Selasa, 8 November 2011

Petua Untuk Rambut Hitam dan Lambat Beruban




Pilihan 1: Ini petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.
Pilihan 2: Goreng biji betik tanpa minyak. Tumbuk biji betik yang telah digoreng itu sehingga halus. Seterusnya, anda campurkan biji betik yang ditumbuk dengan minyak kelapa dan gaul sehingga sebati. Oleskan campuran tersebut ke seleuruh rambut anda dengan rata. Bungkus kepala dengan tuala. Biarkan selama 1 hingga 3 jam. Selepas itu barulah anda cuci seperti biasa. Lakukan sekali seminggu. Anda akan dapati rambut menjadi lebih hitam dan uban pun hilang.
Pilihan 3: Ambil seberapa banyak daun rambutan dan tumbuk sehingga halus. Masukkan sedikit air. Setelah itu, tapis airnya dan oleskan pada rambut sehingga merata ke seluruh kepala anda.
Pilihan 4: Ambil kangkung, ramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama 2 jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan