Bukan tidak mahu memasak, nanti dikatakan tidak pandai pula. Ayuh, isteri tercinta rebutlah hati suami dengan idea menu pilihan sarapan pagi dalam menambat cinta si dia. Pautan kasih suami pasti akan terpatri padamu sepanjang masa, setiap hari. Ketika bulan puasa ini, jangan pula praktiskan sarapan ini ya. Boleh diamalkan untuk bersahur dan ketika hari-hari biasa. Amalkan dan ianya akan menjadi kebiasaan kepada anda. Sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit masa untuk menjamu pasangan. Nescaya kasih dan sayang itu akan terbentuk erat.
Hari Isnin
Ø Sarapan Pagi
Sandwic Telur dan segelas susu segar
Sediakan menu ringkas sandwic telur dengan sayur salad segar, hirisan
tomato, dan sedikit mayones. Telur pula boleh dimasak dua cara, sama ada
goreng atau rebus. Sekiranya suami sukakan telus rebus, variasikan rasa
telur yang dihancurkan dengan sedikit serbuk lada putih atau serbuk
lada hitam. Bangkitkan selera suami dan beri tenaga yang diperlukan
sebelum dia keluar ke pejabat. Susu segar mampu memberikan tenaga di
waktu pagi dan mengelakkan tubuhnya keletihan.
Hari Selasa
Ø Sarapan Pagi
Roti bakar berjem coklat Nutella dan segelas milo panas
Menu ini sangat ringkas dan mudah untuk anda sediakan kepada suami
tercinta. Dengan dua keping roti bersapu jem Nutella, sudah mencukupi
untuk memulakan aktiviti di pagi hari. Milo panas kegemarannya pula
sedap di minum di pagi hari. Pasti sayang akan lekat selamanya.
Hari Rabu
Ø Sarapan Pagi
Koko Crunch dan segelas minuman chocomalt panas
Bijirin gandum ini sangat berkhasiat dan bakal menarik hati suami anda.
Semangkuk Koko Crunch yang dicampur dengan susu segar akan menjadikan
ia lebih lazat lagi. Walaupun menu ini kelihatan ringkas, namun
kandungan karbohidrat kompleks, vitamin dan mineral di dalamnya akan
menjadikan hari anda dan suami sihat serta bertenaga.
Hari Khamis
Ø Sarapan Pagi
Nasi Himpit Bersayur Lodeh
Menu ini kelihatan agak berat tetapi sesuai untuk sarapan pagi. Suami
anda pasti menggemari menu nasi himpit di mana ia mengenyagkan untuk
tempoh lama. Di hari bekerja, rasa kenyang akan dirasai sehingga ke
petang hari.
Hari Jumaat
Ø Sarapan Pagi
Bijirin Quaker Oat atau Nestum
Tiada alasan untuk tidak bersarapan pagi walaupun sibuk bersiap untuk
ke pejabat. Dengan penyediaan bijirin Quaker Oat atau Nestum, hati suami
dapat dicuri. Mudah sahaja untuk menyediakan menu ini tanpa memerlukan
kepakaran dalam bidang masakan.
Hari Sabtu
Ø Sarapan Pagi
Telur hancur, kacang panggang, sosej dan jus Oren.
Dalam tempoh 10 minit sahaja menu ini bakal menambat hati suami anda.
Telur hancur ringkas yang dicampur sesudu susu segar serta mayones dan
digoreng dengan sedikit mentega akan memberikan rasa yang enak. Dua
sosej rebus dan kacang panggang tambah menyelerakan menu pagi anda dan
suami! Kembalikan kesegaran pagi, dengan tegukan jus oren segar sebelum
anda memulakan aktiviti seterusnya.
Hari Ahad
Ø Sarapan Pagi
Nasi Lemak dan Nescafe panas
Ceriakan pagi hujung minggu dengan menu sarapan yang sedikit berat.
Walaupun agak sukar kepada anda yang baru bergelar isteri dan tidak
pandai memasak, anda perlu mengambil hati suami dengan menunjukkan
kebolehan ini. Dapatkan maklumat tentang masakah daripada laman
sesawang. Nasi lemak telur goreng semestinya sedap dan enak dimakan
bersama suami di pagi hari sambil bersantai menonton televisyen.
Gabungan minuman Nescafe panas pula menyegarkan dan menggembirakan
hujung minggu anda suami isteri.
Kasih dan sayang suami akan sentiasa terpancar di wajahnya dengan menu sarapan hebat seperti di atas. Dengan senyuman manis terpatri, di kala menghadap hidangan sarapan yang disediakan anda, pasti tersisip rasa cinta yang bugar berpanjangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan