Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2011

UBAH SIKAP KERJA BERPASUKAN



Di dalam satu kajian para sosiologi, kerja secara berpasukan memberikan lebih banyak kelebihan berbanding bekerja secara solo. Perkembangan semasa kini lebih banyak menyokong usaha sesebuah organisasi untuk bergerak secara berkumpulan. Namun, beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebagai persediaan untuk anda melaksanakan kerja secara berkumpulan.


Perjelas matlamat
Sebagai pengurus, anda perlu memaklumkan kepada pasukan mengenai tugasan masingmasing. Perjelaskan projek atau urusan apa yang akan diusahakan. Pastikan setiap ahli pasukan diberikan informasi terperinci mengenai setiap hal.

Kenal pasti keadaan
Setiap ahli pasukan perlu tahu dan faham apa yang perlu dilakukan. Setiap perancangan strategi perlu sampai ke pengetahuan setiap ahli pasukan supaya ianya boleh dilaksanakan tanpa keraguan dan masalah. Ahli pasukan juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan memahami setiap arahan diberikan.


Komitmen
Bekerja di dalam pasukan memerlukan lebih komitmen berbanding bergerak secara solo. Kata sepakat yang dimetrai keduadua pihak iaitu pengurusan dan pekerja perlu diiktiraf. Jadual untuk melaksanakan tugasan perlu diberikan satu per satu agar ahli kumpulan tahu dan faham mengenai kepentingan sesuatu tugasan itu. Di dalam setiap perjumpaan bersama ahli pasukan, pastikan tidak ada di antara ahli pasukan yang tidak hadir kerana setiap perbincangan diadakan penting untuk memastikan tugasan dilaksanakan dengan lancar.

Kesanggupan
Setiap ahli pasukan juga perlu megenali di antara satu sama lain. Bukan hanya dari segi fizikal tetapi mengetahui sama ada mereka mempunyai kesanggupan untuk bekerja secara berkumpulan. Kerjasama di antara ahli pasukan penting untuk merealisasikan hasilnya. Bina pertanyaan sesama anda, adakah ahli pasukan anda mempunyai kebolehan, skil dan keupayaan untuk memberikan hasil yang diinginkan?

Kawalan
Setiap pekerjaan memerlukan kawal selia yang betul. Di dalam kerja berpasukan, kawalan terhadap disiplin kerja sangat penting supaya tugasan diberi mudah diselesaikan. Sebagai pengurus, anda perlu mengawal setiap pergerakkan dan perkembangan tugasan.

Komunikasi
Perbincangan sesama ahli pasukan amat penting untuk menentukan arah tuju tugasan anda. Sama ada berkomunikasi secara percakapan, e-mel, khidmat pesanan ringkas atau sms dan lain-lain kaedah komunikasi boleh dijadikan perantara untuk memudahkan anda menyelesaikan tugasan. Di dalam konteks kerja secara berpasukan, anda perlu sering mengadakan perbincangan. Jika ada di antara ahli pasukan tidak hadir, maklumkan kepadanya hasil perbincangan anda.

Kesedaran
Adakah setiap ahli pasukan menyedari tanggungjawab dalam kerja berpasukan? Sekiranya ada di antara ahli pasukan mula leka, sudah menjadi tanggungjawab ketua untuk mengembalikan disiplin ahli pasukan.

Bekerja keras
Dalam apa juga keadaan, anda perlu member 110 peratus komitmen bagi merealisasikan tugasan diberikan. Sentiasa berikan lebih dari apa yang diminta. Jika setiap ahli pasukan memberi lebih banyak komitmen dari yang diperlukan, pasti hasilnya juga lebih memberangsangkan.

‘Ada’kan diri anda
Bawa setiap ahli pasukan bersama dalam setiap aktiviti berkumpulan. Elakkan pilih kasih kerana dalam melaksanakan kerja berpasukan, perasaan setiap ahli perlu dijaga supaya kualiti kerja terjamin.

Ambil giliran
Jangan menjadi ketua setiap masa dan jangan menjadi pengikut setiap masa. Elakkan menjadi seseorang yang banyak cakap. Jadilah pendengar yang baik. Ambil kira setiap pendapat rakan sepasukan dan jika relevan, gunakan pendapat itu. Jangan pula hanya mendengar sahaja, anda juga perlu memberikan pendapat.

Jadi orang baik
Elakkan kritikan peribadi. Pastikan anda mendengar dengan teliti dan memahami apa yang diperkatakan orang lain sebelum anda memberi komen mengenai pendapat mereka.

Tepati masa
Hadirkan diri anda dalam setiap mesyuarat tepat pada masanya, setiap masa. Tepati setiap deadline. Jika anda lewat, anda hanya membazirkan masa orang lain dan boleh menimbulkan kemarahan. Sikap begini boleh mengganggu kerja berpasukan. Kerja berpasukan bukan hanya melibatkan anda, tetapi seluruh ahli kumpulan.

