Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2013

Rahsia Miliki Rambut Menawan

Rahsia Miliki Rambut Menawan
Rahsia Miliki Rambut Menawan

Panik ! Itulah tekanan yang dialami kebanyakan pengantin perempuan apabila mula menghitung hari untuk bergelar isteri. Masakan tidak , pelbagai perkara perlu difikirkan supaya detik terindah itu berlangsung sebagaimana diimpikan. Namun , kecantikan fizikal usah dilupakan , ya ! Itulah aspek yang paling utama yang perlu dititik-beratkan sebelum bergelar ist eri.
Rambut merupakan mahkota dan perhiasan wanita. Kecantikan rambut itu sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang itu. Anda pasti mahu kelihatan yakin dan bersemangat menjelang hari bahagia, bukan? Jadi, ikuti panduan yang disarankan supaya hari anda tercatat dalam memori indah saat bergelar isteri.
Tip 1
Jangan terlalu drastik untuk mewarnakan rambut atau cuba memotong rambut pada minggu-minggu terakhir bergelar bujang. Keputusan yang anda lakukan itu sebenarnya mencerminkan anda terlalu gementar dan pada masa yang sama gembira menantikan hari disatukan bersama bakal suami. Sekiranya tersilap langkah dan tidak kena gaya, agak susah untuk membetulkan kembali gaya rambut seperti yang diingini.
Tip 2
Sentiasa merancang awal. Pada hari anda sudah memilih baju kahwin adalah waktu terbaik untuk mula merancang mengenai fesyen rambut yang anda mahukan. Tetapi pastikan fesyen rambut tersebut itu bersesuaian juga dengan konsep majlis perkahwinan anda. Ambil masa membelek majalah atau melayari internet untuk mendapatkan fesyen rambut yang terkini.
Tip 3
Minum air yang banyak dan ambil suplemen tambahan seperti vitamin. Dalam tempoh enam hingga lapan minggu anda akan melihat perubahan yang menawan pada rambut anda. Juga bonus terhadap kecantikan diri pada anggota tubuh yang lain. Air membantu mencuci toksin yang terhasil akibat tekanan. Ambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Paling penting, tambahkan pengambilan zink, vitamin A dan vitamin B dalam pemakanan anda seharian. Sumber zat dan vitamin ini sangat membantu kepada pembentukan semula rambut anda yang telah rosak.
Tip 4
Jangan mencuci rambut terlalu kerap. Kebanyakan syampu mengandungi kandungan kimia yang boleh menyebabkan rambut kering dan rosak. Carilah syampu yang mengandungi bahan-bahan semulajadi agar rambut kembali sihat dan bersinar.
Ada baiknya sekiranya anda membuat rawatan rambut di salun kecantikan mahupun di rumah. Dengan hanya mengurut menggunakan produk rawatan, anda mampu mengembalikan kesegaran kekuatan dan akar rambut.
Tip 5
Ingat ya! Anda semestinya mahu kelihatan berseri dan bermaya di majlis bahagia itu. Bersedia untuk menerima puji-pujian dari teman-teman dan saudara-mara yang anda memiliki rambut yang sihat dan menawan!

Menjadi Menantu Yang Baik

Menjadi Menantu Yang Baik
Menjadi Menantu Yang Baik

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi anda menjadi miliknya. Jika dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai pasangan suami dan isteri. Namun, anda sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya sahaja, bahkan juga seluruh anggota keluarganya. Lantaran itu, anda harus membina hubungan baik dengan setiap ahli keluarganya.
 
Ini memandangkan dalam kehidupan berumah tangga, menjaga hubungan dengan mertua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
 
Bagi sesetengah orang, mertua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Bagaimanapun, tidak semua berfikiran sedemikian kerana ada mertua boleh menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumahtangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mertuamu.
 
1. Kenali Peribadi dan Harapan Ibu Mertua
Usaha membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak, anda kenali dahulu peribadi ibu mertua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dari mana anda boleh mendapatkan maklumat ini? Tentu sahaja daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
 
2. Lakukan Hal Yang Menenangkan Hati Mertua
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
 
3. Lakukan Kegiatan Bersama
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mertua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu, digalakkan anda dan  suami luangkan masa bersamanya. Lakukankegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Umpamanya sesekali ajak ibu mertua melakukan aktiviti makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
 
4. Lihat Sudut Positif
Walau terjadi konflik antara anda dan ibu mertua, jangan sesekali memburukkan mertua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Itupun jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda, seperti ibu mertua anda pandai memasak dan sangat hebat mengurus rumah tangga.
 
5. Sedia Menerima Kritikan
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mertua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu, di mata suami anda adalah baik.
 
6. Kasih dan Sayang
Kasihi keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar\ bertanya khabar.
 
7. Jangan Cemburu 
Sebagai isteri, janganlah sekali-kali anda berasa cemburu dengan hubungan suami anda dan ibunya. Tanggungjawab suami yang utama adalah kepada ibunya. Inilah ketetapan agama Islam yang perlu dipatuhinya. Janganlah pertikaikan layanan suami pada ibu mertua anda. Jangan biar suami perlu memilih antara anda dan ibunya. Anda patut berbangga mempunyai suami yang mengutamakan ibunya berbanding anda kerana ternyata anda dijodohkan dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya

Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya
Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya
Begitu banyak persoalan yang diiutarakan oleh para wanita yang bekerja di luar rumah, seperti bagaimana hendak mengatur waktu antara tuntutan kerja dan tanggungjawab mengurus rumah tangga agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Dalam mengatasi pertembungan konflik tugas, tidak dinafikan ramai juga wanita hari ini mampu menikmati ‘peranan berganda’ itu dengan jayanya. Namun, ada juga yang merasa sukar hingga akhirnya timbul persoalanpersoalan rumit yang semakin berkembang dalam kehidupan sehari-hari. Justeru kaum hawa hari ini perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan anda mengelak daripada melakukan tugas di rumah. Ikuti tip berguna untuk membantu anda melakukan tanggungjawab urus rumah tangga dengan lebih mudah dan efektif.
Mengemas Rumah
Ikut arah jam
Sekiranya anda ingin mulakan mengemas di sesuatu kawasan, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah.
Dari atas ke bawah
Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan menambahkan lagi kerja anda.
Kurang bergerak
Contoh paling jelas untuk mengurangkan gerakan ialah ketika mencuci pinggan. Ada baiknya letakkan rak untuk menggeringkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berdekatan dengan singki. Atau jika ruang dapur berkeluasan terhad, anda perlu mencuci pinggan mangkuk dan sediakan satu bekas untuk mudah anda mengumpulkan pinggan tersebut. Apabila bekas sudah penuh barulah anda mengangkat bekas tersebut dan sekali gus mengurus pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam kabinet.
Gunakan bantuan mesin
Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi menggunakan penyapu.

Memasak
Beli perencah segera
Memasak dengan menggunakan sediaan perencah dapat memudahkan anda memasak dan menjimatkan masa. Kini, terdapat begitu banyak bahan perencah ditawarkan di pasaran seperti perencah nasi goreng, perencah ayam masak merah dan banyak lagi hinggalah perencah rendang sekali pun. Semua tersedia untuk anda memilih dan nikmatinya.
Sediaan bahan resipi lebih awal
Jika ingin menggunakan ramuan sendiri, ia juga tidak menghalang untuk anda memasak dengan cepat dan mudah. Cuma persediaan bahan perlulah dilakukan lebih awal dan bukannya ketika ingin memasak. Contohnya, menyediakan hirisan bawang atau ramuan di malam hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak di pagi harinya, anda boleh terus menggunakan bahan tersebut.
‘Slow Cooker’- satu pelaburan yang bermanfaat
Ramai wanita hari ini memasak menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia.

PRAKTIS 5S DI RUMAH
1. SEIRI – SISIH
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.
2. SEITON – SUSUN
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kelihatan semak dan sesak.
3. SEISO – SAPU
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.
4. SEIKETSU – SERAGAM
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu, anda perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.
5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu anda perlu mendisiplinkan ahli keluarga yang lain.

Keputihan Kronik Ganggu Hubungan

Keputihan Kronik Ganggu Hubungan
Keputihan Kronik Ganggu Hubungan

Keputihan atau lendir yang keluar melalui vagina sering kali menjadi igauan ngeri buat kaum wanita. Selain memberikan rasa yang tidak selesa, ia mampu menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Tentunya perasaan rendah diri mula menghantui tatkala bersama dengan suami.
 
Keputihan adalah berbeza bagi setiap wanita. Terdapat segelintir wanita yang hanya mempunyai kuantiti keputihan yang sedikit, ada yang berketul-ketul, ada yang mengeluarkan cecair kekuning-kuningan serta berbau, malah terdapat juga yang mempunyai keputihan seperti cecair biasa dan tidak berbau.
 
Walau bagaimanapun, tahukah anda keputihan sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Cecair keputihan sebenarnya melindungi faraj daripada mengering atau sakit sebagaimana yang berlaku kepada wanita yang sudah lanjut usia atau menopaus. Dengan wujudnya keputihan ini, ia mampu mengawal lembapan semula jadi yang wujud di sekeliling dinding faraj.
 
Cecair keputihan ini juga penting bagi melicinkan proses hubungan kelamin. Ia membantu proses pergerakan sperma ke ovum wanita. Bagi wanita yang telah mengalami proses menopaus, dinding faraj akan mengeluarkan darah akibat daripada kekeringan di sekitar dinding faraj. Dalam peringkat remaja, keputihan akan menjadi tidak menentu berdasarkan hormon yang dikeluarkan oleh tubuh sepanjang hari selain daripada keseimbangan pemakanan yang diambil seharian.
 
Namun, anda perlu ingat sekiranya keputihan itu terlalu banyak dan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor. Ini bagi mengelakkan anda dijangkiti kuman sifilis atau gonorea yang menyerang alat kelamin akibat daripada hubungan intim atau mungkin disebabkan jangkitan kuman punca kanser servik.
 
Cecair keputihan ini adalah disebabkan oleh rembesan hormon estrogen dan progesteron yang terdapat di dalam darah. Jika ia dirembeskan secara berlebihan, maka keputihan akan bertambah banyak. Ketika hamil, hormon tersebut akan dirembeskan secara berlebihan dan menyebabkan wanita hamil mempunyai keputihan lebih banyak. Selain itu, bagi mereka yang mengambil pil hormon seperti pil perancang keluarga juga akan mengeluarkan keputihan yang berlebihan. Emosi yang tidak terkawal juga akan mengganggu hormon tersebut dan menyebabkan berlakunya pengeluaran keputihan secara berlebihan.
 
Masalah keputihan serius yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemandulan kepada penghidap. Ini kerana, kuman tersebut boleh menyerang ke kawasan tiup falopian. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kesakitan ketika haid dan pendarahan yang banyak selepas melakukan hubungan intim. Walau bagaimanapun, kuman yang menyerang faraj dan pangkal rahim lebih ringan. Namun, boleh menimbulkan kesakitan ketika bersetubuh dan pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia tidak menyebabkan kemandulan.
 
Tahukah anda?
Keputihan yang normal adalah jernih, tidak berbau dan tidak menimbulkan rasa gatal pada permukaan faraj. Manakala keputihan yang abnormal berwarna putih pekat atau seperti nanah serta berbau busuk dan diiringi rasa gatal di kawasan sekitar faraj. Terdapat juga yang berwarna coklat kemerahan kerana bercampur darah. Jika masalah ini berlaku kepada anda, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
 
Jenis jangkitan
Kuman: Bakteria jenis E-Coli sering menjangkiti faraj dan sistem peranakan. Selain itu, kuman jenis sifilis dan gonorea juga antara kuman yang menjangkiti alat kelamin. Ia biasanya berlaku akibat daripada hubungan intim yang tidak selamat. Jika anda mengalami gejala seperti pengeluaran lendir berwarna kehijauan, gatal dan berbau dapatkan nasihat doctor dengan segera.
 
Kulat: Jangkitan kulat seperti monilia atau candida sering kali menjangkiti wanita hamil dan mereka yang menghidap kencing manis.

Rahsia Bibir Sihat Jaminan Senyuman Menawan

Rahsia Bibir Sihat Jaminan Senyuman Menawan
Rahsia Bibir Sihat Jaminan Senyuman Menawan

Bibir merupakan salah satu daya tarikan kecantikan seseorang wanita. Pasti anda menginginkan senyuman yang menawan di saat jurugambar merakam detik-detik bahagia anda bersama pasangan. Perhatian ke atas penjagaan bibir perlu dititikberatkan. Kecantikan bibir akan menyerlahkan lagi kecantikan wajah anda. Bagaimana hendak menjaga bibir? Usah risau, berikut adalah petua penjagaan bibir anda:
 
1. Siang
Sapuan pelembap bibir di siang hari mampu melembapkan bibir yang kering dan merekah teruk. Olesan pelembap bibir ini akan melindungi bibir dari kesan cahaya matahari. Di antara bahan-bahan asas yang boleh digunakan bagi mencantikkan bibir adalah dengan sapuan madu asli sebanyak 3 kali sehari. Kesannya pasti mengejutkan anda. Senyuman pasti terukir di bibir anda sepanjang majlis persandinganmu. Cubalah sendiri!
 
2. Malam
Bibir akan menjadi segar dan sihat dengan menanggalkan segala kesan kotoran di bibir. Lapkan semua kesan gincu di bibirmu dengan tisu lembut dan gosok secara perlahan sehingga kesan tersebut hilang. Dengan cara ini, sel-sel kulit mati juga dapat ditanggalkan. Kemudian, sapulah pelembap bibir yang boleh merawat bibirmu semalaman. Kesannya akan dapat dilihat keesokannya. Bibirmu akan menjadi lembut dan kelihatan munggil sekali!
 
Di samping itu, penjagaan bibir juga ada pantang larangnya. Di antara pantang larang untuk mendapatkan bibir yang cantik adalah:
 
1. Elakkan penggunaan campuran jenis gincu
Bibir akan tampak cantik dan comel apabila dioles dengan sapuan gincu yang berwarna merah. Terdapat pelbagai jenis warna gincu di pasaran dan pelbagai jenama yang dijual dengan laris. Perlu diingat, campuran pelbagai jenis gincu yang berwarna dalam satu masa akan menyebabkan bibir akan menghasilkan garisan gelap di tepi bibir. Sebaiknya, kurangkan penggunaan gincu dan perbanyakkan sapuan pelembap bibir, terutama yang mengandungi vitamin E dan SPF15.
 
2. Elakkan menyentuh bibir dengan tangan yang kotor
Menyentuh bibir dengan tangan yang kotor akan menyebabkan penyebaran bakteria. Lapisan yang nipis di bibir sangat
mudah dijangkiti kuman sekiranya terdapat luka kecil atau sebgainya. Seeloknya, cucilah tangan dengan sabun anti-bakteria sebelum menyentuh bibirmu. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebelum bibirmu menjadi sakit disebabkan bakteria, lebih baik kamu menjaganya dengan rapi. Terutama di kala majlis resepsi perkahwinanmu hamper menjelang tiba.
 
Tip Bibir Cantik dan Sihat
• Memakan vitamin B dan C seperti buahan dan sayuran.
• Minum air putih dengan banyak.
• Hilangkan kesan kosmetik di bibir sebelum tidur.
• Mengoles bibir dengan sapuan madu sebelum tidur.
 
Info Penting!
• Penuaan bibir bermula seawal usia 25 tahun, di mana bibir akan kurang merah dan berkedut.
• Bibir amat sensitif pada cahaya matahari.
• Gincu menyebabkan bibir lebih mudah kering.
• Merokok menyebabkan bibir berkedut lebih cepat.

Tangani Senggugut Sebelum hari Bahagia

Tangani Senggugut Sebelum Hari Bahagia
Tangani Senggugut Sebelum Hari Bahagia

Masalah senggugut bukanlah suatu perkara asing yang berlaku di kalangan wanita. Malah, hampir 85 peratus kaum wanita di dunia tidak terlepas dari gejala ini. Lebih merungsingkan sekiranya tarikh keramat dalam hidup jatuh pada tarikh datang bulan. Tentunya, anda tidak mahu merosakkan majlis raja sehari dengan masalah seumpama ini. Apatah lagi, majlis gilang-gemilang itu hanya sekali seumur hidup.
 
Masalah senggugut atau juga dikenali sebagai dismenorea adalah gejala di mana berlakunya kekejangan yang melampau pada otot rahim. Semasa berlakunya haid, dinding rahim akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. Hormon yang dirembeskan inilah yang akan menyebabkan berlakunya kekejangan pada otot rahim. Apabila hormon ini dirembeskan secara berlebihan, ia akan mengundang masalah senggugut dan menyebabkan berlakunya gangguan emosi.
 
Dismenorea selalunya berlaku selepas enam hingga 12 bulan kedatangan haid yang pertama. Namun, ia sebenarnya berbeza mengikut individu. Terdapat sesetengah individu yang mula mengalaminya setelah berumur 20 hingga 30 tahun. Walau bagaimanapun, gangguan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu primer dan skunder.
 
Dismenorea primer hanya berlaku di peringkat remaja atau wanita sebelum berkahwin. Ia biasanya menyerang pada hari pertama dan kedua ketika haid dengan diiringi ganguan emosi yang tidak menentu. Usah bimbang jika ia berlaku kepada anda. Ini kerana, ia bukanlah disebabkan oleh masalah abnormal atau apa-apa ketumbuhan.
 
Gangguan ini selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia yang terdapat dalam tubuh anda. Ketidakseminbangan inilah yang merembeskan hormon 'prostaglandin' yang mencetuskan rasa sakit melampau pada bahagian uterus. Selain itu, masalah genetik juga merupakan faktor berlakunya masalah gangguan dismenorea.
 
Manakala dismenorea sekunder pula adalah apabila berlakunya senggugut selepas dua atau tiga tahun kedatangan haid yang pertama. Ia selalunya berpunca daripada wujudnya sel endometrium di luar rahim yang menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam rahim. Selain itu, senggugut juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kronik yang menyebabkan pendarahan haid berlanjutan dari tempoh biasa kedatangan haid . Ganguan ini selalunya boleh diubati dengan mengambil pil penahan sakit dan memerlukan anda mendapat rawatan lanjut daripada doktor.
 
SIMPTOM
Simptom-simptom senggugut biasanya menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah ganguan emosi seperti cepat marah, resah dan lesu dalam tempoh seminggu sebelum kedatangan haid. Namun, ia akan mula hilang selepas sehari atau dua hari semasa haid dan diiringi kekejangan pada pangkal rahim yang menyebabkan kesakitan melampau. Simptom-simptom senggugut adalah berbeza mengikut individu.
 
Antaranya:
• Perasaan ingin membunuh diri
• Panik yang tiba-tiba
• Perasaan sedih yang tidak menentu
• Perasaan marah berpanjangan
• Tidak berminat dalam aktiviti harian
• Hilang tumpuan
• Nafsu makan yang melampau
• Masalah tidur, insomnia atau hipersomnia
• Peningkatan atau penurunan nafsu seksual
 
Manakala simptom- simptom pada fizikal pula seperti rasa kembung pada bahagian perut, denyutan jantung yang tidak menentu, payudara menjadi sensitif, sakit kepala yang menyebabkan muntah-muntah dan hilang selera makan, dan sakit di bahagian sendi atau otot.
 
INFO: RISIKO SENGGUGUT
Ramai yang beranggapan masalah senggugut adalah satu perkara biasa yang berlaku di kalangan wanita. Namun, tahukah anda masalah ini sebenarnya mampu mengundang risiko kemandulan sekiranya tidak dirawat secara berkesan.
 
CARA RAWATAN
Bagi mencegah masalah ini, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor untuk mengambil pil penahan sakit. Selain itu, anda juga perlulah menjalani hidup yang lebih sihat dengan beberapa panduan di bawah:
 
• Perbaiki diet demi meningkatkan zat yang terdapat dalam badan.
• Kurangkan pengambilan garam bagi mengelakkan rembesan 'prostaglandin' yang terlalu banyak.
• Perbanyakkan makanan yang mengandungi asid lemak Omega 3 yang tinggi untuk mengurangkan ganguan dismenorea.
• Elakkan pengambilan minuman berkafein yang akan mengganggu hormon anda seperti kopi, teh dan minuman beralkohol.
• Pengambilan vitamin tambahan.
• Berhenti merokok.
• Lakukan senaman di rumah untuk membantu peredaran darah dengan baik.
• Tenangkan fikiran.

Tubuh Sihat Sebelum Nikah

Tubuh Sihat Sebelum Nikah
Tubuh Sihat Sebelum Nikah
Terima Kasih: Doktor Rohaya Ramli, Doktor Perubatan Keluarga & Pengarah Bakti Healthcare Sdn Bhd.
Soalan 1
Apakah pemeriksaan yang seharusnya dijalankan oleh bakal pengantin sebelum mendirikan rumahtangga?
 
Jawapan:
Pasangan pengantin sewajarnya melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh di klinik atau hospital untuk memastikan mereka sihat. Ujian darah sangat penting untuk mengesan beberapa penyakit seperti Thalassemia. Jika kedua-dua pasangan pengantin dikenal pasti pembawa penyakit ini (Carrier / Thalassemia Minor) maka kebarangkalian anak mereka mengidap Thalassemia major adalah 50%. Thalassemia major adalah penyakit yang serius dimana pesakit perlu menjalani pemeriksaan darah setiap bulan kerana kekurangan sel darah merah. Jangka hayat mereka juga pendek iaitu antara 20 hingga 30 tahun. Selain itu, ujian juga perlu dilakukan untuk memastikan tiada penyakit berjangkit secara hubungan seks seperti Hepatitis B, HIV dan Sifilis.
 
Soalan 2
Dari segi pemilihan makanan, vitamin serta penjagaan kesihatan yang lain, apakah saranan doktor dalam hal ini. Apakah vitamin yang sesuai
diambil oleh bakal pengantin perempuan dan lelaki untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka?
 
Jawapan:
Bakal pengantin haruslah mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja sebelum tetapi selepas berkahwin. Antaranya: 
  • Amalkan diet yang seimbang dan cukup dengan protein, karbohidrat dan lemak dalam komposisi yang betul. Secara amnya, makan semua jenis makanan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makanan manis dan berlemak.
  • Bersenam tiga ke lima kali seminggu, 20 hingga 60 minit setiap sesi dengan menggabungkan senaman aerobik seperti berjalan, joging, bermain badminton, berbasikal dan juga weight training untuk membina otot.
  • Makan multivitamin yang ada semua jenis vitamin seperti B complex untuk tenaga, vitamin A, C,E dan zink untuk melawan semua jenis penyakit.

4 Gaya Dandanan Rambut di Majlis Resepsi

4 Gaya Dandanan Rambut di Majlis Resepsi
4 Gaya Dandanan Rambut di Majlis Resepsi
Gaya Rambut A : Gaya sederhana dengan rambut lepas yang menawan boleh disuai padan dengan busana moden seperti gaun labuh yang menarik
Gaya Rambut B: Rambut dengan ilham sanggul tinggi ini sangat sesuai digayakan dengan busana berkolar tinggi dari fabrik renda. Aksesori melintang disematkan di bahagian bawah sanggul menyuntik elemen tradisional.
Gaya Rambut C : Gaya sederhana dengan dandanan rambut bersanggul gulung kecil dan ditambah pula aksesori permata menyuntik elemen kesederhanaan dalam majlis.
Gaya Rambut D : Riben aneka jenis digunakan bagi menambahkan lagi pesona gaya si dara jelita ini. Gaya rambut dengan sisipan kemas di bahagian belakang ini sesuai digayakan untuk majlis resepsi di malam hari.

 Tampil Manis Di Majlis Resepsi
Tampil Manis Di Majlis Resepsi
Terima Kasih Hani Kamarudin Dari Michael & Guys Hair Salon,
Majlis resepsi perkahwinan merupakan majlis yang sangat penting dan pastinya akan meninggalkan memori indah buat pasangan mempelai. Selain busana indah untuk dipakai di hari bahagia nanti, gaya rambut yang bersesuaian juga harus diberi perhatian.
 
Langkah demi langkah…
 
1. Sisirkan rambut menjadi kemas 
2. Ikatkan rambut supaya menjadi lebih tinggi di bahagian belakang.
3. Lebihan rambut di bahagian belakang disepitkan supaya menjadi lebih rapi.
4. Kemudian semburkankan rambut agar statik dari penjuru kanan ke kiri dan kiri ke kanan.
5. Sepitkan rambut supaya dandanan rambut kemas, dan akhir sekali letakkan beberapa kuntum bunga sesuai dengan tema majlis.

8 Panduan Langsing di Singgahsana Impian

8 Panduan Langsing Menawan di Singgahsana Impian
8 Panduan Langsing Menawan di Singgahsana Impian

Lakukan enam bulan sebelum majlis berlangsung...
 
Pasti kita berasa bangga tatkala orang terdekat memuji kelangsingan tubuh kita. Lebih-lebih lagi menjelangnya hari bahagia sama ada majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dan bukan susah juga untuk berat badan kembali meningkat. Situasi ini seringkali meresahkan anda yang bakal melangsungkan pertunangan atau perkahwinan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, beberapa bulan sebelum menjelangnya hari bahagia anda, apa kata anda buat senarai semak untuk rahsia pelangsingan yang betul.
 
1. Ukur berkala
Jadikan pita pengukur dan buku nota sebagai rakan karib anda. Sebelum memulakan aktiviti riadah, ukur dahulu fizikal anda. Bermula dengan ukuran berat badan, lilitan pinggul, dan lengan, anda catatkan ukuran fizikal sebelum dan selepas melakukan aktiviti. Lakukan ukuran badan ini sebagai rutin harian supaya anda boleh mengetahui perkembangan sama ada aktiviti yang anda lakukan itu berhasil ataupun tidak. Jika teknik ini berkesan, pasti si dia akan tersenyum lebar melihat perubahan anda itu.
 
2. Atur pola makan
Hari bahagia anda semakin hampir. Namun, berat badan yang diingini masih belum menjadi realiti. Jika mahu mengurangkan berat badan, anda harus mengubah pola makanan. Kurangkan makan makanan yang berlemak, makanan yang manis, karbohidrat, dan juga air berkarbonat. Gantikan pola makanan anda dengan makanan yang versi rendah lemak. Contohnya, jika anda sukakan yogurt, cuba amalkan yogurt rendah lemak ataupun yogurt kurang manis. Perubahan pola makanan yang konsisten ini mampu menjadikan tubuh anda langsing sehingga tibanya hari bahagia itu.
 
3. Seimbangkan Keluar dan Masuk
Ada kalanya anda berasa gembira setiap kali melihat nombor pada penimbang. Jika anda berjaya menurunkan berat badan, tidak semestinya anda boleh terus mengulangi tabiat pemakanan yang dulu. Seimbangkan kadar kemasukan makanan dengan kadar pengeluaran. Bagi anda yang gemar makan dalam kuantiti yang banyak, pastikan aktiviti yang dilakukan juga banyak supaya semua kalori dan lemak yang masuk akan terbakar. Jika mahu tampil langsing di hari bahagia, anda haruslah berkorban sedikit dan jangan rasa malas. Sudah tentu anda tidak mahu badan kelihatan menggeleber ketika mengenakan busana pertunangan atau perkahwinan nanti. Jadi, ubahlah sekarang.
 
4. Kawal Perasaan
Perasaan kadang-kadang boleh menjadi rakan karib atau musuh. Rasa marah, gembira, sedih, semuanya berada di dalam fikiran. Begitu juga dengan perasaan kenyang dan lapar. Kawal perasaan anda untuk makan terutamanya makan makanan ringan ketika menonton televisyen. Jika bakal-bakal pengantin di luar sana yang gemar makan coklat ketika marah, anda harus tinggalkan tabiat tersebut. Kawal perasaan anda dan cuba lakukan aktiviti lain ketika berasa marah.
 
5. Buat catatan
Seperti yang diperkatakan tadi, jadikan buku nota sebagai rakan karib anda. Selain membuat catatan tentang ukuran badan, apa kata anda catat manu makanan yang anda makan.Dengan cara ini, anda akan tahu punca perubahan berat badan dan anda boleh mengetahui menu makanan mana yang boleh menaikkan berat badan. Catatan ini boleh dilakukan setiap hari dan jika tidak mempunyai masa, buatlah beberapa bulan sebelum tibanya hari bersejarah anda. Jadikan tubuh langsing sebagai salah satu ‘target’ anda pada hari bersejarah dalam buku catatan tersebut supaya anda akan ingat setiap kali membukanya. Tentu anda seronok jika ‘target’ itu menjadi kenyataan.
 
6. Bersenam
Jangan rasa malu atau malas untuk bersenam. Jadikan senaman sebagai rutin harian atau pada hujung minggu anda. Anda tidak perlu pergi jauh untuk bersenam. Cukup sekadar di rumah, impian tampil langsing di hari bahagia boleh menjadi kenyataan. Jadikan halaman rumah, tangga, ruang tamu, dan lain-lain sebagai tempat untuk anda mengeluarkan peluh. Selain dapat menjaga bentuk tubuh, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan kelihatan bertenaga. Seri pengantin anda pasti terserlah jika anda mempunyai tenaga dan stamina yang kuat.
 
7. Lakukan Secara Berpasangan
Hari bahagia akan kunjung tiba namun semua usaha untuk kekal langsing seperti tidak berkesan. Jangan cepat putus asa. Cuba anda lakukan teknik ini. Jika anda malas untuk melakukan aktiviti riadah secara berseorangan, carilah teman supaya anda lebih bersemangat untuk beriadah. Ajaklah bakal suami anda untuk beriadah bersama-sama supaya si dia dapat menyokong usaha anda itu. Cara ini bukan sahaja dapat memberikan tubuh anda sihat, malah hubungan antara anda dan bakal suami menjadi lebih erat. Jadikannya sebagai hobi atau aktiviti hujung minggu supaya kedua-duanya akan tampil sihat dan ceria di hari bahagia.
 
8. Air Putih
Ramai yang tidak tahu akan kepentingan air putih. Bagi bakal-bakal pengantin, air putih sangat penting kerana bukan sahaja boleh membantu mengekalkan bentuk badan, malah air putih juga mampu mencantikkan kulit anda menjadi halus mulus. Bagi anda yang gemar minum air manis, cuba atasinya mulai sekarang. Bukan sahaja untuk hari bahagia anda, tapi fikirkan untuk jangka masa yang panjang.

7 Cara Berbahagi Tekanan Rumahtangga

7 Cara Berbahagi Tekanan Rumahtangga
7 Cara Berbahagi Tekanan Rumahtangga
Bagi pasangan yang baru 'setahun jagung' mendirikan rumah tangga, pastinya masih mencari keserasian hidup sebagai suami dan isteri. Silap catur, sedikit sebanyak, rumah tangga pasti akan goyah. Sebagai isteri, anda perlu bangun awal untuk menyediakan sendiri sarapan untuk suami dan selepas itu terpaksa pula bergegas ke tempat kerja.
 
Begitu juga dengan suami. Pulang sahaja ke rumah, anda perlu membantu isteri mengemas rumah, memasak dan akhirnya bila malam menjelang anda akan tertidur keletihan. Beginilah rutin yang terpaksa dilalui setiap hari dan ada kalanya menjemukan. Namun, untuk mengurangkan tekanan tersebut, anda boleh mencuba beberapa tip yang disediakan ini:
 
1. BERKONGSI JAGA ANAK
Anda perlu bersikap terus terang dengan suami beban yang anda hadapi. Cuba beritahu dia walaupun anda menerima bayaran di luar rumah, namun anda masih melakukan kebanyakan kerja rumah tangga dan mengurus anak. Ajak suami agar sama-sama melakukan tugas tersebut. Pujuk dia dengan lembut dan katakan sikap bekerjasama itu penting dalam sesebuah rumah tangga. Jika anda terangkan dengan baik, pastinya suami akan memahami tekanan yang dihadapi.
 
2. WUJUD SUASANA CERIA
Kegembiraan adalah suasana penting untuk dikongsi bersama suami dan anak-anak. Gurau senda yang berlaku jika berkumpul bersama keluarga pastinya dapat menghilangkan sedikit tekanan itu. Kualiti masa yang dihabiskan oleh keluarga adalah penting untuk menghasilkan sebuah keluarga yang gembira. Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menganggap bahawa keseronokan bersama keluarga dan berdua-duaan dengan suami adalah sama penting dengan mencari wang, memasak makanan dan perkara lain dalam rutin harian.
 
3. PILIH MASA UNTUK BERSENANG LENANG
Anda mungkin mempunyai banyak idea menarik untuk dikongsi bersama suami. Namun, karenah anak-anak menyebabkan idea menarik itu terbantut. Apa kata anda cuba luangkan masa selama dua jam tanpa melakukan sebarang aktiviti rumah dan gunakan masa itu untuk bersama suami. Inilah masanya utnuk anda berkongsi cerita dengan suami dan relakskan diri bersama-sama.
 
4. SENTIASA TENANGKAN FIKIRAN
Setelah penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, anda perlu merehatkan diri dan tenangkan fikiran. Lakukan dengan cara bersenam di rumah atau beriadah di kawasan sekitarnya. Permulaannya memang sukar untuk anda menghentikan otak daripada merancang dan berfikir sesuatu yang merisaukan. Bagaimanapun dengan latihan, anda pasti boleh melakukannya.
 
5. GURAUAN SPONTAN
Lakukan sesuatu lain daripada yang lain dengan secara spontan. Bayangkan anda sekeluarga sedang membasuh kereta atau menyiram pokok bunga sambil bermain pancut air. Ataupun anda sedang memasak atau memotong sayur bersamasama. Anda juga boleh mengajak suami berjalan-jalan di taman bunga seakanakan 'dating' seperti di awal perkenalan. Bersama suami atau pasangan, anda boleh mencuba pelbagai perkara untuk menghasilkan sesuatu perkara yang spontan dan menyeronokkan.
 
6. CUBA LAKUKAN SESUATU YANG BARU
Anda juga boleh lakukan sesuatu yang baru. Misalnya menjadi ahli kelab rekreasi. Pergi bersendirian atau bersama suami ke gim atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, memancing dan sebagainya. Selepas aktiviti ini, anda dan keluarga pastinya akan ketawa mengenangnya dan sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
 
7. PERGI BERCUTI
Untuk mengurangkan tekanan juga, anda boleh pergi bercuti. Sama ada anda pergi berdua sahaja dengan suami ataupun dengan anak-anak. Pilihlah tempat peranginan yang menyamankan ataupun menikmati keindahan pulau. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan pastinya segala tekanan dan masalah akan hilang apabila bersama keluarga.

Kulit Wajah Berseri Dengan Pupur

Kulit Wajah Berseri Dengan Pupur
Kulit Wajah Berseri Dengan Pupur
Setiap orang memiliki warna kulit yang berbeza-beza disebabkan beberapa faktor. Jadi tiada siapa yang menginginkan wajah yang suram dan gelap, apalagi memiliki kulit tidak sekata di hari bahagia.
Semuanya ingin tampil cantik berseri, sebab itu ramai yang tidak kisah sekiranya terpaksa menggunakan bahan perawat yang dikatakan mampu memutihkan kulit, walaupun tahu ianya hanya memberi kesan sementara sahaja. Sampai bila anda hanya bertahan dengan berselindung di sebalik solekan?
Penggunaan masker adalah salah satu cara untuk mencantikkan kulit dengan menggunakan bahan-bahan daripada alam semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Khasiat masker pula ialah menegangkan dan melicinkan kulit. Kulit yang masih remaja sesuai menggunakan masker daripada sayuran contohnya mentimun, tomato, sengkuang, kentang dan lobak merah. Berikut adalah bahanbahan semulajadi untuk membuat masker yang dikatakan dapat membantu proses mencerahkan kulit secara semulajadi. Ia dapat memelihara, menghalus dan menyihatkan kulit.
MASKER SENGKUANG
Sengkuang amat digemari oleh mereka yang sering mengamalkan petua kecantikan semulajadi. Sengkuang dipercayai dapat mencerahkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi kulit. Paling elok sekiranya dikisar kemudian disapukan di muka yang telah dibersihkan. Masker sengkuang ini dikatakan mampu menghasilkan kulit yang cerah dan berseri seperti yang anda idam-idamkan.
MASKER KENTANG
Tidak ramai yang menggemari kentang kerana agak leceh untuk dikupas. Namun tidak dinafikan kentang mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Jangan tidak tahu, kentang turut dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Kentang juga mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Kentang dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi.
MASKER TIMUN
Tidak perlu bersusah payah dengan pelbagai jenama kosmetik. Cuba gunakan cara ini. Parut hujung mentimun dan campurkan dengan tepung jagung. Kacau dan sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan ia kering. Lakukan selama tiga kali seminggu. Hasilnya, wajah anda pasti lebih berseri dan cerah sentiasa.
MASKER APRIKOT
Aprikot banyak manafaatnya dalam bidang kecantikan. Aprikot sememangnya kaya dengan vitamin, mineral dan minyak semulajadi. Aprikot mengandungi vitamin A, C, E, zat besi, potasium, niasin serta protein yang jarang didapati dalam buah-buahan yang lain. Untuk melembapkan kulit, ambil isinya dan campur dengan tepung dan gosok dengan lembut ke wajah. Biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

Olesan Buah-buahan Segar

Olesan Buah-buahan Segar
Olesan Buah-buahan Segar
Bakal mempelai boleh menggunakan buah-buahan segar seperti epal, oren dan strawberi yang diproses untuk rawatan wajah. Ia boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang mahal. Buah-buahan ini selain menyihatkan tubuh badan, ternyata ia ramuan mudah untuk olesan wajah.
Buah Oren
Buah oren merupakan sumber vitamin C yang baik, mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamine, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, zat besi, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Hal ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandungi 60 – 80 kcal kalori.
 
Buah oren merupakan antioksidan yang sangat baik kerana mempunyai vitamin C. Vitamin ini mudah larut air dan memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga mampu membantu proses penyembuhan luka.
 
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Hal ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit daripada pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga mampu memperkuatkan sel-sel kulit sehingga ia dapat memperbaiki jaringan yang rosak dengan lebih cepat.
 
Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.
 
Buah Strawberi
Selain buah oren, strawberi juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Warna merah pada strawberi masak terdapat banyak khasiatnya. Ia kaya dengan pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi. Tujuh zat antioksidan yang ada pada buah strawberi lebih tinggi dibandingkan dengan buah atau sayuran lain dan ianya lebih efektif untuk mencegah proses oksidasi pada tubuh.
 
Oksidan ialah proses penghancuran jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan. Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih.
 
Untuk mencantikkan wajah dengan menggunakan buah strawberi, anda boleh melakukannya di rumah. Pertama sekali campurkan tiga buah strawberi dan sesenduk teh madu, setelah itu hancurkan dan pastikan tidak terlalu hancur. Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Setelah masker sudah mengering, gosokkan dengan gerakan melingkar untuk meluruhkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah. Setelah itu, basuh dengan air suam. Lakukan rawatan ini seminggu sekali. Vitamin C pada buah strawberi berkhasiat untuk mencerahkan kulit dan khasiat madu adalah untuk melembapkan kulit.
 
Buah Epal
Keunikan buah epal ialah ia tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan. Epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekaligus dapat mengurangkan kolesterol darah. Buah epal sesuai digunakan untuk wajah yang berminyak. Caranya dengan mengambil 1 biji buah epal, kemudian dipotong-potong dan masukkan ke dalam pengisar.
 
Kemudian, kisar epal sehingga halus tanpa menggunakan air. Setelah dikisar sapukan secara merata pada wajah anda. Sebelum menyapunya seeloknya anda membersihkan dahulu wajah. Setelah penyapuan tersebut, biarkan ia selama 20 minit dan kemudian bersihkan wajah dengan air suam berserta air sejuk untuk membiarkan liang-liang pori terbuka. Lakukanlah seminggu sekali untuk kesan terbaik. Dengan khasiat buah-buahan ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan wajah anda segar dan cantik secara alami tanpa menggunakan ubat-ubat kecantikan.

Ciuman Asmara Hangatkan Hubungan

Ciuman Hangatkan Hubungan
Ciuman Hangatkan Hubungan
Mencapai kemuncak nikmat hubungan di ranjang bersama-sama tentu membangkitkan rasa bahagia dan kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya sanubari dapat menyelami erti bahagia yang dikecapi dan mampu diluahkan dengan tindakan penuh kasih sayang. Seiring impian untuk mengecapinya dalam setiap aksi hubungan intim yang dilakukan, ada rahsia yang tersembunyi.
Kebanyakkan pakar hubungan seks menekankan ciuman, kucupan dan cumbuan adalah penting untuk membangkitkan nafsu dan ghairah sebelum memulakan hubungan seks. Ternyata menikmati indahnya pelayaran cinta bersama pasangan yang dimulai dengan seni cumbuan yang berkesan, sebenarnya mampu membibitkan suatu  ransangan yang misteri dan menjadi titik bermulanya aksi di ranjang penuh kenikmatan.
 
Tidak dinafikan, mengenali beberapa jenis ciuman dan mempraktiskannya kepada pasangan secara tidak langsung akan menyuntik variasi kesinambungan dalam menghangatkan hubungan seks. Sebenarnya terdapat pelbagai teknik dan seninya yang tersendiri. Antara beberapa gaya yang cukup disenangi dan digemari sama ada oleh lelaki mahu pun wanita, antaranya seperti :
 
Ciuman Pembuka
Jenis ciuman ini dilakukan secara bersahaja sebagai tahap awal melakukan aktiviti seks. Biarpun dilakukan dengan bersahaja dan tenang, namun ciuman jenis ini juga mampu memberikan perasaan mesra dan menerbitkan gelora di jiwa.
 
Ciuman Kering
Ini merupakan langkah seterusnya setelah mempraktiskan ciuman pembuka pada pasangan. Tekniknya dengan sedikit membuka mulut saat berciuman, hembuskan sedikit angin melalui mulut kemudian rapatkan secara lembut bersama-sama perasaan mesra kepada pasangan. Tahanlah sebentar untuk menikmati getaran-getarannya. Setelah itu angkat perlahan-lahan dan lakukan gerakan tersebut berulang-ulang.
 
Ciuman Basah
Dalam keadaan bercumbu, mainkan lidah anda sehingga menyentuh kulit pasangan. Selain membasahi daerah-daerah ransangan seks anda juga boleh melakukannya di kawasan yang digemari oleh pasangan anda.
 
Ciuman Sensasi
Teknik dilakukan dengan menggoda pasangan sehingga merasa ghairah. Setelah itu diteruskan dengan ciuman yang lebih bergelora. Caranya wajah suami menghampiri ke wajah isteri, kemudian sentuh bibir pasangannya dengan bibir atas sambil mendesah penuh godaan.
 
Ciuman Keliling
Maksud dari teknik ciuman ini adalah lidah dimasukkan ke dalam rongga mulut pasangan dan di sana bermulanya penjelajahan ke semua kawasan mulut. Mula-mula lidah menelusuri langit-langit mulut dan kemudian bersatu bersama lidah pasangan.
 
Ciuman Singa Menari
Ciuman singa menari adalah teknik melakukan ciuman di seluruh bagian tubuh pasangan dengan sentuhan-sentuhan dari bibir yang romantis. Ciuman ini dimulai dari bibir atas, lalu bibir bawah, leher, belakang telinga, dada dan seluruh tubuh badan.
 
Ciuman Bergema
Teknik ciuman ini dilakukan dengan iringan rengekan, ia bertujuan untuk merangsang nafsu pasangan. Caranya dekatkan bibir pada hujung rahang yang berdekatan dengan telinga, kemudian geserkan bibir pada sisi rahang sambil mengerang. Lalu bibir mendekati telinga kemudian mainkan lidah di atas lubang telinga. Adegan ini akan membangkitkan ghairahnya yang tersendiri.
 
Kuasa ciuman yang hebat akan membuatkan hubungan seks semasa berasmara lebih nikmat dan mengasyikkan. Dalam erti kata lain, aksi dan babak bercumbuan menjadi adegan utama ‘pemanasan’ aksi sebelum menemui titik kepuasan hubungan seks.

Selasa, 29 November 2011

Koleksi Petua Mengatasi Senggugut

Petua 1 - Ambil 9 biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 - Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3 - Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 - Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5 - Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Petua Memulih dan Menyempitkan Faraj


Petua 1 : Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit.Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Petua 2 : Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.
Petua 3 : Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

Petua Untuk Menegangkan Kulit Muka



• Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. 



• Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.

Petua Tampil Langsing Untuk Menggoda Suami

Ada banyak cara yang boleh dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolah raga atau mengambil ubat-ubatan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan langsing lagi seksi, amat penting bagi anda melakukan sesuatu pada penampilan anda.

Panduan berpakaian yang perlu dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing :

1. Pilih pakaian dalam warna-warna senada.

2. Elakkan corak yang besar.

3.Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih tinggi.

4. Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu kecil atau besar.

5. Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen. Hindari material yang lembut dan berkilat kerana anda akan lebih kelihatan berisi.

6. Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.

7. Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih langsing.

8. Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.

9. Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut.



Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Cantik


1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh.  Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Kulit Perlu Rehat -  Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.

6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.

7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Ketawa Penghibur Duka -  Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Petua Berpakaian Untuk Wanita Berpayudara Besar


Wanita yang mempunyai ukuran payudara yang besar memang menghadapi masalah dalam pemilihan pakaian. Jika salah pilih, pasti anda akan nampak tidak selesa dengan payudara sendiri. Paling teruk, pakaian yang dikenakan membuatkan payudara nampak tersembul sehingga mencacatkan penampilan.

1. Kenakan coli yang tepat supaya payudara anda mendapat sokongan yang baik. Ia akan menampilkan kesan langsing.

2. Kenakan baju yang potongan lehernya melebar hingga ke bahu atau pilih baju yang bercorak vertikal. Ini dapat menimbulkan ilusi yang membuatkan payudara anda nampak lebih kecil. Jangan sesekali mengenakan t-shirt berkolar bulat yang sangat sempit. Potongan “V” adalah pilihan terbaik.

3. Pilih jaket atau blaus yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik jenis ini akan mengikut bentuk tubuh dan melangsingkan.

4. Untuk padanan, pilih skirt yang berpotongan “A”, seluar denim ‘boot cut’ atau seluar panjang berpotongan lurus.

5. Jika ingin mengenakan gaun, pilih gaun yang berpotongan ‘empire waistline’. Potongan sebegini bukan sahaja boleh menyembunyikan bentuk payudara yang besar tetapi ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing.

6. Sekiranya ingin mengenakan aksesori, pilih rantai yang panjangnya di atas garis dada atau payudara. Hindari rantai yang terlalu panjang kerana ia boleh membuatkan payudara kelihatan lebih besar.

7. Hindari pakaian yang mempunyai motif atau detail yang sarat di bahagian tengah dada. Sekali pun mengenakan tali pinggang merupakan trend terkini, mereka yang mempunyai payudara besar harus mengelakkan ikat pinggang yang melingkar di sekitar pinggang atau tepat di bawah payudara. Ini benar-benar kesalahan besar.

8. Pastikan anda tidak memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt yang dipakai.