Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafi'a
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-sia
Watub alaina taubatan nasuha
Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…
♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Jumaat, 13 September 2013
Petua Untuk Memanjakan Suami
Petua Untuk Memanjakan Suami
1.
Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja
kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika
menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.
2.
Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin
carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul
rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.
3.
Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah
dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan
losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari
hujung rambut hingga hujung kaki.
4.
Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf
isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu
sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini
akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa.
Pasti dia akan begitu menghargainya.
Rabu, 4 September 2013
Cantik Cara Wanita Thailand
Rahsia Cantik Wanita Thailand
Betik
Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker bagi member kesegaran kepada wajah. Betik adalah anti oksida dan kaya dengan khasiat, seperti vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Kebanyakan wanita Thailand menjadikan betik sebagai masker wajah yang dapat membuatkan kulit mereka cerah berseri dan bebas cela. Ambil buah betik yang telah masak, hancurkan dan oleskan di wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit, dan bilas.
Santan Kelapa
Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain itu, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam perawatan rambut yang sihat.
Diet Pemakanan
Amalan pemakanan wanita Thailand yang sihat turut membantu mereka mendapatkan Kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.
Kunyit
Kunyit merupakan anti oksida yang dapat melawan radikal bebas. Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Caranya mudah sahaja. Basahkan tapak tangan dengan air, ambil serbuk kunyit dan skrub wajah anda dengan serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit.
Beratkah Ucapan Maafkan Saya?
maafkan saya sayang
Bak lagu dendangan di dalam filem bujang lapok:
“wahai cik adik, jangan merajuk,
maafkan kami si bujang lapuk,
jikalau salah tolonglah tunjuk,
kamilah rela hai kena ketuk,
maafkan kami, maafkan kami”
Lagu yang sedikit sebanyak memberi gambaran betapa pentingnya untuk mengucapkan perkataan maaf apatah lagi di antara anda dan pasangan serta orang di sekeliling anda. Dengan hanya mengucapkan kata maaf anda dapat menjernihkan keadaan. Tidak kira untuk lelaki mahupun wanita cara untuk meluahkan perasaan tetap sama dan ia penting untuk menjaga hubungan anda berdua.
Jika dikaitkan dengan lelaki, mereka sering kali dikatakan sedikit ego dan tidak mahu mengalah dan wanita mudah terasa dan tidak mudah untuk memaafkan. Mungkin ada benarnya mungkin juga tidak. Apa kata anda baca tip yang kami berikan dan jangan lupa untuk praktiskan, mana tahu berguna.
Ucapkan kata maaf dengan penjelasan. Maksudnya anda perlu memberi penjelasan tentang kesalahan yang anda lakukan dan nyatakan mungkin ada salah faham yang terjadi antara anda berdua. Penjelasan anda perlu ringkas dan padat dan jangan sebut perkara-perkara yang mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.
Biarlah penjelasan yang anda berikan ikhlas dan tidak seperti dibuat-buat kerana ini akan lebih menyakitkan hati si dia. Renung tepat ke matanya dengan kasih sayang dan disusuli dengan ciuman akan lebih melegakan perasaan anda berdua.
Pilih masa yang tepat untuk anda mengucapkan kata-kata maaf kerana jika anda biarkan masalah itu berlarutan dikhuatiri akan menjadi dendam pada pasangan. Pastikan pasangan anda sudah reda daripada kemarahannya dan pilih waktu yang sesuai seperti selepas waktu kerja atau waktu lapang anda.
Bahagian yang paling digemari oleh semua orang adalah kata-kata maaf berserta hadiah untuk memujuk hati si dia. Cukup sekadar sebiji coklat atau sekuntum bunga diiringi dengan keikhlasan dari anda pasti akan membuat si dia cair. Tapi pastikan anda yang beli supaya ia tampak lebih meyakinkan.
Akhir sekali, jangan bimbang dengan reaksi yang akan diberikan oleh pasangan anda apabila anda mengucapkan kata-kata maaf. Terima seadanya setiap kata-kata yang diucapkan si dia yang mungkin masih dalam keadaan marah dan bersedih. Setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan pastikan ia menjadi pengajaran agar anda tidak mengulangi perkara yang sama di masa hadapan.
Selamat mencuba dan Salam Manis, Cinta & Bunga.

12 Panduan Berkasih Sehingga Ke Syurga
Berkasih Sehingga Ke Syurga
Tentu kita mahukan ikatan perkahwinan akan berkekalan supaya penuh
dengan kasih sayang dan sentiasa bahagia bukan sahaja dalaman malahan
luaran. Tetapi ikatan itu perlu dibaja bukan sahaja dari pihak sang
suami malahan isteri juga perlu memainkan peranan yang penting dalam
sesuatu perhubungan. Zaman ini setiap pasangan yang akan berkahwin
kedua-duanya perlu bekerja deim menampung kos sara hidup yang semakin
meningkat kini dan juga dari segi pendidikan yang rata-ratanya berjaya
sehingga ke peringkat universiti.
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian jika tidak digunakan sebaik mungkin bersama-sama pasangan anda sebelum atau selepas waktu kerja. Praktiskan perkara-perkara ini selepas perkahwinan nescaya hubungan anda akan sentiasa sempurna dan yang paling penting lakukan setiap hari tanpa ada sedikit pun perasaan bosan.
1. Sebelum ke tempat kerja atau berpisah atas sebab-sebab lain, ciumlah tangan suami anda dengan penuh kasih sayang dan kucup dahi isteri anda seperti mana pada hari anda menikahinya. Tidak kira samaada dalam bekerja didalam satu pejabat atau satu bangunan praktiskan cara ini untuk menunjukkan yang anda sayang pada si dia sepenuh jiwa dan raga.
2. Jika berpisah kerana tuntutan kerja seperti bekerja diluar daerah atau ke luar negara, tambah rutin itu dengan pelukan dan ciuman di bibir pasangan. Peluk dengan erat seperti anda tidak mahu melepaskannya tapi pastikan jangan terlalu lama. Katakan yang anda sayang padanya dan minta dia menjaga diri dengan baik serta makan pada masanya.
3. Walau sesibuk mana tugas seharian anda, luangkan masa untuk menelefon pasangan anda sekurang-kurangnya sekali hanya untuk bertanya apa yang sedang dia lakukan, sudah makan atau belum. Selain itu sentiasa hantarkan pesanan ringkas seperti SMS sama seperti waktu anda bercinta dulu. Cukup dengan perkataan “i love you” dapat membuatkan pasangan anda tersenyum simpul disana.
4. Sebelum ke mana-mana, atau untuk menamatkan perbualan telefon dan yang paling penting sebelum anda tidur ucapkan kata-kata sayang seperti “sayang awak” atau “cantiknya awak hari ini”cukup untuk membuaikan perasaan si isteri atau “abang nampak tampan hari ini” akan membuatkan si suami semakin sayangkan anda, tapi awas ucapkan dengan penuh ikhlas kerana kadangkala ia akan berbunyi seperti menyindir.
5. Ajaklah pasangan anda untuk makan tengahari bersama sekali sekala di tempat kegemarannya pada hari penting anda dan dia seperti ulangtahun perkahwinan atau ulangtahun perkenalan. Sentiasa buat kejutan padanya untuk menyatakan yang anda sentiasa ingati dan hargai si dia. Selain dari itu anda boleh membuat kejutan dengan membelikan hadiah atau menghantar bunga pada hari ulangtahun cinta anda ke pejabatnya. Isteri juga boleh membuat perkara yang sama dengan menghantar sebungkus coklat sebagai tanda ingatan atau memasak makanan kegemarannya. Sekadar sekeping kad kadangkala sudah cukup untuk membuatkan si dia tersenyum sepanjang hari dan bersemangat untuk berjumpa nanti.
6. Amalkan bertanya tentang apa yang berlaku sepanjang hari padanya selepas pulang dari kerja sebagai tanda anda mengambil berat tentang apa sahaja yang berlaku kepadanya. Jika dia mempunyai masalah mungkin anda boleh memberikan idea atau nasihat tentang apa yang perlu dilakukan. Jangan berat sebelah dan memihak kepada sesiapa. Jadikan ia sebagai komunikasi dua hala antara anda dan pasangan dan bukan hanya mendengar sahaja.
7. Luahan perasaan pada seseorang akan melegakan dan mengurangkan stress, jangan tunggu selepas pasangan anda menjadi murung atau tertekan untuk memulakan langkah kerana kadangkala si dia malu untuk menyuarakan masalah terutama di tempat kerja yang pada pandangannya tidak berkaitan dengan anda. Tidak hanya terikat kepada perbualan tentang masalah di tempat kerja sahaja, ketika sedang bersantai bersama anda boleh berbual tentang apa sahaja isu semasa atau masalah rumahtangga yang anda hadapi mungkin masalah kewangan hinggalah kepada politik. Jadikan pasangan anda dan anggap dia sebagai kawan karib dan kaunselor anda setiap hari.
8. Tidak ada pasangan yang tidak bertengkar atau bertelingkah, cuma anda perlu bijak untuk menanganinya supaya ianya tidak berlarutan walau untuk satu jam apatah lagi selama berhari-hari. Tenangkan hati dan jiwa anda sebelum memujuk pasangan kerana kadangkala wanita amat susah untuk ditenangkan tanpa sebab-sebab dan jawapan yang diperlukan oleh isteri. Cuba untuk beralah terutama ketika si isteri sedang berbadan dua. Walau apa yang terjadi jangan sesekali berpisah tempat tidur ketika anda sedang marah atau merasakan anda tidak bersalah kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan. Sentiasa berada disisi pasangan anda untuk menemaninya.
9. Apa sahaja masalah yang timbul yang menyebabkan pertelingkahan ini, segera selesaikan dan anda perlu bersikap jujur dan berterus terang dengan pasangan anda kerana dengan cara ini akan ada jalan penyelesaian yang terbaik. Simpan tekad dan berjanji anda akan menjadi suami atau isteri yang baik untuk keluarga anda serta sentiasa bersikap positif agar mudah untuk anda mencapai matlamat baik itu.
10. Hargai pasangan dengan mengucapkan terima kasih kerana memasak untuk anda contohnya. Jika anda akan menimang cahaya mata pastikan anda menghargai pengorbanan isteri anda dan layan dia dengan penuh kasih sayang, fahami kesakitannya dan bantu dia untuk membuat kerja-kerja rumah. Buat isteri, hargai suami yang bersusah payah bekerja keras untuk menyara keluarga dan sentiasa berada disisi anda ketika susah mahupun senang.
11. Solat adalah tiang agama, amalkan solat berjemaah semasa dirumah bersama pasangan. Berdoa bersama-sama serta bersalam-salaman selepas selesai solat. Minta kemaafan dia jika anda ada membuat kesilapan dan elok dilakukan solat berjemaah setiap hari diikuti dengan solat sunat. Selitkan juga tazkirah tentang agama dan membaca Al-Quran bersama.
12. Susuli hubungan anda dengan senda gurauan bersama pasangan kerana ini boleh mengeratkan lagi hubungan agar anda dapat menghilangkan segala masalah. Ajak pasangan untuk sama-sama menonton rancangan kegemaran anda bersama atau luangkan masa untuk menonton wayang apabila ada kesempatan supaya perasaan seperti pasangan baru bercinta tidak akan luput dalam perhubungan anda dan pasangan.

Makanan Penambah Tenaga Batin
Makanan Penambah Tenaga
Untuk mendapatkan hubungan seks yang sempurna antara anda dan pasangan,
ianya tidak hanya bergantung kepada tenaga seperti cukup dari segi
tidur dan rehat bahkan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam
mendapatkan seks yang memuaskan. Pemakanan yang betul dan mengikut
jumlah yang ditetapkan sedikit sebanyak akan membantu anda untuk merasai
nikmat seks yang sempurna walau apa pun usia anda. Terutama bagi
suami, stamina yang cukup diperlukan setiap kali beraksi dan bagi isteri
pula sokongan bersama terhadap pretasi suami juga sama penting.
Makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran ini sangat tinggi khasiatnya dan boleh membantu anda untuk sama-sama merasai nikmatnya seks secara semulajadi tanpa perlu ubat-ubatan dan juga rawatan traditional. Makanan dari sumber yang betul dapat membantu melancarkan darah ke alat kelamin dan juga membangkitkan nafsu anda.Diselitkan beberapa makanan yang boleh anda berdua amalkan sebagai makanan tambahan untuk tenaga tambahan.
Pisang
Dari bentuknya sahaja anda sudah boleh bayangkan kaitannya dengan seks bukan. Buah pisang yang sarat dengan pelbagai vitamin ini baik untuk sistem pembuangan tetapi juga untuk tenaga. Kandungan kalium, magnesium dan vitamin B yang tinggi menjadi sumber utama yang anda akan rasai kelainannya jika diamalkan. Makan 2 biji pisang setiap hari untuk diet tambahan anda.
Coklat
Rasanya yang sedap dan manis pasti disukai oleh semua orang, coklat dapat membantu anda mengatasi tekanan dan juga dalam masa yang sama berfungsi untuk menaikkan nafsu anda terhadap pasangan. Hanya makan tiga atau empat ulas coklat sehari atau bila perlu sudah cukup untuk membantu anda ke aksi yang seterusnya. Ini kerana coklat mengandungi zat yang akan membantu otak untuk menjadikan alat kelamin anda sensitif kepada sentuhan. Setelah penat bekerja contohnya, makan coklat bersama-sama pasangan, dalam masa yang sama boleh mengeratkan hubungan anda berdua dan juga nikmatnya seks.
Bawang Putih
Sebut sahaja tentang bawang putih, secara automatik anda akan teringat tentang bau nya yang busuk dan juga makanan untuk menghilangkan angin dalam badan. Tahukah anda bahawa memakan makanan yang mempunyai kandungan bawang putih yang banyak boleh membantu pengaliran darah didalam badan menjadi lebih teratur dan kencang. Siapkan makanan yang berasaskan bawang putih bila perlu dapat membantu anda untuk beraksi. Kini, bawang putih boleh didapati dalam bentuk tablet yang lebih mudah untuk anda telan dan khasiatnya tetap sama seperti anda memakan dua ke tiga ulas bawang putih. Usah risau tentang baunya, hanya anda dan pasangan yang akan merasai hasilnya.
Madu
Makanan yang mempunyai pelbagai khasiat dan juga boleh merawat apa jua jenis penyakit. Boleh dimakan dengan apa jenis makanan sekali pun sebagai makanan tambahan. Untuk kesan yang lebih mujarab, amalkan setiap hari dua sudu madu dicampur dengan telur ayam separuh masak sudah cukup untuk buat anda rasai kelainannya dimalam hari. Kandungan vitamin B yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan hormon anda dan juga boleh diambil dua sudu madu secara terus setiap hari adalah lebih baik kerana anda mendapat nutrisinya secara terus.
Tiram
Tiram seringkali dikaitkan dengan seksualiti, mungkin kerana kandungan proteinnya yang tinggi boleh membantu menghasilkan air mani yang banyak dan nafsu anda. Lebih elok jika anda memakannya secara mentah daripada dimasak kerana khasiatnya lebih tinggi serta lebih enak. Jangan dilupakan juga hirisan buah lemon sebagai penyedap apabila memakan tiram.
Ginseng
Ubatan yang selunya diambil oleh orang cina ini juga boleh dijadikan salah satu amalan atau makanan tambahan kepada pasangan suami isteri kerana kandungan vitamin dan khasiatnya yang tersendiri. Digunakan sebagai perawat masalah mati pucuk dikalangan lelaki dengan hanya meminum air yang sudah direneh dengan ginseng selama beberapa jam setiap hari. Elemen yang penting terdapat didalam ginseng ialah ia boleh membantu menghasilkan tenaga untuk menjadikan aliran darah yang betul didalam sistem badan.
Asparagus
Asparagus mengandungi vitamin E yang sangat tinggi untuk memulihkan prestasi seks anda selain daripada merangsang hormon seks ia juga menguatkan tenaga batin dan menambah stamina semasa anda. Amalkan untuk memakan secara mentah asparagus ini atau anda bolehlah merebus asparagus dalam masa yang singkat hanya untuk melembutkannya dan jadikan ianya sebagai ulam anda setiap hari. Boleh didapati daripada pasaraya yang berhampiran kerana ini ialah sayuran import.
Kacang Almond
Dianggap sebagai simbol kesuburan terutama bagi wanita kerana ia membangkitkan ghairah pada wanita. Kacang almond mengandungi khasiat yang tinggi untuk vitamin E, magnesium dan juga serat. Kacang almond ini boleh dimakan mentah, jika diamalkan boleh membantu untuk menghasilkan malam yang penuh bermakna untuk anda dan suami. Jangan lupa untuk makan bersama.
Sup Ekor
Jika dimakan semasa panas, sup ekor lembu ini mampu membantu anda untuk mendapatkan tenaga batin secara terus. Renehkan sup ekor lembu dengan bahan-bahan seperti bawang putih dan daun sup untuk khasiat maksimum. Dimakan dua atau tiga jam sebelum melakukan hubungan seks anda.

Lelaki & Warna Kegemarannya
Lelaki & Warna Kegemarannya
Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti
seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Jika anda sukakan
sesuatu warna tertentu mungkin kerana cantik dipandang atau sesuai
dengan jiwa anda. Tetapi tahukah yang setiap warna itu menggambarkan
perwatakan dan siapa anda sebenarnya secara kasar. Bagi bakal pengantin
yang akan melangsungkan perkahwinan, pemilihan warna yang tepat amat
penting kerana ini mempengaruhi penampilan anda nanti. Bukan sahaja
wanita mempunyai minat terhadap warna tetapi lelaki juga amat
mementingkannya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Mari kita kenali
sedikit sebanyak tentang perwatakan lelaki berdasarkan warna
kegemarannya dan ianya sebagai rujukan sahaja ya.
Putih
Jika seorang lelaki amat mengemari warna putih, ini bermakna yang dia adalah orang yang sentiasa ingin memulakan hidup baru dan bersedia menempuhnya bersama anda. Jiwa yang mudah dicorakkan dengan perkara-perkara yang baru dan mudah berubah ke arah yang lebih baik. Putih juga melambangkan kesucian dan kesegaran. Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Si dia yang mengemari warna putih ini juga seorang yang sangat cermat dalam pelbagai hal.
Hitam
Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan, jika si dia berminat dengan warna hitam sebegini boleh dikatakan yang dia ialah seorang yang sangat sofistikated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannya. Walaupun hitam seringkali dikaitkan dengan kedukaan atau ketakutan tetapi ia akan menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa sahaja cabaran yang tiba.
Ungu
Jarang kita temui lelaki yang gemar dengan warna ungu terutama sekali warna ungu terang. Ungu melambangkan kerohanian dan semangat spiritual yang tinggi. Mementingkan hubungan yang akrab dan berdasarkan ajaran agama.Dia juga mudah memahami apa yang tersembunyi atau maksud tersirat.
Hijau
Warna yang menenangkan dan juga sangat berkait rapat dengan alam, gabungan antara warna biru dan kuning ini sangat unik jika diminati. Hijau sangat menenangkan dan juga digalakkan untuk dilihat sentiasa. Bagi lelaki yang sangat meminati warna hijau ini, dikatakan mereka adalah orang yang sangat cemburu dan kurang rasa percaya pada orang lain. Mereka juga dikategorikan sebagai pendiam dan tidak banyak bercakap.
Kuning
Kuning seringkali dikaitkan dengan semangat yang tinggi dan keyakinan. Tidak banyak lelaki yang gemar dengan warna ini secara keseluruhannya kerana dianggap terlalu terang. Kadangkala ianya juga dirasakan seperti warna yang baik untuk fikiran dan mencari ilham. Lelaki yang mengemari warna kuning ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa didalam perhubungan.
Biru
Jika si dia mengemari warna biru dan seringkali menjadi pilihannya mungkin si dia adalah seorang yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Biru melambangkan ketenangan tetapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak dalam menyembunyikan perasaan.
Oren
Gabungan warna antara merah dan kuning ini mempunyai sifatnya yang tersendiri, dianggap garang dan terang ia tidak selalunya menjadi pilihan si jejaka. Bagi yang mengemari warna ini, disebutkan bahawa si dia bijak dan pandai dari segi pembelajaran dan mudah untuk menerima kritikan orang lain terhadapnya tetapi kadangkala dikategorikan pelik dari segi perwatakan.
Coklat
Warna tanah ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dikalangan lelaki walaupun tampak gelap dan tidak bermaya. Pengemarnya dikatakan sentiasa memikirkan masa depan dan mempunyai hala tuju hidup yang tetap. Sangat berjimat cermat dalam perbelanjaan sehari-harinya dan kadangkala dianggap terlalu berkira dan kedekut.
Merah
Sinonim dengan agresif dan tenaga, warna yang sangat digemari oleh lelaki yang berani dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru.Mementingkan kerja dan teliti dalam setiap perkara yang dilakukan. Perwatakan yang selalu memaksa orang lain dan kemarahan.
Merah Jambu
Wanita mengemari warna ini dan sangat jarang lelaki yang mahu mencuba dan berminat. Lelaki menyatakan jika ada yang mengemari warna merah jambu mereka tidak maskulin dan lemah lembut. Gabungan antara warna merah dan putih ini diminati oleh lelaki yang mempunyai jiwa yang lembut dan penuh dengan kasih sayang serta romantis dalam perhubungan. Berkait rapat dengan perasaan dan jiwa lelaki itu sendiri terhadap pasangannya.
dia suka warna biru la...

Tatarias Kek Mengikut Majlis
Tatarias Kek Mengikut Majlis
Pening kepala si jejaka mencari kenalan rapat yang pandai membuat kek idaman hati dara pujaan. Mahu dipenuhi segala permintaan, tanda cinta dan sayang. Usah bimbang, ayuh dapatkan tip tatarias gubahan kek yang cantik sebagai panduan menempah kek perkahwinan untuk majlis anda nanti.
1. Acara majlis
Gubahan tatarias kek bergantung kepada acara majlis dan keadaan. Setiap
tatarias mempunyai maksud yang tersendiri dan sesuai dipadankan dengan
tema majlis. Seandainya anda ingin berikan kek khas untuk hantaran
perkahwinan, tatarias ringkas sudah memadai, asalkan ia tampak cantik
dan comel diiringi.
Tip : Kek untuk majlis persandingan kini dihasilkan
bertingkat-tingkat mengikut citarasa bakal pengantin. Ada juga yang
mencecah enam tingkat tingginya. Tatarias yang sesuai adalah gubahan
dekorasi yang agak padat dan berona terang agar ia tampak menonjol
tatkala majlis makan beradab ingin dimulakan.
2. Jenis kek
Sebulan sebelum anda membuat tempahan kek, lakukan tinjauan ke laman
sesawang atau kedai kek untuk ketahui jenis kek yang sesuai dengan
majlis perkahwinan anda. Terdapat pelbagai jenis kek yang ditawarkan
kini daripada kek jenis span, kek berlapisan pelangi, kek coklat dan
banyak lagi.
Tip : Elakkan menempah kek yang berasaskan gabungan
ais krim dan keju yang mudah cair. Ini akan mencacatkan kek anda tatkala
majlis. Anda tahu bukan, acara memotong kek biasanya diadakan setelah
majlis persandingan selesai.
3. Warna pilihan
Andalah pengantinnya, maka anda lah yang berhak menetapkan warna
pilihan untuk kek majlis persandingan. Warna kek memainkan peranan
penting dan berkait rapat dengan tema majlis. Sebaiknya, pilih warna kek
yang agar kontra dari rona dasar pelamin. Ini akan menonjolkan keserian
gubahan kek anda.
Tip : Warna biru dan kuning dari gubahan pelamin boleh
juga dijadikan tema rona pilihan kek. Tetapi, perbanyakkan rona kontra
dengan putih permata bersama sedikit rona kuning dan biru untuk hiasan ‘gumpaste’ kek, agar ia tampak seimbang dan tidak tenggelam di pandangan.
4. Dekorasi pilihan
Dekorasi hiasan kek adalah berdasarkan tema majlis anda. Sekiranya tema
majlis adalah taman, maka gubahan kek juga perlu ada bunga atau reben
hiasan yang diperbuat dari ‘gumpaste’. Ia tidak akan cair dan kekal cantik walaupun untuk berjam-jam lamanya sepanjang majlis dijalankan.
5. Harga tawaran
Sudah pasti tatarias gubahan kek untuk majlis anda yang istimewa ini
memerlukan hasil yang menakjubkan. Namun, harganya juga perlu diambil
kira. Sekiranya anda mempunyai bajet rendah, usah bimbang. Tempahan kek
biasa tanpa tatarias sudah memadai. Anda juga boleh menghias gubahan kek
sendiri menggunakan idea DIY.
Tip : Layari laman sesawang yang memberikan maklumat
berkaitan gubahan tatarias kek yang mudah dan cantik dengan idea DIY.
Anda juga boleh melakukannya sendiri di samping menjimatkan kos
perbelanjaan pada kek majlis.
10 Cara Rencanakan Perkahwinan Anda
Rencanakan Perkahwinan Anda
Impikan majlis perkahwinan yang sempurna? Atau sesempurna mungkin?
Mudah sahaja...pastikan setiap perancangan asas dijalankan dengan sebaik
mungkin. Pesona Pengantin sedia membantu.
Dalam merencanakan hari bahagia anda, ada perkara yang wajib anda tahu, perlu anda tahu dan bagus juga kalau anda tahu. Tidak lah saat tiba hari bahagia anda baru terfikir, “kenapa saya tak tahu ni?” Jika anda terasa seperti ada perkara yang anda terlupa atau tertinggal untuk lakukan, mungkin tip dan trik yang kami sediakan ini boleh dijadikan panduan.
1. Tetamu Diutamakan
Pastikan jumlah tetamu yang dijemput dan anggaran yang bakal hadir (terutamanya tetamu dengan bilangan anak-anak yang mungkin anda tidak ingat berapa jumlahnya). Ini membantu dalam perancangan tempat duduk dan ruang (jika majlis di dewan atau hotel khasnya). Selain itu, penyediaan makanan juga dapat ditentukan agar tidak timbul masalah makanan tidak cukup atau kehabisan (perkara penting yang WAJIB dielakkan dalam setiap majlis).
2. Pilihan Tarikh Yang Tepat
Tarikh kahwin adalah sangat penting. Anda tentu tidak mahu tarikh yang dipilih sama dengan tarikh kahwin sanak saudara atau sahabat handai yang lain atau juga terdapat majlis syarikat yang membuatkan rakan-rakan sekerja tidak berpeluang menghadiri majlis anda nanti.
3. Ambil Kira Faktor Musim
Jangan kerana terlalu taksub dengan tarikh yang cantik sehingga anda lupa bahawa ia jatuh pada musim tengkujuh atau musim kemarau. Selain cuaca, ada juga sesetengah tempat/kawasan yang diserang dengan musim haiwan-haiwan perosak seperti lalat, tikus atau serangga. Anda tentu tidak mahu, ‘tetamu yang tidak diundang’ menggangu majlis anda.
4. Kredit Yang Cukup
Kos kahwin memang memerlukan wang yang banyak walaupun untuk perkahwinan bajet rendah. Selain pinjaman kewangan daripada bank, keluarga dan sanak-saudara, anda mungkin boleh mengambil kad kredit yang menawarkan mata ganjaran yang tinggi. Lebih baik jika mata ganjaran yang ditawarkan boleh ditukar dengan pakej percutian, boleh juga menjimatkan kos bulan madu nanti. (Tetapi, jika anda mempunyai simpanan yang mencukupi, idea ini mungkin tidak perlu diguna pakai).
5. Kurangkan Bajet
Cara paling mudah untuk mengurangkan kos keseluruhan ialah dengan mengurangkan jumlah tetamu yang hadir. Andaikan seorang tetamu kosnya RM50, jika anda kurangkan 10 tetamu, anda jimat RM500. Jika 50 tetamu..anda tahukan berapa yang anda jimat (pasti anda tersenyum sekarang ini). Mungkin kedengaran seperti anda seorang ‘tangkai jering’ tetapi itulah hakikatnya.
6. Rancang Menu
Satu lagi kos tersembunyi yang ‘jarang’ diambil peduli. Dalam mana-mana majlis perkahwinan, makanan sering berlebihan sehingga menjurus kepada membazir. Rancang menu yang ringkas tetapi sedap dan mencukupi untuk santapan perut para tetamu. Ikut pelan pemakanan yang sihat. Yang penting perlu ada karbohidrat (nasi), protein (ayam/daging), zat mineral (acar timun/pajeri nanas/acar buah), pemanis mulut (potongan oren/pisang/agar-agar/kek) dan minuman (kurang manis tentunya). Selalunya bukan berapa jenis makanan yang dihidangkan tetapi kesedapan makanan yang menjadi buah mulut para tetamu.
7. Tawar Menawar Berkesan
Ini tip yang baik. Jangan lupa untuk melakukan sedikit (atau banyak) tawar menawar dengan setiap perkhidmatan yang anda upah untuk menjayakan majlis perkahwinan anda. Kalau boleh mendapat tajaan adalah lebih baik. Banyak yang boleh anda jimatkan.
8. Yang Tidak Hadir
Bersedia dengan kemungkinan bahawa tetamu-tetamu yang dijangka hadir tetapi tidak ‘menampakkan muka’ di majlis perkahwinan anda. Lebih merugikan jika majlis dibuat di dewan atau hotel. Jangkakan sekurang-kurangnya 20 peratus tetamu yang dijemput tidak akan hadir di saat-saat akhir. Anda perlu akui bahawa tidak semua tetamu jemputan anda mempunyai rasa tanggungjawab untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka lebih awal ya. Pastikan anda mempunyai ‘back-up plan’ untuk memenuhi setiap kerusi yang telah dibayar itu.
9. Lakukan Satu Persatu
Kumpulkan semua rencana perkahwinan anda. Semak semuanya dan lakukan setiap perkara dalam senarai semak anda mengikut keutamaan. Jangan terburu-buru mahu melakukan banyak perkara serentak. Ambil masa untuk lakukannya satu persatu agar setiap perancangan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Cara ini anda tidak akan ‘terlepas’ atau ‘tertinggal’ apa-apa yang mungkin membawa kepada kecemasan yang tidak diperlukan.
10. Simpan Sedikit
Ini adalah tip yang sangat penting. Jangan kerana impian mahukan majlis perkahwinan yang terlalu sempurna atau lain daripada orang lain, poket anda yang sengsara. Fikirkan juga belanja-belanja lain selepas majlis perkahwinan anda. Itu lebih realistik. Jika boleh simpan atau jimatkan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada jumlah sebenar kos yang diperuntukkan. Formula ringkas yang boleh diguna pakai: 48:50 peratus jumlah keseluruhan bajet, 8:10 peratus untuk bunga, busana dan muzik, 10:12 peratus untuk khidmat jurugambar/video dan 2:3 peratus untuk jemputan dan cenderahati.

Sarapan Pemikat Hati Suami
Pemikat Hati Suami
Bukan tidak mahu memasak, nanti dikatakan tidak pandai pula. Ayuh, isteri tercinta rebutlah hati suami dengan idea menu pilihan sarapan pagi dalam menambat cinta si dia. Pautan kasih suami pasti akan terpatri padamu sepanjang masa, setiap hari. Ketika bulan puasa ini, jangan pula praktiskan sarapan ini ya. Boleh diamalkan untuk bersahur dan ketika hari-hari biasa. Amalkan dan ianya akan menjadi kebiasaan kepada anda. Sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit masa untuk menjamu pasangan. Nescaya kasih dan sayang itu akan terbentuk erat.
Hari Isnin
Ø Sarapan Pagi
Sandwic Telur dan segelas susu segar
Sediakan menu ringkas sandwic telur dengan sayur salad segar, hirisan
tomato, dan sedikit mayones. Telur pula boleh dimasak dua cara, sama ada
goreng atau rebus. Sekiranya suami sukakan telus rebus, variasikan rasa
telur yang dihancurkan dengan sedikit serbuk lada putih atau serbuk
lada hitam. Bangkitkan selera suami dan beri tenaga yang diperlukan
sebelum dia keluar ke pejabat. Susu segar mampu memberikan tenaga di
waktu pagi dan mengelakkan tubuhnya keletihan.
Hari Selasa
Ø Sarapan Pagi
Roti bakar berjem coklat Nutella dan segelas milo panas
Menu ini sangat ringkas dan mudah untuk anda sediakan kepada suami
tercinta. Dengan dua keping roti bersapu jem Nutella, sudah mencukupi
untuk memulakan aktiviti di pagi hari. Milo panas kegemarannya pula
sedap di minum di pagi hari. Pasti sayang akan lekat selamanya.
Hari Rabu
Ø Sarapan Pagi
Koko Crunch dan segelas minuman chocomalt panas
Bijirin gandum ini sangat berkhasiat dan bakal menarik hati suami anda.
Semangkuk Koko Crunch yang dicampur dengan susu segar akan menjadikan
ia lebih lazat lagi. Walaupun menu ini kelihatan ringkas, namun
kandungan karbohidrat kompleks, vitamin dan mineral di dalamnya akan
menjadikan hari anda dan suami sihat serta bertenaga.
Hari Khamis
Ø Sarapan Pagi
Nasi Himpit Bersayur Lodeh
Menu ini kelihatan agak berat tetapi sesuai untuk sarapan pagi. Suami
anda pasti menggemari menu nasi himpit di mana ia mengenyagkan untuk
tempoh lama. Di hari bekerja, rasa kenyang akan dirasai sehingga ke
petang hari.
Hari Jumaat
Ø Sarapan Pagi
Bijirin Quaker Oat atau Nestum
Tiada alasan untuk tidak bersarapan pagi walaupun sibuk bersiap untuk
ke pejabat. Dengan penyediaan bijirin Quaker Oat atau Nestum, hati suami
dapat dicuri. Mudah sahaja untuk menyediakan menu ini tanpa memerlukan
kepakaran dalam bidang masakan.
Hari Sabtu
Ø Sarapan Pagi
Telur hancur, kacang panggang, sosej dan jus Oren.
Dalam tempoh 10 minit sahaja menu ini bakal menambat hati suami anda.
Telur hancur ringkas yang dicampur sesudu susu segar serta mayones dan
digoreng dengan sedikit mentega akan memberikan rasa yang enak. Dua
sosej rebus dan kacang panggang tambah menyelerakan menu pagi anda dan
suami! Kembalikan kesegaran pagi, dengan tegukan jus oren segar sebelum
anda memulakan aktiviti seterusnya.
Hari Ahad
Ø Sarapan Pagi
Nasi Lemak dan Nescafe panas
Ceriakan pagi hujung minggu dengan menu sarapan yang sedikit berat.
Walaupun agak sukar kepada anda yang baru bergelar isteri dan tidak
pandai memasak, anda perlu mengambil hati suami dengan menunjukkan
kebolehan ini. Dapatkan maklumat tentang masakah daripada laman
sesawang. Nasi lemak telur goreng semestinya sedap dan enak dimakan
bersama suami di pagi hari sambil bersantai menonton televisyen.
Gabungan minuman Nescafe panas pula menyegarkan dan menggembirakan
hujung minggu anda suami isteri.
Kasih dan sayang suami akan sentiasa terpancar di wajahnya dengan menu sarapan hebat seperti di atas. Dengan senyuman manis terpatri, di kala menghadap hidangan sarapan yang disediakan anda, pasti tersisip rasa cinta yang bugar berpanjangan.
Tabiat Perlu Dielakkan Agar Cantik Setiap Masa

Impian untuk menjadi insan lebih hebat bakal menjadi kenyataan jika
anda tergolong dalam mereka yang tahu menghargai kecantikan dan
kesihatan diri sendiri. Dapatkan info untuk beberapa tabiat yang perlu
dielakkan agar anda sentiasa cantik setiap masa terutama sebelum hari
bahagia anda nanti.
Eratkan persahabatan untuk gaya hidup sihat
Tidak lama lagi anda bakal bergelar permaisuri kepada lelaki yang anda cintai. Namun ada hati-hati yang bakal merasai kehilangan sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan. Persahabatan yang terjalin setelah sekian lama dirasakan jauh apatah lagi mereka menganggap kehidupan anda tidak lagi akan dikongsi kepada mereka. Buat anda yang bakal melangsungkan perkahwinan, janganlah diabaikan hubungan persahabatan itu dengan menganggap pendapat mereka tidak diperlukan lagi. Sebagai sahabat mereka berhak berkongsi hari-hari bahagia anda bersama.
TIP : Hadiahkan senyuman seikhlas mungkin untuk teman rapat anda dan kongsilah perasaan teruja atau kebimbangan yang anda alami walaupun seketika. Paling penting, genggam erat tangan teman anda itu dengan mesra sebagai tanda ‘ aku masih sahabatmu seperti dahulu’.
Wanita ceria harus bangun awal setiap hari
Pagi ini hatiku berbunga ceria. Ku angkat wajahku dan menghirup udara pagi yang segar bak angin nan lalu. Nah, amalan bangun pagi ini bukan hanya dilakukan dalam masa yang singkat. Kalau boleh amalkan tabiat ini sepanjang hidup anda selama bergelar wanita. Biarpun anda tiba lewat malam kerana terlalu sibuk dengan persiapan untuk hari bahagia, belajarlah untuk bangun pagi setiap hari. Menurut kajian, tubuh telah diprogramkan secara semulajadi untuk bangun selepas tidur selama tujuh atau lapan jam sehari. Jadi secara automatiknya jam biologi akan memberi isyarat kepada tubuh untuk bangun.
TIP : Untuk bangun awal pagi, anda harus tidur nyenyak pada malam hari. Cuba padamkan komputer dan tv beberapa jam sebelum tidur dan pilih bantal dengan tepat supaya tidak berlaku ketegangan pada leher dan rasa sakit di bahagian kepala.
Jangan malas untuk pakai tali pinggang keselamatan
Sedar atau tidak semasa menaiki kenderaan untuk keluar membeli barang, anda tidak suka memakai tali pinggang dengan alasan lokasi yang dituju tidak jauh. Alasannya ialah berasa rimas dan kurang selesa untuk memandu. Tetapi sebenarnya apa yang anda fikirkan? Jawapan sebenar ialah ‘ Saya tidak gemar memakai tali pinggang keselamatan kerana badan saya yang semakin hari semakin berisi. Rasa lemas dan sukar untuk bernafas!
Tetapi apa pula kaitannya pakai tali pinggang keselamatan dengan cantik dan sihat? Ya, kajian menunjukkan 30% individu yang termasuk dalam kelompok ‘ berisi’ atau gemuk, dikatakan fobia untuk memakai tali pinggang keselamatan jika dibandingkan 20% individu yang mempunyai berat badan normal. Ini adalah kerana mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini berasa tidak selesa dengan tali pinggang yang mencengkam dada dan perut mereka.
TIP : Mungkin selepas memakai tali pinggang keselamatan, anda akan sedar perubahan badan yang berlaku. Anggaplah ini sebagai pemangkin diri untuk mengurangkan berat badan sekaligus menjamin keselamatan semasa di dalam kereta. Pastikan kepulangan anda disambut oleh orang tersayang.
Kucing boleh dipegang tetapi jangan kerap dicium
Haiwan comel ini menjadi teman di kala anda dan pasangan terpaksa ‘ dikuarantin’ selama 30 hari daripada bertemu sehingga tibanya hari bahagia. Sebagai pengubat kesunyian, anda pasti memeluk dan mencium haiwan ini seberapa kerap yang mungkin. Hati-hati! Pasti ramai yang tidak menyedari tentang risiko memelihara kucing boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan melalui penyakit yang dikenali sebagai cat scratch disease.
Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa melalui air kucing. Jadi untuk kekal cantik dan sihat, awas! Jaga mata anda dan jangan kerap mencium kucing.
TIP : Penyakit itu tidak serius kepada mereka yang sihat, tetapi ia boleh menimbulkan masalah kepada mereka yang mempunyai imun yang rendah. Tidak salah membelai kucing, asalkan anda mencuci tangan menggunakan sabun selepas membelai kucing.
Takut keluar rumah sebab mentari terik?
Tiapkali ahli keluarga mengajak keluar rumah, anda mengatakan tidak, hanya kerana takutkan pancaran cahaya matahari yang boleh menggelapkan tubuh. Kita semua tahu betapa pentingnya mengelakkan diri daripada sinar matahari secara langsung. Namun kita juga harus sedar yang sinar mentari pagi sebelum jam 10.00 pagi sangat baik untuk membekalkan vitamin D buat tubuh.
Manakala pancaran sinar matahari paling terik biasanya berlaku sekitar jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Jadi untuk mereka yang ingin cantik dan menawan, jangan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh ini atau pakailah payung bagi melindungi anda.
TIP : Gunakan krim penabir suria yang mempunyai lebih daripada 15 apabila anda berada di ruang terbuka yang mempunyai biasan seperti di kolam renang, cermin atau ais.

Simpanan Tak Mencukupi, Teruskan Atau Tangguh?

Adakah anda dalam dilema? Meneruskan atau menangguhkan tarikh majlis. Ini adalah keputusan yang berat untuk diputuskan. Semakin menambahkan beban apabila pasangan meminta untuk mengadakan majlis di dewan. Bukan murah tempahan dewan, bukan itu sahaja, tempahan katering juga sudah mencecah ribuan ringgit. Itu tidak termasuk lagi keperluan barang hantaran dan duit hantaran lainnya.
Berbalik kepada topik majlis kahwin, sejauh mana keinginan anda untuk meneruskan majlis kahwin itu sendiri? Mari kita kaji dan selidiki sedikit sebanyak maklumat yang terkandung di bawah ini. Bolehlah dijadikan panduan dan tip bagi bakal pasangan yang ingin berkahwin tidak lama lagi:
Sekiranya majlis diteruskan andai simpanan masih tidak mencukupi:
1) Berterus terang dengan pasangan dan berbincang dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.
2) Bertindak cepat dengan memberitahu ahli keluarga agar tidak berlaku permusuhan di akhir majlis.
3) Membeli barang hantaran sendiri dengan harga yang berpatutan
dan menggubah hantaran dengan bantuan saudara-mara terdekat.
4) Memasak hidangan tetamu dengan bantuan gotong royong masyarakat
luar seperti di kampung. Ini dapat menjimatkan kos dan masalah tidak
cukup makanan tidak menjadi perbualan.
5) Tiada masalah sekiranya anda tidak mahu mengadakan majlis
persandingan. Tiada wang yang diperlukan untuk menyewa kerusi, latar dan
dinding pelamin yang mencecah ribuan ringgit.
6) Pemberian bunga telur boleh digantikan dengan gubahan barang kitar semula hasil seni tanganmu.
Majlis kahwin yang semengnya diiringi dengan senyuman manis pasti tidak mahu diakhiri dengan senyuman mencuka tanpa pelamin. Gunakan amalan bermesyuarat atau ‘syura’ dalam perancangan perkahwinan anda.
Firman Allah:
“…dan bermesyuaratlah dengan mereka (keluarga pihak perempuan), dan apabila telah berazam, bertawakallah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal” (Ali Imran: 159)
Sesungguhnya Islam tidak menganjurkan untuk mengadakan majlis kahwin secara besar-besaran, cukuplah sekadar bersederhana dalam segala aspek. Keberkatan akan diperolehi dalam majlis yang sederhana ini.
Firman Allah:
“…dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (al A’raf: 17)
Sekiranya majlis ditangguhkan andai simpanan masih tidak mencukupi:
1) Berjimat cermat dengan membuat simpanan di bank dan berjimat dalam berbelanja.
2) Memberitahu cepat ahli keluarga tahap kemampuan anda dengan harga hantaran yang ditetapkan.
3) Meneliti harga barang hantaran, katering, tempahan baju dan
membezakan di banyak kedai. Pilihlah kedai yang boleh menjimatkan anda.
4) Bersedia untuk menempah katering yang tidak terlalu mahal dan
mengikut kemampuan anda di masa akan datang. Pastikan selepas
persandingan, anda mempunyai simpanan yang banyak untuk anda berdua
memulakan kehidupan.
5) Menempah pelamin yang berharga murah atau mengikut pakej yang
berpatutan sekiranya anda menginginkan majlis persandingan bersama
pasangan.
6) Membeli gubahan bunga telur yang berharga murah dan tidak terlalu mahal.
Perlu diingat bahawa majlis perkahwinan tidak perlu dilakukan dengan cara pembaziran. Sesungguhnya, majlis yang diadakan secara berlebih-lebihan sehingga melebihi kemampuan anda sendiri, dengan berhutang akan menyusahkan anda di kemudian harinya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.” (Riwayat Ahmad)
Carilah Keserasian, Walau Berbeza
Carilah Keserasian, Walau Berbeza
Wanita memberi isyarat, lelaki terus meminta
Lelaki biasa mengutarakan maksudnya secara langsung, sementara wanita lebih suka memberi isyarat. Dalam sebuah hubungan, wanita seringkali mengharapkan pasangannya dapat membaca fikiran mereka dan tahu apa yang mereka mahu, tanpa memberitahunya secara langsung. Agar tidak selalu terjadi salah faham, sebaiknya anda mengatakan secara langsung apa yang diinginkan dari si dia. Kesal atau marah tidak terus membuatnya tahu apa yang ada di fikiran anda. Sebaliknya, dia akan pening dan tertekan kerana harus meneka-neka kenapa pasangannya marah secara tiba-tiba.
Wanita memerhatikan secara terperinci, tapi lelaki tidak
Wanita punya ingatan luar biasa pada hal-hal kecil termasuklah hari pertama ‘dating’, hadiah-hadiah, bahkan kucupan pertama. Sifat bawaan ini membuatnya lebih sentimental daripada lelaki. Sementara lelaki pula lebih cenderung memikirkan hal-hal yang sifatnya lebih penting dan besar. Lupa tanggal ‘dating’ pertama, bukan bererti pasangan tidak peduli terhadap perhubungan. Anda harus mengerti bahawa pasangan anda tidak boleh mengingat hal-hal secara terperinci dengan baik kerana cara mereka memproses informasi dalam otak berbeza dengan wanita.
Lelaki fokus pada satu hal, wanita dalam pelbagai hal
Lelaki dan wanita memiliki cara pandangan yang berbeza. Fikiran lelaki mudah terbahagi dan hanya boleh fokus pada satu hal saja. Ini bererti secara mental dan emosional mereka tidak boleh memikirkan cinta, pekerjaan atau hobi dalam sekaligus. Sementara wanita mampu memandang segala sesuatu dalam ‘gambaran yag lebih besar’ ertinya, dia mampu menggabungkan berbagai aspek kehidupan mereka dalam satu fikiran. Jika tiba-tiba si dia menonton pertandingan bola di tengah-tengah perbincangan serius, bukan bererti dia tidak memepedulikan apa yang anda ucapkan.
Wanita banyak bercakap, lelaki lebih banyak berdiam
Saat marah atau didera stres, wanita cenderung meluahkan semua kekesalannya. Baik masalah pekerjaan, jadual harian yang padat mahupun masalah keluarga. Wanita juga kadang-kadang menggunakan kata-kata atau ucapan yang lebih dramatik untuk menerangkan keadaaan sebenarnya. Emosi wanita lebih mudah meledak. Namun, wanita tetap mampu cepat meredakan amarahnya.
Di sisi lain, saat lelaki mengalami stres, si dia lebih memilih diam untuk beberapa waktu. Lelaki hanya ingin menenangkan diri dengan menonton TV, bermain komputer atau menyendiri untuk melupakan masalahnya. Wanita akan bertanya kenapa pasangannya bersikap lain dan menjauh darinya, apakah tindakan atau perkataannya yang salah? Janganlah terburu-buru berfikir anda akan dicampakkan saat si dia menjauh. Beri si dia sedikit waktu untuk tenangkan diri, dan lebih baik menyibukkan diri daripada mendesak fikiran sendiri dengan sejuta pertanyaan. Jika saat perasaannya sudah lebih baik, si dia pasti akan kembali dan mengajak anda untuk menghabiskan waktu bersama.
Lelaki juga emosional, wanita berfikir sebaliknya
Wanita berfikir semua lelaki tidak punya sisi emosional. Kenyataannya, kebanyakan lelaki sebenarnya sangat sensitif dan punya perasaan mendalam. Namun, mereka tidak selalu menunjukkannya. Wanita sebenarnya tidak tahu pasangannya juga merasakan hal-hal emosional seperti sakit hati atau penolakan. Lelaki merasakannya lebih dari apa yang anda tahu, tetapi bukan bererti anda boleh tahu perasaan yang sebenarnya. Cara terbaik untuk mengetahuinya adalah secara komunikasi yang baik.
25 Tip Rumahtangga Layarkan Bahtera Bahagia
Jika matlamat anda untuk kerukunan rumahtangga yang berpanjangan,
pastikan anda memainkan peranan penting dalam perhubungan sama ada baik
atau buruk. Saat anda bertanggungjawab dalam peranan tersebut, anda
pasti mampu melestarikan hubungan dengan pasangan dalam cara yang matang
dan penuh keintiman.
Namun, andai anda masih kurang yakin, kami bawakan 25 tip untuk anda amalkan.
1. Kajian membuktikan bahawa sentuhan kulit boleh mewujudkan jalinan yang lebih erat kerana tubuh merembeskan hormon ‘oxytocin’. Lakukan lah apa sahaja yang boleh membuatkan anda bersentuh kulit dengan pasangan seperti berpegangan tangan, gosokan lembut di bahu, pelukan dan ciuman.
2. Belajar untuk menerima perbezaan pasangan terutamanya jika dia tidak sependapat dengan anda dalam hal-hal tertentu.
3. Ambil waktu untuk menghargai pasangan bukan sekadar dengan hadiah tetapi dengan ingatan yang tulus ikhlas. Selitkan nota-nota cinta untuk si dia sebagai kejutan yang manis. Pasti si dia akan mengukir senyuman sepanjang hari.
4. Untuk suami – dengarkan luahan rasa si isteri. Untuk si isteri pula – berikan sedikit ruang dan masa peribadi untuk suami anda.
5. Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Terima setiap kelebihan dan kekurangannya. Belajar untuk bertolenrasi.
6. Prihatin pada setiap masalah terutamanya masalah di bilik tidur. Cubalah sedaya upaya untuk mencegah dan menyelesaikan masalah walaupun dengan cara yang paling tidak munasabah.
7. Sentiasa berlaku adil terutamanya dalam menguruskan hal rumah tangga seperti kerja rumah, menjaga anak-anak, hal-hal kewangan dan keperluan masing-masing.
8. Tiada yang lebih penting dalam perkahwinan selain daripada hubungan mesra antara suami dan isteri. Pastikan hubungan suami isteri menjadi keutamaan.
9. Fokuskan kepada cara terbaik untuk melayan pasangan dengan baik dan mesra. Anda juga akan mendapat layanan yang sama.
10. Jangan mulakan ayat dengan menyebut ‘awak’ tetapi lebihkan ‘saya’. Berkongsi perasaan anda dan bukannya pandangan anda.
11. Jangan mudah menyalahkan dan mengkritik pasangan. Ia terapi terbaik untuk diri anda juga.
12. Teruskan acara ‘dating’. Janganlah kerana sudah tinggal sebumbung, anda lupa untuk berdua-duaan dengan pasangan. Tetapkan waktu atau hari untuk keluar ‘dating’ sebagai mengingati momen-momen mesra semasa berpacaran.
13. Peruntukkan waktu walau sekejap untuk bercerita tentang diri anda berdua seperti saat bercinta. Elakkan bercakap tentang anak, keluarga dan kerja.
14. Sayangi perkahwinan anda dengan mengutamakan kesihatan diri dahulu. Jika anda sihat, pasangan anda juga akan sihat dan gembira. Pastinya anda boleh menjaga keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga.
15. Anda adalah cermin pasangan anda. Apa sahaja yang anda lakukan akan memberikan impak pada pasangan.
16. Dengan rutin seharian yang sibuk, sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan. Peruntukkan masa untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.
17. Buat senarai saat-saat indah bersama. Peruntukkan beberapa minit setiap hari untuk mengingati saat-saat itu. Anda pasti terkejut dengan hasilnya.
18. Sentiasa ucapkan sayang dan cinta kepada pasangan untuk menyemarakkan lagi perhubungan. Minta maaf jika anda berbuat salah dan maafkan pasangan jika dia pula yang bersalah.
19. Hargai pasangan anda sekurang-kurangnya lima kali sehari dengan penuh keikhlasan. Pelbagai cara boleh anda lakukan. Gunakan kreativiti anda!
20. Komunikasi dan masa adalah elemen terpenting dalam perhubungan.
21. Hormat pasangan anda dan sentiasa berlembut dalam perbualan. Bercakap kasar dengan pasangan umpama memicit ubat gigi, sekali sudah terkeluar, tidak mungkin boleh dimasukkan semula.
22. Pastikan anda bercakap dengan pasangan anda walaupun sekadar 10 minit sehari. Lakukan semasa makan malam, sebelum tidur atau bila-bila masa sahaja asalkan ia konsisten setiap hari.
23. Cara terbaik untuk mengeratkan perhubungan ialah dengan sokongan dan saling membantu. Ikatan perkahwinan yang kuat apabila kedua-duanya saling memahami keperluan masing-masing.
24. Rasa cinta sudah mula pudar? Atasinya dengan 1: tuliskan 10 kualiti yang anda suka pada pasangan anda ketika mula-mula berkenalan. 2: senaraikan 10 aktiviti seronok yang anda lakukan bersama ketika bercinta – lakukan satu persatu setiap minggu dan bawa kembali keseronokan itu.
25. Anda berhak untuk berasa ‘moody’ tetapi anda tidak berhak untuk melepaskannya kepada pasangan anda. Cari masa bersendirian untuk menenangkan diri.

Ahad, 10 Mac 2013
Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :
1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.
Jom share dengan kawan2x kita yg bergelar ibu bapa..... :-)
Khamis, 7 Mac 2013
Ciri-ciri Isteri Pilihan
Ciri-ciri Isteri Pilihan
Kali ini kita akan mengupas ciri-ciri isteri pilihan. Artikel ini
ditujukan kepada bakal suami tentang apakah ciri-ciri isteri yang patut
dia pilih, juga kepada bakal suami yang sudah ada calon isteri, maka
ciri-ciri apakah yang perlu disemai untuk calon isteri. Tidak
ketinggalan kepada wanita atau bakal isteri, ciri-ciri apakah yang
sepatutnya dia melengkapi dirinya.
Pertama: Agama
Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: “Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.”
[al-Baqarah 2:221]
Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Lantaran itu yang membezakan cirri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita. Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat).
Hal ini berlaku kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Maka untuk ciri pertama ini, ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa, tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh, dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian.
Berkenaan ciri agama ini, Rasulullah juga pernah bersabda: “Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]
Kedua: Cantik
Jangan terperanjat jika Islam mementingkan ciri kecantikan kepada seorang isteri. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.” [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda: “Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]
Maksud kecantikan di sini ialah apa-apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, penurunan berat badan di pusat-pusat yang diragui keberkesanannya, dan pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama.
Oleh itu, wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri dan sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman, dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbezabeza cita rasanya antara satu dengan yang lain.
Ketiga: Menyenangkan Suami
Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]
Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya. Selain itu isteri tidak akan menyelisihi, apatah lagi bertengkar atau memarahi, jika apa-apa yang disukainya dibenci pula oleh suami. Ertinya, isteri berusaha untuk menyelaraskan kesukaannya dengan cita rasa suami. Inilah yang dinamakan sehati, sejiwa.
Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.
Keempat: Pandai Mendidik Anak-Anak.
Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.” [Shahih al-Bukhari, no: 4692]
Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanya kembali: “Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?”

Bagaimana Cinta Sihatkan Anda?
Cinta, kasih dan sayang, perasaan yang indah bukan sahaja mampu
menjadikan anda berasa gembira tetapi ia juga berupaya melawan penyakit,
meningkatkan imuniti tubuh dan menurunkan stres. Ingin tahu bagaimana
cinta mampu berbuat demikian, bacalah seterusnya….
Siapa yang tidak mahu dicintai dan mencintai? Walaupun para pengkaji tidak dapat memberikan kepastian bahawa kehangatan cinta berhubung kait dengan kehidupan yang lebih baik, tetapi mereka cuba mengaitkan bagaimana hubungan seksual, ikatan mesra dan sikap mengambil berat terhadap pasangan menjadikan kita lebih kuat, kesihatan bertambah baik dengan penyembuhan segera daripada penyakit sehinggalah kepada kawalan terhadap sesuatu penyakit kronik untuk jangka hayat yang lebih lama.
Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburg pada tahun lepas mendapati bahawa wanita yang mempunyai hubungan perkahwinan yang baik, boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai hubungan yang retak.
Kajian oleh National Longitudinal Mortality yang dijalankan ke atas lebih sejuta orang sejak 1979, menunjukkan bahawa mereka yang berkahwin hidup lebih lama, kurang diserang penyakit jantung, risiko kanser yang rendah dan kurang diserang pneumonia berbanding mereka yang masih bujang.
Hubungan asmara yang hebat, percutian romantik dan komunikasi yang baik antara pasangan, ditambah dengan diet rendah kolesterol serta waktu rehat yang lebih lama mampu mengubah kesihatan anda kini dan selamanya. Namun, ramai pakar berpendapat, sentuhan mesra yang dilakukan setiap hari bukan sahaja membantu merapatkan hubungan tetapi juga menyihatkan minda dan fizikal anda.
Pelukan mesra yang kerap
Para doktor dari University of North Carolina membuktikan bahawa pelukan yang diberikan mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar oksitosin (oxytocin), hormon yang memberikan kelegaan terutamanya semasa bersalin, menyusukan anak dan mencapai orgasme. Kajian telah dijalankan ke atas pasangan yang diarahkan untuk duduk bersentuhan kulit sambil berbual selama 10 minit, kemudiannya berpelukan, setelah itu, para pengkaji mendapati bahawa perubahan positif dalam tekanan darah dan oksitosin. Namun, kuasa pelukan mesra yang kerap dilakukan lebih hebat.
Hormon oksitosin membantu wanita menjadi lebih mesra dengan persekitarannya. Namun, kebaikan paling besarnya lebih bersifat fizikal. Menyusukan bayi pastinya mempunyai kaitan dengan berkurangnya kadar kanser payudara dan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam erti kata lain, oksitosin berkaitan dengan kesihatan emosi, begitu juga dengan hubungan fizikal bersama pasangan.
Hubungan seksual yang sihat
Kajian yang dilakukan oleh Carl J. Chartneski, PhD, seorang profesor psikologi di Wilkes University dan penulis bersama buku Feeling Good is Good for You menyatakan bahawa melakukan hubungan seksual secara mingguan mungkin membantu tetapi melakukannya dengan kerap bukanlah sesuatu yang sihat.
Kajian dari University of Sheffield di England yang telah menemu bual 28 orang peserta yang telah berkahwin sekurang kurangnya 20 tahun mendapati hubungan seksual yang konsisten terus memainkan peranan dalam sesebuah perkahwinan. Menurut Sharron Hinchliff, PhD, pakar psikiatri yang menjalankan kajian tersebut, majoriti daripada peserta merasakan bahawa hubungan seksual membantu dalam meluahkan rasa cinta, komitmen dan kepercayaan.
Ikatan mesra yang erat
Walaupun hubungan seksual baik tetapi para pengkaji menyatakan bahawa hubungan seksual hanyalah salah satu aspek dalam perhubungan. Keajaiban sebenar dalam sesuatu hubungan ialah ikatan mesra yang erat. Rasa ‘bersatu’ yang dialami semasa senang dan susah merupakan satu sifat yang dikenali sebagai ‘penyatuan mutlak’ oleh Brian Baker, pakar psikiatri dari University of Toronto.
Kajiannya membuktikan bahawa ikatan mesra ini lebih memainkan peranan terhadap kebahagiaan dan kesihatan berbanding kehidupan seksual yang baik. Kajian beliau melibatkan 229 orang dewasa yang mengalami stres kerja. Walaupun mereka menghidapi tekanan darah tinggi pada peringkat awal, tetapi pasangan yang mempunyai ikatan rumah tangga yang mesra menunjukkan penurunan dalam sistolik tekanan darah sebanyak 2.5mm/ Hg dalam masa 12 bulan.
Interaksi yang hangat
Sesebuah hubungan cinta tidak akan lengkap tanpa perselisihan faham. Kebanyakan wanita beranggapan boleh mengubah tabiat lelaki, namun itu tidak bermakna sesebuah hubungan cinta juga harus berubah. Pasangan yang berselisih faham perlu belajar untuk menghangatkan interaksi dengan menggantikan pertengkaran mulut yang sinis dengan komen yang lebih membina.
Konflik dalam hubungan cinta adalah normal dan menyihatkan kerana ia merangsang sesuatu hubungan. Namun, ada perbezaan antara konflik yang sihat dengan konflik yang menurunkan imuniti anda. Pasangan yang tidak bahagia akan menghadapi konflik dengan bergaduh besar sehingga menyebabkan degupan jantung yang laju dan menghalang pasangan tersebut untuk mencapai persetujuan dan penyelesaian.

Orgasme Wanita, Ketahui Agar Tidak Kecewa
Orgasme Wanita Ketahui Agar Tidak Kecewa
Walaupun ramai yang menyatakan kaum wanita sukar untuk dipuaskan namun jika tahu cara-cara yang betul, kedua-dua pihak mampu mendapat kepuasan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata.
Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap rangsangan hubungan kelamin. Rambut kemaluan, bibir kecil, kelentit serta liang faraj merupakan alat-alat kelamin yang mempunyai peranan penting. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus untuk mencapai orgasme kerana deria rasanya sangat halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit. Oleh itu, sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar cukup menyeronokkan. Bermakna si suami perlu memainkan peranannya lebih lama untuk memuaskan hati isterinya.
Jangka waktu Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2 hingga 4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10 hingga 15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Pada mulanya terasa di sekeliling hujung luar faraj hingga menjalar ke dalam rahim. Ketika berlakunya orgasme, otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme Berganda
Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme antara 3 hingga 5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Kenikmatan Orgasme
Di antara sebab hubungan seks antara suami isteri yang sangat dihajati adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan penyakit emosi yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami isteri.
Hubungan retak akibat tidak menikmati orgasme
Baik orgasme itu secara berturut, daripada pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme. Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini, suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.
7 Faktor Perceraian...
7 Faktor Penceraian...
Jodoh dan ajal pertemuan ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita hanya merancang Dia lebih mengetahui segalanya. Persefahaman serta perbincangan amatlah penting antara pasangan suami isteri. Walaupun perkara kecil yang dianggap perkara remeh. Berpunca daripada sedikit lama-lama jadi bukit. Akhirnya pelbagai masalah yang akan memberi kesan kepada rumahtangga yang dibina.
Masalah yang timbul boleh diselesaikan jika pasangan menitik beratkan setiap isu yang menjadi punca persengketaan. Persiapkan diri dalam apa jua rintangan sebagai pasangan suami isteri. Jadikan punca permasalahan ini sebagai rujukan agar anda tahu bagaimana cara boleh mengelakkan ia daripada berlaku.
1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
7. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.
Selasa, 6 Mac 2012
Rahsia Cantik Dengan Coklat!
Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.
Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.
Andai kamu ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu,jom baca!
Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.
Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.
Untuk artikel penuh dan lebih info, dapatkan majalah Remaja isu 1 Mac 2012!

Langgan:
Catatan (Atom)