Fokus
Sentiasa fokus pada tugasan anda. Setiap kali dalam perbincangan, jangan campur adukkan dengan perkara lain. Pastikan setiap kali menghadiri perbincangan, peratusan perkembangan tugasan dibentangkan. Pastikan anda mencapai kehendak kerja.

Buat peningkatan
Selain meningkatkan taraf kerja, pertingkatkan juga mood ahli pasukan. Sentiasa positif dalam setiap perbuatan dan perkataan. Sentiasa menghargai ahli pasukan. Sesekali memuji rakan setugas apa salahnya. Sematkan di dalam diri masing-masing untuk memberi semangat kepada ahli pasukan.

Cari penyelesaian
Jika timbul masalah di dalam pasukan, jangan terburu-buru menuding jari. Mulakan dengan pertanyaan ringkas mengenai apa yang berlaku. Tanyakan juga sama ada anda boleh membantu menyelesaikan masalah itu. Komunikasi secara bersemuka lebih baik dari menggunakan e-mel atau khidmat pesanan ringkas atau sms. Cuba memahami pendapat orang lain sewaktu berbincang.

Diari Lelaki









AKU DILAHIRKAN BUKAN UNTUK DERITA
Jangan pernah bicara padaku tentang erti derita, jikalau tidak dalam satu waktu ku menangis biarpun tidak bisa air mata lama akan kau buangkan semuanya. Roda terus berjalan dan bertahan, kini kau ingin memanggilnya untuk tahu bahawa kau masih manusia tetapi yang tersia-dia hanya kerana kesilapan itu...
Hujan masih terus turun, cahaya-cahaya yang menuju langit mulai berkurang. Ku baringkan tubuh di ubin yang basah. Dingin begitu menusuk. Aku ingin merasa kan bebas dari derita ini. Walaupun cuma sehari... Tidak tertanggung lagi rasa keperitan yang dialami. Aku lelaki berusia 45 tahun, punya isteri dan empat orang anak. Kehidupan suami isteri berlayar dengan bahagia, seperti pasangan-pasangan lain. Biarpun ada kalanya ombak melanda tetapi tidaklah sampai karam di lautan. Sehinggalah pada suatu hari rebut taufan megah menghancurkan segala yang ada.
Keluarga ku punya rumah sewa, selaku anak sulung aku bertanggungjawab mengambil duit sewa tersebut setiap bulan buat ibu. Seorang janda muda di usia 26 tahun telah dua bulan menyewa. Bulan ketiga kala aku di hadapan pintu rumahnya, entah mengapa bisikan syaitan se olah-olah menyeru ku dengan lembut untuk melangkah kaki masuk ke rumahnya. Mungkin itulah detik kesilapan yang ku lakukan...
Ibu telah berpesan dari awal lagi, kalau pergi kutip duit sewa jangan masuk rumah walaupun di pelawa. Jangan minum atau makan jika diberi. Janda Mona dikatakan punya saka keturunan, ingat ibu ku. Aku tidak pernah percaya dengan benda-benda Entah apa yang merasuk dalam diri ku, aku melangkah masuk dengan menguntum senyuman bahagia. Jamu selera seperti tiada hidangan di rumah sendiri. Mona menjamu aku dengan begitu berselera.
Bermula dari saat itu, fikiran aku jadi melayang. Angau tidak menentu masa teringatkan si Mona... Mona... Mona... seperti gila bayang dibuatnya. Akhirnya aku menyatakan hasrat untuk berkahwin
satu lagi. Lisa isteri pertama, menangis tidak hentinya. Aku tidak memikirkan lagi tentang hati dan perasaan isteri. Aku mampu memberi nafkah zahir dan batin. Anak-anak sudah besar, boleh berfikir dengan baik. Yang aku inginkan Mona berada dalam pelukkan ku...
Setelah kebenaran diberi akhirnya aku disatukan dengan Mona. Beberapa bulan hidup bersama aku merasakan hidup aku makin sengsara, bukannya manis menghisap madu yang ada. Sikit demi sedikit wang dan harta ku di kikis Mona. Aku hamper muflis dibuatnya. Badan aku lemah, batuk berpanjangan, mata layu, susuk tubuh menjadi kurus kering dan sakit-sakit badan setiap masa. Aku seperti seekor lembu mengikut sahaja kehendak tuannya bila hidung di tarik.
Derita ku bertambah kala, Lisa meminta untuk berpisah dengan ku. Lisa tidak sanggup lagi kerana aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami padanya. Aku tidak sanggup melepaskannya, tambahan dalam keadaan aku yang semakin menderita. Lantas Lisa memberi aku syarat, ‘jika abang tidak inginkan perpisahan ini, ikut Lisa kita pergi berubat sebab Lisa rasakan abang seperti tubuh yang tidak bernyawa lagi.’ Aku bersetuju mengikut kehendaknya... Kala berubat, ternyata aku telah terkena buatan orang. Dan hembusan syaitan itu datangnya dari isteri kedua ku sendiri, Mona. Aku menyatakan pada Mona adakah dia memperlakukan ku sedemikian rupa.
Mona tidak mengaku. Aku mengajaknya berjumpa ustaz bersama, Mona ikut dengan rasa gundah gulana. Ustaz meminta Mona menanggalkan barangan kemas yang dipakainya. Kalung itu ada segala-galanya, saka yang membiarkan khadam-khadam bergantung selama ini. Terkejut aku. Wajah Mona ketika itu tidak lagi semanis sebelumnya. Dia kelu lidah tidak terkata. Patutlah selama ini, setiap kali menjamu selera Mona santap dengan begitu banyak sekali. Jika makanan aku tidak habis, Mona akan melicinkannya. Mona mengaku ada pendamping bersamanya, dahulu dia juga memakai susuk di wajah dan rambut tetapi telah di buang. Itu semua juga ajaran ibunya, Mona yang tidak sekolah tinggi mewarisi sahaja apa yang diberi. Abang maafkan Mona, Mona berdosa pada abang... Mona juga telah meletakkan sesuatu dalam minuman dan makanan agar abang menjadi hak milik Mona.
Ikut rasa hati mahu sahaja aku melepaskan pelempang dan penumbuk lima waktu ke muka Mona. Tapi tenaga aku masih lagi lemah. Kata putus aku, ceraikannya. Tergamak dia melakukan dosa yang terkutuk ini untuk kepuasan diri sendiri. Aku enggan melihat lagi kelibat Mona. Aku ingin kembali sihat dan hidup seperti dahulu, tinggalkan derita ini. Terima kasih Lisa atas segalagalanya, menerima ku kembali dan membawa ku keluar dari kesuraman derita selama lima bulan bersama MONA.

Selasa, 8 November 2011

10 Perkara yang Paling Tidak Disukai Lelaki

RAUT WAJAH TIADA REAKSI, KELIHATAN BERSAHAJA DAN MENGANGGUK-ANGGUK. TIDAK MENANDAKAN SEORANG LELAKI ITU SUKA ATAUPUN BERSETUJU. MUNGKIN TIDAK NAMPAK PADA LUARAN TETAPI BAGAIMANA DALAMANNYA? SALAH CUCUK, MERBAHAYA! JOM KETAHUI 10 PERKARA YANG PALING TIDAK DISUKAI OLEH KAUM ADAM.
Cepat Berubah Fikiran
Mula-mula kata suka, selepas itu cakap cuma kawan. Kemudian suka balik, nanti kata tidak sehaluan. Lelaki memang tidak gemar gadis yang tidak tetap pendirian dan cepat berubah fikiran. Membandingkan Diri Dengan Orang Lain Kalau lelaki itu meminati seseorang perempuan, nescaya dia tidak akan memandang pada gadis lain. Tidak perlulah konon-konon cuba memperkenalkannya dengan gadis lain. “Ha! Yang itu cantik, yang ini lawa.”
Bercanggah Pendapat
Mungkin kedengaran seperti berat sebelah tetapi sebagai pasangan perlulah sentiasa menyokong ideologi dan pendapatnya kerana sesetengah lelaki amat tidak gemar bercanggahan pendapat dengan mereka.
Terlupa Temu Janji
Lelaki pun boleh menjadi sensitif. Kalau sudah berjanji janganlah sesekali melupakannya. Percayalah! Kalau terlupa, si dia pasti akan rasa seperti tidak dihargai dan tidak penting.
Riak
Apa baiknya seseorang itu berperangai riak, bukan? Lelaki memang tidak gemar pasangannya bercakap gah. Dalam diam, sidia berkemungkinan akan rasa tidak setaraf dengan kamu.
Soal Berat Badan
Memang sudah hampir menjadi lumrah, lelaki memang kuat makan. Kalau bab makan lelaki memang akan  berkira. Jika seorang lelaki itu makan dalam jumlah yang banyak, tidak perlu rasanya hendak berceritatentang penjagaan badan, lemak, kolesterol dan sebagainya.
Pura-Pura Tidak Tahu
Hindarilah sifat atau perangai kuat berpura-pura. Tidak kiralah sama ada berpura-pura manja, gedik ataupun berpura-pura tidak tahuapabila si dia bertanyakan sesuatu. “Siapa? Robert Pattinson? Siapa tu? Tak kenal la...”
Malas Membuat Keputusan
Walaupun kebiasaannya sang arjuna yang akan membuat keputusan tetapi apabila dia bertanyakan cadangan,  apa salahnya kamu memutuskan jawapan. Bila sesekali keputusan yang bernas diberi, lelaki mungkin menjadi semakin sayang. Janganlah asyik berkata, “Awak pilihlah. Entah, saya tak tau...”
Kurang Sopan
Tanya sahaja kepada mana-mana lelaki, semestinya si dia tidak akan memilih  pasangan yang kurang sopan. Jikalau ada sifat pemarah, cubalah belajar mengawalnya. Mungkin ada sesetengah lelaki jenis yang memahami. Tetapi kalau  dapat jenis yang tidak boleh bertolak ansur bagaimana?