Jangan Tak Lihat
Tapi dari hari ke sehari, nampaknya semakin kronik pula Murai Batu dapat tahu mengenai dirinya. Bermula dengan kontroversi dakwaan yang mengaitkannya dengan suami orang, kemudiaan menafikan pula menjadi punca keretakan rumahtangga lelaki berkenaan sehinggalah akhirnya Faezah Elai menikahi lelaki tersebut iaitu seorang pengarah Heykal Hanafiah.
Sehinggakan teman-teman Murai Batu melabelkan dia sebagai seorang yang gemar bercakap putar belit. Murai Batu tak kisah pun, kalau dia nak putar belit ke apa asalkan dia bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya sudahlah.
Tapi yang tak sedap di dengar daripada bisik teman-teman Murai Batu, Faezah Elai khabarnya tidak sudah-sudah menjaja kemarahannya pada seseorang menerusi laman sosial dan teman sekelilingnya.
Difahamkan kemarahannya itu ditujukan kepada bekas isteri Heykal. Bukan sedikit, rasanya berbakul-bakul jugalah kemarahan yang dilemparkan di laman sosial miliknya itu.
Sehinggakan teman-teman Murai Batu jadi keliru mengapa dan kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Murai Batu juga jadi pelik mengapa dia perlu bersikap sedemikian.
Walaupun dia tidak menyatakan siapa, tapi semua sedia maklum dengan orang yang dimaksudkannya itu. Malah bisik teman-teman Murai Batu lagi, bekas isteri Heykal tidak pula memberi maklum balas kepada sesiapa di laman sosial miliknya, walaupun hakikatnya suaminya itu sudah dikebas orang.
Bagi Murai Batu, tak eloklah anda bertindak begitu memandangkan awak adalah seorang artis yang memiliki ramai pengikut di laman sosial. Malah segala perbuatan awak pun ramai yang memerhati. Jadi apa kata kalau sudah mempunyai keluarga sendiri, lebih baik jaga sajalah keluarga dan suami.
Ini hanyalah teguran ikhlas Murai Batu, sebelum anda sendiri mengigit jari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan