Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan.  Jika anda sukakan sesuatu warna tertentu mungkin kerana cantik dipandang atau sesuai dengan jiwa anda.  Tetapi tahukah yang setiap warna itu menggambarkan perwatakan dan siapa anda sebenarnya secara kasar.  Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, pemilihan warna yang tepat amat penting kerana ini mempengaruhi penampilan anda nanti.  Bukan sahaja wanita mempunyai minat terhadap warna tetapi lelaki juga amat mementingkannya dalam kehidupan sehari-hari mereka.  Mari kita kenali sedikit sebanyak tentang perwatakan lelaki berdasarkan warna kegemarannya dan ianya sebagai rujukan sahaja ya.

Putih
Jika seorang lelaki amat mengemari warna putih, ini bermakna yang dia adalah orang yang sentiasa ingin memulakan hidup baru dan bersedia menempuhnya bersama anda.  Jiwa yang mudah dicorakkan dengan perkara-perkara yang baru dan mudah berubah ke arah yang lebih baik.  Putih juga melambangkan kesucian dan kesegaran.  Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri.  Si dia yang mengemari warna putih ini juga seorang yang sangat cermat dalam pelbagai hal.

Hitam
Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan, jika si dia berminat dengan warna hitam sebegini boleh dikatakan yang dia ialah seorang yang sangat sofistikated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannya.  Walaupun hitam seringkali dikaitkan dengan kedukaan atau ketakutan tetapi ia akan menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa sahaja cabaran yang tiba.

Ungu
Jarang kita temui lelaki yang gemar dengan warna ungu terutama sekali warna ungu terang.  Ungu melambangkan kerohanian dan semangat spiritual yang tinggi.  Mementingkan hubungan yang akrab dan berdasarkan ajaran agama.Dia juga mudah memahami apa yang tersembunyi atau maksud tersirat.

Hijau
Warna yang menenangkan dan juga sangat berkait rapat dengan alam, gabungan antara warna biru dan kuning ini sangat unik jika diminati.  Hijau sangat menenangkan dan juga digalakkan untuk dilihat sentiasa.  Bagi lelaki yang sangat meminati warna hijau ini, dikatakan mereka adalah orang yang sangat cemburu dan kurang rasa percaya pada orang lain.  Mereka juga dikategorikan sebagai pendiam dan tidak banyak bercakap.


Kuning
Kuning seringkali dikaitkan dengan semangat yang tinggi dan keyakinan.  Tidak banyak lelaki yang gemar dengan warna ini secara keseluruhannya kerana dianggap terlalu terang.  Kadangkala ianya juga dirasakan seperti warna yang baik untuk fikiran dan mencari ilham.  Lelaki yang mengemari warna kuning ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa didalam perhubungan.

Biru
Jika si dia mengemari warna biru dan seringkali menjadi pilihannya mungkin si dia adalah seorang yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan.  Biru melambangkan ketenangan tetapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak dalam menyembunyikan perasaan.

Oren
Gabungan warna antara merah dan kuning ini mempunyai sifatnya yang tersendiri, dianggap garang dan terang ia tidak selalunya menjadi pilihan si jejaka.  Bagi yang mengemari warna ini, disebutkan bahawa si dia bijak dan pandai dari segi pembelajaran dan mudah untuk menerima kritikan orang lain terhadapnya tetapi kadangkala dikategorikan pelik dari segi perwatakan.

Coklat
Warna tanah ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dikalangan lelaki walaupun tampak gelap dan tidak bermaya.  Pengemarnya dikatakan sentiasa memikirkan masa depan dan mempunyai hala tuju hidup yang tetap.  Sangat berjimat cermat dalam perbelanjaan sehari-harinya dan kadangkala dianggap terlalu berkira dan kedekut.

Merah
Sinonim dengan agresif dan tenaga, warna yang sangat digemari oleh lelaki yang berani dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru.Mementingkan kerja dan teliti dalam setiap perkara yang dilakukan.  Perwatakan yang selalu memaksa orang lain dan kemarahan.

Merah Jambu
Wanita mengemari warna ini dan sangat jarang lelaki yang mahu mencuba dan berminat.  Lelaki menyatakan jika ada yang mengemari warna merah jambu mereka tidak maskulin dan lemah lembut.  Gabungan antara warna merah dan putih ini diminati oleh lelaki yang mempunyai jiwa yang lembut dan penuh dengan kasih sayang serta romantis dalam perhubungan.  Berkait rapat dengan perasaan dan jiwa lelaki itu sendiri terhadap pasangannya.


dia suka warna biru la...