Cipta Dekorasi Jelmaan Ala Inggeris
Tarikh: 14 Februari 2013
Props dan manisan: Mama’s Home Delight
Meriahkan hari persandingan anda dengan hamparan manis-manisan yang
mampu membuatkan tetamu teruja. Persembahkan aturan berbeza ketika
menghasilkan dekorasi sudut manisan.
Hidangan manis-manisan tentunya menjadi dekorasi sampingan yang mampu
menyemarakkan kemeriahan sudut ‘candy-buffet’ ketika majlis berlangsung.
- Pelbagaikan aksesori sampingan berkonsepkan ala Inggeris yang boleh diketengahkan pada hiasan sudut anda. Contohnya seperti bingkai gambar, lukisan bunga-bungaan dan bebola dedaun hijau sebagai pelengkap gaya.
- Cetuskan juga ‘mood’ konsep hiasan dengan gubahan bunga lembut supaya ia mampu meniupkan semarak cinta dalam penghasilan sudut ini.
- Tin terpakai boleh dicat semula dengan hasil tangan sendiri sekiranya mahu menjimatkan kos hiasan.
- Kepelbagaian jenis manisan juga menjadi faktor tarikan tetamu untuk singgah ke sudut manisan ini.
Info
- Usah berkira untuk menghidangkan kek yang besar untuk meraikan kedatangan tetamu.
- Susun atur manisan haruslah seiring dengan hiasan agar ruang meja anda tidak terlalu sarat dan tidak terlalu kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan