Saat sweetnya bersama, dialah malaikat, dialah bidadari. Dialah penyeri hidup, dan dia jugalah orang yang selalu anda taburkan janji-janji manis. Tetapi apabila tiba saat sweet-sweet sour, dialah bala, dialah musibah. Dialah tempat memaki hamun, dia jugalah tempat melepaskan amarah... Macam mana perkara macam ni boleh berlaku? Sudah tentu disebabkan tiada lagi kemanisan dalam bercinta. Tidak kira yang sudah berkahwin atau yang masih bercouple, pasti akan menghadapi rasa bosan ini. Jadi macam mana nak atasinya?
Tahukah anda perangai manusia akan berubah setiap 3 tahun dan proses perubahan itu berlaku bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi apa yang aku cuba sampaikan ialah ada pada graf dibawah.
Kita tahu bahawa cinta tak akan selalu manis dan bahagia. Awal-awal bercinta memang bukan main bahagia lagi, tapi makin lama makin membosankan. Sehinggakan kalau si dia call pun anda malas nak jawab. Point origin (titik tengah) tu adalah perhubungan anda ketika berusia 3 tahun. Paling tidak pun pada saat-saat anda rasakan perhubungan anda dah berada pada tahap membosankan. Yang lebih daripada titik tengah itu pula ialah tahap kronik iaitu tahap bila-bila masa je boleh break up.
Jadi, jika anda merasakan cinta anda membosankan, cuba lakukan kembali apa yang anda lakukan pada awal perhubungan iaitu perkara-perkara yang dah lama anda tak lakukan bersama. Motifnya? Mengimbau kembali saat-saat awal anda bercinta, saat-saat malu-malu kucing. Dulu nak kentut pun malu-malu berbanding sekarang kalau nak kentut pun main lepas je...*Sumpah aku tak buat benda macam ni*
Jadi akhirnya, jadilah grafnye ke meningkat balik walaupun sudah pasti akan turun lagi. Kalau turun lagi, kasi up lagi. Orang tua-tua ada berpesan, mencegah tu lagi baik daripada mengubat. Jadi bukankah lebih baik sekiranya anda tidak perlu bersusah payah untuk mengejar balik cinta anda sekiranya anda menghargai seadanya setiap masa?
Kalau anda sayangkan pasangan anda dan cinta anda, belajarlah menerima dia menjadi sebahagian daripada hidup anda. Susah senang biar bersama dan jangan sesekali membelakangkan si dia. Kerana ia umpama anda menipu diri sendiri sedangkan anda menghirup udara yang sama. Ke dia bernafas guna asap lori? Jadi, jika pernah terlintas dalam fikiran anda walau sekalipun untuk berpisah, cuba renungkan..
Adakah cinta didalam dunia ini yang akan membuat manusia sentiasa bahagia? Sudah tentu tidak ada! Sedangkan islam juga mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Melafazkan perpisahan itu mudah, tetapi mengungkap cinta itu sukar. Beryukurlah kerana anda sudah menemui cinta anda, sedangkan masih ada ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari cinta. Apatah lagi yang tidak langsung berpeluang merasai cinta itu sendiri. Jangan terlalu sombong hingga menolak cinta apatah lagi meminta perpisahan! Jangan sampai yang maha berkuasa tarik kembali nikmat yang diberi pada anda!
Baru-baru ini, aku berkesempatan menonton sebuah drama Jepun bertajuk 'One litre tears' walaupun pada hakikatnya aku tak minat cerita jepun ni. Sebuah drama daripada cerita sebenar, bagaimana seorang gadis yang aktif bersukan, Aya Kito Ikeuchis (15 tahun) tiba-tiba diserang penyakit saraf yang tak boleh diubati. Sehari demi sehari badannya mula tidak berfungsi sehinggalah dia terlantar dan tidak mampu berjalan, apatah lagi bercakap. Akhirnya? Entahlah, aku tak sanggup tengok cerita tu sampai habis...Benar-benar menyeksa perasaan aku. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi perkara yang membuat aku terfikir betapa bersyukurnya kita ialah ketika gadis tersebut sakit,sebelum mati, dia menulis didalam diarinya, "Emak,saya berhak bercinta ke emak? Saya tak berhak kahwin ke mak? Kenapa penyakit ni pilih saya? Saya masih muda.." Dibawah adalah gambar sebenar pesakit.
Ketika Aya masih sihat |
Saat-saat akhirnya... |
Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, pergi juga tanpa dipaksa..Akhir kata, BERSYUKURLAH......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan