Jumaat, 11 November 2011

Diari Lelaki









AKU DILAHIRKAN BUKAN UNTUK DERITA
Jangan pernah bicara padaku tentang erti derita, jikalau tidak dalam satu waktu ku menangis biarpun tidak bisa air mata lama akan kau buangkan semuanya. Roda terus berjalan dan bertahan, kini kau ingin memanggilnya untuk tahu bahawa kau masih manusia tetapi yang tersia-dia hanya kerana kesilapan itu...
Hujan masih terus turun, cahaya-cahaya yang menuju langit mulai berkurang. Ku baringkan tubuh di ubin yang basah. Dingin begitu menusuk. Aku ingin merasa kan bebas dari derita ini. Walaupun cuma sehari... Tidak tertanggung lagi rasa keperitan yang dialami. Aku lelaki berusia 45 tahun, punya isteri dan empat orang anak. Kehidupan suami isteri berlayar dengan bahagia, seperti pasangan-pasangan lain. Biarpun ada kalanya ombak melanda tetapi tidaklah sampai karam di lautan. Sehinggalah pada suatu hari rebut taufan megah menghancurkan segala yang ada.
Keluarga ku punya rumah sewa, selaku anak sulung aku bertanggungjawab mengambil duit sewa tersebut setiap bulan buat ibu. Seorang janda muda di usia 26 tahun telah dua bulan menyewa. Bulan ketiga kala aku di hadapan pintu rumahnya, entah mengapa bisikan syaitan se olah-olah menyeru ku dengan lembut untuk melangkah kaki masuk ke rumahnya. Mungkin itulah detik kesilapan yang ku lakukan...
Ibu telah berpesan dari awal lagi, kalau pergi kutip duit sewa jangan masuk rumah walaupun di pelawa. Jangan minum atau makan jika diberi. Janda Mona dikatakan punya saka keturunan, ingat ibu ku. Aku tidak pernah percaya dengan benda-benda Entah apa yang merasuk dalam diri ku, aku melangkah masuk dengan menguntum senyuman bahagia. Jamu selera seperti tiada hidangan di rumah sendiri. Mona menjamu aku dengan begitu berselera.
Bermula dari saat itu, fikiran aku jadi melayang. Angau tidak menentu masa teringatkan si Mona... Mona... Mona... seperti gila bayang dibuatnya. Akhirnya aku menyatakan hasrat untuk berkahwin
satu lagi. Lisa isteri pertama, menangis tidak hentinya. Aku tidak memikirkan lagi tentang hati dan perasaan isteri. Aku mampu memberi nafkah zahir dan batin. Anak-anak sudah besar, boleh berfikir dengan baik. Yang aku inginkan Mona berada dalam pelukkan ku...
Setelah kebenaran diberi akhirnya aku disatukan dengan Mona. Beberapa bulan hidup bersama aku merasakan hidup aku makin sengsara, bukannya manis menghisap madu yang ada. Sikit demi sedikit wang dan harta ku di kikis Mona. Aku hamper muflis dibuatnya. Badan aku lemah, batuk berpanjangan, mata layu, susuk tubuh menjadi kurus kering dan sakit-sakit badan setiap masa. Aku seperti seekor lembu mengikut sahaja kehendak tuannya bila hidung di tarik.
Derita ku bertambah kala, Lisa meminta untuk berpisah dengan ku. Lisa tidak sanggup lagi kerana aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami padanya. Aku tidak sanggup melepaskannya, tambahan dalam keadaan aku yang semakin menderita. Lantas Lisa memberi aku syarat, ‘jika abang tidak inginkan perpisahan ini, ikut Lisa kita pergi berubat sebab Lisa rasakan abang seperti tubuh yang tidak bernyawa lagi.’ Aku bersetuju mengikut kehendaknya... Kala berubat, ternyata aku telah terkena buatan orang. Dan hembusan syaitan itu datangnya dari isteri kedua ku sendiri, Mona. Aku menyatakan pada Mona adakah dia memperlakukan ku sedemikian rupa.
Mona tidak mengaku. Aku mengajaknya berjumpa ustaz bersama, Mona ikut dengan rasa gundah gulana. Ustaz meminta Mona menanggalkan barangan kemas yang dipakainya. Kalung itu ada segala-galanya, saka yang membiarkan khadam-khadam bergantung selama ini. Terkejut aku. Wajah Mona ketika itu tidak lagi semanis sebelumnya. Dia kelu lidah tidak terkata. Patutlah selama ini, setiap kali menjamu selera Mona santap dengan begitu banyak sekali. Jika makanan aku tidak habis, Mona akan melicinkannya. Mona mengaku ada pendamping bersamanya, dahulu dia juga memakai susuk di wajah dan rambut tetapi telah di buang. Itu semua juga ajaran ibunya, Mona yang tidak sekolah tinggi mewarisi sahaja apa yang diberi. Abang maafkan Mona, Mona berdosa pada abang... Mona juga telah meletakkan sesuatu dalam minuman dan makanan agar abang menjadi hak milik Mona.
Ikut rasa hati mahu sahaja aku melepaskan pelempang dan penumbuk lima waktu ke muka Mona. Tapi tenaga aku masih lagi lemah. Kata putus aku, ceraikannya. Tergamak dia melakukan dosa yang terkutuk ini untuk kepuasan diri sendiri. Aku enggan melihat lagi kelibat Mona. Aku ingin kembali sihat dan hidup seperti dahulu, tinggalkan derita ini. Terima kasih Lisa atas segalagalanya, menerima ku kembali dan membawa ku keluar dari kesuraman derita selama lima bulan bersama MONA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan