Khamis, 28 Mac 2013

Sentuh Tangan Masih Boleh, Peluk Dan Aksi Ranjang Tak Boleh” – Nur Fazura




Nur Fazura
Ekoran kenyataan yang pernah dibuat menyatakan mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem yang dijayakan, telah menimbulkan kontroversi dan persoalan daripada banyak pihak.
Menurut Fazura, ramai yang salah faham dengan kenyataannya itu. Apa yang dimaksudkan bukanlah bermakna dia tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Cuma dia tidak mahu melakukan aksi berlebihan seperti berpelukan ataupun di ranjang.
"Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.
“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki",
Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain.
"Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," katanya.
Perkembangan terbaru, Fazura bakal muncul dalam drama berjudul Kisah Cinta, bergandingan degan Shaheizy Sam. Drama tersebut akan disiarkan bermula pada 9 April depan, jam 9 malam di TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan