganas xde orng malayu brada d sabah.n dri lu sbah x prnah aman.maf sja sabah maju pn atas usaha smua rkyat sabah bukn melayu dri semananjung.mlahan smananjung pn maju atas hasil dri sabah sarawak.yg brkrja d smananjung pn kbnyakanY sabah, sarawak,indonesia,n lain2 g.orng melayu zaman skrng x prnah susah,x mcm zaman lu.smuaY hnya mnunggu hasilY n mnunding jari atas kslhan orng lain..soal kslamatn, keamanan,kdaulatan ngara.jan isukn soal suku kaum bngsa sesama insan.krna ia akn lbih memudaratkn..

Anonymous said... 
May 17, 2013 at 8:08 AMSian Nulis Artikel Tutuh Dupang Toongan Sab. .
Bang Tatummu Basta Ta Sumbalik Nah Kokna. . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan