Saat percintaan adalah suatu momen yang sukar terungkap dengan kata-kata, ia sangat peribadi dan antara anda dan suami sahaja boleh merasakan kenikmatannya. Namun, di dalam melayari alam rumahtangga, biarpun sudah bertahun, pasti ada wanita yang merungut bahawa keiginan mereka jarang dipenuhi. Apabila membicarakan mengenai saat percintaan, ia seakan taboo buat wanita di dalam menyatakan kehendak dan hasrat mereka. Mengapa? Mungkin masih lagi malu atau takut dikatakan hebat berfantasi. Hakikatnya, masa percintaan wajib dikongsi kenikmatannya baik si suami dan juga isteri. Keduanya harus merasa kenikmatan dan keseronokkan mencapai klimaks bersama. Namun, ramaikah suami yang tahu keinginan sebenar isteri mereka?
Dr. Marta Meana, seorang pakar terapi seksual wanita mengatakan bahawa wanita mahu merasakan diri mereka diinginkan ketika berhubungan intim. Perasaan diperlukan itu adalah orgasme sebenarnya buat wanita.
Diperlukan
Ketika berhubungan intim, seorang wanita mahu merasakan diri mereka diinginkan dan bukannya diperlukan untuk berhubungan intim. Perasaan yang diinginkan atau diperlukan itulah sebenarnya menimbulkan ghairah pada wanita. Menurut Dr. Marta, perasaan itu bukan sekadar seorang suami yang ingin berhubungan cinta tetapi lebih kepada seorang suami yang ingin berhubungan cinta dengan ANDA.
Sememangnya bukan mudah untuk mencapai keinginan sebegitu kerana tidak ramai wanita boleh menilai sejauhmana kehendak suami di dalam hubungan percintaan. Adakah benar-benar kerana nafsu atau nafsunya mahu bersama dengan anda. Itu adalah dua perkara yang hampir sama namun berbeza perasaannya. Ramai yang mengatakan keinginan itu sukar dipenuhi namun pasti mudah sekiranya keikhlasan berterus-terang di dalam pasangan suami isteri meluahkan perasaan dan kehendak masing-masing. Pasti lebih nikmat bukan?
Dominasi
Setiap orang mempunyai fantasi nakalnya masing-masing. Itu tidak boleh disangkalkan kerana sebagai manusia, pasti anda mempunyai keinginan tersembunyi yang sengaja dirahsiakan. Menurut Dr Marta, salah satu fantasi seksual para wanita adalah untuk didominasikan atau dikuasai oleh seorang lelaki yang mengghairahkan. Misalnya, lelaki yang disukai itu mendukung lalu membawanya ke kamar tidur, tangannya diikat dan mereka bercinta sehingga keduanya puas dan keletihan.
Hasil kajian itu sebenarnya menunjukkan wanita ingin didominasi oleh seorang lelaki yang mereka idamkan atau sukai. Itulah lahirnya perasaan ingin dan mengingini. Fantasi itu bukanlah suatu yang menyeksakan mahupun menyakitkan, ia adalah sesuatu yang indah dan kadang-kala sukar untuk dicapai. Namun, pastinya boleh dilaksanakan sekiranya keduanya saling mampu untuk berterus terang.
Sentiasa sama
Hubungan intim akan dikatakan menjadi rutin pada pasangan berkahwin apabila ia dilakukan dalam saat dan cara yang sama setiap kali. Pasangan suami isteri sememangnya akan menggunakan hubungan intim sebagai usaha merapatkan hubungan, serta menjadikan percintaan mereka lebih bersemarak.
Cuba posisi, cara dan corak yang berbeza setiap kali bersama pasangan. Jadi orang yang berbeza bagi menimbulkan rasa excitement, misterius atau seksi pada mata pasanga anda. Ia tidak sukar dilakukan, apa yang mahu dimalukan kerana antara anda dan pasangan, itulah saatnya untuk meneroka. Jadikan hubungan intim sebagai sebuah perjalanan mengenali personality anda berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan