Rabu, 4 September 2013

Cantik Cara Wanita Thailand

Rahsia Cantik Wanita Thailand
Rahsia Cantik Wanita Thailand
Wanita Asia sememangnya terkenal dengan kecantikan semulajadi  yang menjadi dambaan lelaki. Melihatkan kulit yang mulus, rambut hitam dan susuk badan yang menawan wanita Thailand, pasti membuatkan mata yang melihat tertanya-tanya akan rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita di negeri Gajah Putih ini.  Buat bakal mempelai, apakata anda cuba mengamalkan rahsia kecantikan wanita Thailand yang dapat Pesona Pengantin kongsikan ini.
Betik
Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker bagi member kesegaran kepada wajah. Betik adalah anti oksida dan kaya dengan khasiat, seperti vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Kebanyakan wanita Thailand menjadikan betik sebagai masker wajah yang dapat membuatkan kulit mereka cerah berseri dan bebas cela. Ambil buah betik yang telah masak, hancurkan dan oleskan di wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit, dan bilas.
Santan Kelapa
Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain itu, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam perawatan rambut yang sihat.
Diet Pemakanan
Amalan pemakanan wanita Thailand yang sihat turut membantu mereka mendapatkan Kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.
Kunyit
Kunyit merupakan anti oksida yang dapat melawan radikal bebas.  Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Caranya mudah sahaja. Basahkan tapak tangan dengan air, ambil serbuk kunyit dan skrub wajah anda dengan serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan