Bagi pasangan yang baru 'setahun jagung' mendirikan rumah tangga,
pastinya masih mencari keserasian hidup sebagai suami dan isteri. Silap
catur, sedikit sebanyak, rumah tangga pasti akan goyah. Sebagai isteri,
anda perlu bangun awal untuk menyediakan sendiri sarapan untuk suami dan
selepas itu terpaksa pula bergegas ke tempat kerja.
Begitu juga dengan suami. Pulang sahaja ke rumah, anda perlu membantu
isteri mengemas rumah, memasak dan akhirnya bila malam menjelang anda
akan tertidur keletihan. Beginilah rutin yang terpaksa dilalui setiap
hari dan ada kalanya menjemukan. Namun, untuk mengurangkan tekanan
tersebut, anda boleh mencuba beberapa tip yang disediakan ini:
1. BERKONGSI JAGA ANAK
Anda perlu bersikap terus terang dengan suami beban yang anda hadapi.
Cuba beritahu dia walaupun anda menerima bayaran di luar rumah, namun
anda masih melakukan kebanyakan kerja rumah tangga dan mengurus anak.
Ajak suami agar sama-sama melakukan tugas tersebut. Pujuk dia dengan
lembut dan katakan sikap bekerjasama itu penting dalam sesebuah rumah
tangga. Jika anda terangkan dengan baik, pastinya suami akan memahami
tekanan yang dihadapi.
2. WUJUD SUASANA CERIA
Kegembiraan adalah suasana penting untuk dikongsi bersama suami dan
anak-anak. Gurau senda yang berlaku jika berkumpul bersama keluarga
pastinya dapat menghilangkan sedikit tekanan itu. Kualiti masa yang
dihabiskan oleh keluarga adalah penting untuk menghasilkan sebuah
keluarga yang gembira. Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan
menganggap bahawa keseronokan bersama keluarga dan berdua-duaan dengan
suami adalah sama penting dengan mencari wang, memasak makanan dan
perkara lain dalam rutin harian.
3. PILIH MASA UNTUK BERSENANG LENANG
Anda mungkin mempunyai banyak idea menarik untuk dikongsi bersama
suami. Namun, karenah anak-anak menyebabkan idea menarik itu terbantut.
Apa kata anda cuba luangkan masa selama dua jam tanpa melakukan sebarang
aktiviti rumah dan gunakan masa itu untuk bersama suami. Inilah masanya
utnuk anda berkongsi cerita dengan suami dan relakskan diri
bersama-sama.
4. SENTIASA TENANGKAN FIKIRAN
Setelah penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, anda perlu
merehatkan diri dan tenangkan fikiran. Lakukan dengan cara bersenam di
rumah atau beriadah di kawasan sekitarnya. Permulaannya memang sukar
untuk anda menghentikan otak daripada merancang dan berfikir sesuatu
yang merisaukan. Bagaimanapun dengan latihan, anda pasti boleh
melakukannya.
5. GURAUAN SPONTAN
Lakukan sesuatu lain daripada yang lain dengan secara spontan.
Bayangkan anda sekeluarga sedang membasuh kereta atau menyiram pokok
bunga sambil bermain pancut air. Ataupun anda sedang memasak atau
memotong sayur bersamasama. Anda juga boleh mengajak suami
berjalan-jalan di taman bunga seakanakan 'dating' seperti di awal
perkenalan. Bersama suami atau pasangan, anda boleh mencuba pelbagai
perkara untuk menghasilkan sesuatu perkara yang spontan dan
menyeronokkan.
6. CUBA LAKUKAN SESUATU YANG BARU
Anda juga boleh lakukan sesuatu yang baru. Misalnya menjadi ahli kelab
rekreasi. Pergi bersendirian atau bersama suami ke gim atau melakukan
aktiviti lasak seperti mendaki bukit, memancing dan sebagainya. Selepas
aktiviti ini, anda dan keluarga pastinya akan ketawa mengenangnya dan
sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
7. PERGI BERCUTI
Untuk mengurangkan tekanan juga, anda boleh pergi bercuti. Sama ada
anda pergi berdua sahaja dengan suami ataupun dengan anak-anak. Pilihlah
tempat peranginan yang menyamankan ataupun menikmati keindahan pulau.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan pastinya
segala tekanan dan masalah akan hilang apabila bersama keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan