Tarikh: 22 Februari 2013
Mencapai kemuncak nikmat hubungan di ranjang bersama-sama tentu
membangkitkan rasa bahagia dan kepuasan yang sukar diungkap dengan
kata-kata. Hanya sanubari dapat menyelami erti bahagia yang dikecapi dan
mampu diluahkan dengan tindakan penuh kasih sayang. Seiring impian
untuk mengecapinya dalam setiap aksi hubungan intim yang dilakukan, ada
rahsia yang tersembunyi.
Kebanyakkan pakar hubungan seks menekankan ciuman, kucupan dan cumbuan
adalah penting untuk membangkitkan nafsu dan ghairah sebelum memulakan
hubungan seks. Ternyata menikmati indahnya pelayaran cinta bersama
pasangan yang dimulai dengan seni cumbuan yang berkesan, sebenarnya
mampu membibitkan suatu ransangan yang misteri dan menjadi titik
bermulanya aksi di ranjang penuh kenikmatan.
Tidak dinafikan, mengenali beberapa jenis ciuman dan mempraktiskannya
kepada pasangan secara tidak langsung akan menyuntik variasi
kesinambungan dalam menghangatkan hubungan seks. Sebenarnya terdapat
pelbagai teknik dan seninya yang tersendiri. Antara beberapa gaya yang
cukup disenangi dan digemari sama ada oleh lelaki mahu pun wanita,
antaranya seperti :
Ciuman Pembuka
Jenis ciuman ini dilakukan secara bersahaja sebagai tahap awal
melakukan aktiviti seks. Biarpun dilakukan dengan bersahaja dan tenang,
namun ciuman jenis ini juga mampu memberikan perasaan mesra dan
menerbitkan gelora di jiwa.
Ciuman Kering
Ini merupakan langkah seterusnya setelah mempraktiskan ciuman pembuka
pada pasangan. Tekniknya dengan sedikit membuka mulut saat berciuman,
hembuskan sedikit angin melalui mulut kemudian rapatkan secara lembut
bersama-sama perasaan mesra kepada pasangan. Tahanlah sebentar untuk
menikmati getaran-getarannya. Setelah itu angkat perlahan-lahan dan
lakukan gerakan tersebut berulang-ulang.
Ciuman Basah
Dalam keadaan bercumbu, mainkan lidah anda sehingga menyentuh kulit
pasangan. Selain membasahi daerah-daerah ransangan seks anda juga boleh
melakukannya di kawasan yang digemari oleh pasangan anda.
Ciuman Sensasi
Teknik dilakukan dengan menggoda pasangan sehingga merasa ghairah.
Setelah itu diteruskan dengan ciuman yang lebih bergelora. Caranya wajah
suami menghampiri ke wajah isteri, kemudian sentuh bibir pasangannya
dengan bibir atas sambil mendesah penuh godaan.
Ciuman Keliling
Maksud dari teknik ciuman ini adalah lidah dimasukkan ke dalam rongga
mulut pasangan dan di sana bermulanya penjelajahan ke semua kawasan
mulut. Mula-mula lidah menelusuri langit-langit mulut dan kemudian
bersatu bersama lidah pasangan.
Ciuman Singa Menari
Ciuman singa menari adalah teknik melakukan ciuman di seluruh bagian
tubuh pasangan dengan sentuhan-sentuhan dari bibir yang romantis. Ciuman
ini dimulai dari bibir atas, lalu bibir bawah, leher, belakang telinga,
dada dan seluruh tubuh badan.
Ciuman Bergema
Teknik ciuman ini dilakukan dengan iringan rengekan, ia bertujuan untuk
merangsang nafsu pasangan. Caranya dekatkan bibir pada hujung rahang
yang berdekatan dengan telinga, kemudian geserkan bibir pada sisi rahang
sambil mengerang. Lalu bibir mendekati telinga kemudian mainkan lidah
di atas lubang telinga. Adegan ini akan membangkitkan ghairahnya yang
tersendiri.
Kuasa ciuman yang hebat akan membuatkan hubungan seks semasa berasmara
lebih nikmat dan mengasyikkan. Dalam erti kata lain, aksi dan babak
bercumbuan menjadi adegan utama ‘pemanasan’ aksi sebelum menemui titik
kepuasan hubungan seks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan