Asas solekan smoky eyes yang menarik adalah penggunaan dua jenis rona pembayang mata iaitu rona yang lebih gelap sebagai shade dan rona yang lebih terang sebagai highlighter. Aplikasi dimulakan dengan sapuan rona cerah atau highlighter ke seluruh kelopak mata sehingga ke tulang kening, diikuti sapuan rona yang gelap atau shade tadi pada seluruh kontur mata anda.
ADUNAN KREATIFKreativiti dan keberanian semasa bermain rona-rona pembayang mata bakal menjadikan solekan smoky eyes lebih unik tersendiri. Sedikit tip;1-Sapu pembayang mata rona sederhana gelap di antara garis highlighter dan shade, atau setepatnya di garis lipatan mata anda.
2-Kemudian gelapkan rona kontur mata dengan penggaris mata cecair atau celak pensel, tepat digaris bulu mata atas untuk mendapatkan kesan yang menarik.
3-Kini gunakan berus jenis smudge untuk mencipta teknik smoky dengan campuran rona pembayang mata gelap ke atas garis bulu mata tadi. Adun sekata.4-Sempurnakan solekan dengan menggaris bawah mata dengan celak rona lembut di bawah mata. Adun sekata supaya membentuk bayang kontur yang kemas.

PANDUAN BUAT SI MATA KECIL
Ramai wanita Asia yang memiliki mata jenis kecil beranggapan tidak sesuai mengaplikasi teknik smoky eyes ini. Nah, anggapan ini salah sama sekali kerana ia sebenarnya dapat menjadikan mata kelihatan galak dengan sapuan yang betul. Ikuti saranan di bawah;

• Mulakan dasar solekan smoky eyes anda dengan sapuan penyamar cela (concealer) di seluruh bahagian termasuk bawah mata.
• Seterusnya, gunakan celak pensel untuk menggaris garisan bawah mata, bermula dari bahagian tengah menuju ke luar.
• Menggunakan berus pembayang mata yang kecil atau putik kapas, kini lembutkan penjuru garis celak pensel tadi. Sapu sedikit pembayang rona gelap menggunakan berus smudge untuk mencipta bayang semula jadi.
• Adunkan pembayang mata rona cerah dan neutral ke seluruh kontur mata atas termasuklah dibawah kening. Kemudian dengan pembayang rona gelap (pilihan), oles solekan smoky eyes secara berlapis-lapis agar anda dapat memilih tahap kegelapan yang diingini. Berikan perhatian pada penjuru mata agar kemas dan sapukan maskara sebagai penyeri solekan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan