Rabu, 2 November 2011

Hukum Minum Susu Badan Isteri


Tiba-tiba semalam ada pelawat ohvideotv yang telah menghantar email kepada kami dan mengajukan soalan ini. Err rasa macam ustaz pula tapi kami cuba tidak menghampakan pembaca dengan mencari jawapannya:
Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
*Bagi pembaca yang rasa terganggu dengan iklan di tepi tu sila tekan “Ctrl+Scroll mouse” untuk tatapan yang lebih baik

Kongsikan di facebook anda, Terkini ada hadiah misteri menanti setiap pengguna facebook bertuah yang “share” artikle ini Hukum Minum Susu Badan Isteri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan