Memaparkan catatan dengan label solekan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solekan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2011

TAMPIL MENAWAN DI KALA PERCUTIAN

TAMPIL MENAWAN DI KALA PERCUTIAN
Terbitkan keindahan wajahmu dengan calitan tipis bagi solekan majlis pada waktu malam. Penampilan anggun SEORANG WANITA apabila menerima jemputan ke acara malam bukan hanya pada pemilihan pakaian tetapi penampilan secara keseluruhan. Biarpun di kala percutian, solekan tidak harus di tolak ke tepi. Busana anggun, solekan memukau menjadi kunci keanggunan wanita.
APA KATA MAKE UP ARTIS
“Solekan tipis sudah memadai di kala percutiannamun olesan warna yang bersesuaian menjadikanwajah kelihatan berseri dan memercikkan auraglamor biarpun di kala percutian.”– ZUL BASTARI KARIM

solekan mac

KOLEKSI TERBARU HOLIDAY M.A.C 2011

MAC kali ini menampilkan koleksi buat para wanita dengan penuh kilauan mewah. Dengan tema Glitter and Ice, M.A.C menyinari solekan musim ini dengan paint pot, mineralized eye shadow, beauty powder, lash 7, dazzleglass, technakohl liner, opulash mascara, nail lacquer dan lipstick pelbagai pilihan warna. M.A.C turut menawarkan M.A.C eksklusif fabulous festive face kit dalam warm, wintercool dan frost face kit

Produk:

Produk 1:
Beauty powder – snowglobe72                                                      

Produk 2:
Mineralize eye shadow winterized72

Produk 3:
Paintpot let’s skate 72                                                           

Produk 4:
Lipstick such flare 72
Produk 5:
Dazzle glass she zam 72                                                                                                                   
Produk 6:
Lash 7-72

IFFAH GOLD & PLATINUM KABULKAN IMPIAN KULIT LEBIH CERAH & MUDA







Tahun demi tahun yang berlalu, pelbagai tanda penuaan akan muncul tanpa anda sedari. Kedutan akibat reaksi wajah yang berulang-ulang, pori-pori kulit terbuka, pipi hilang keanjalan, kewujudan bintik gelap serta kekusaman menunjukkan betapa pentingnya penjagaan anti-penuaan sejak awal. Bermula usia 30 tahun, usaha untuk mencegah masalah ini sudah harus dipertingkatkan agar kecantikan tidak dimakan usia. Terkini, Syahirah memperkenalkan himpunan produk anti penuaan terbaru iaitu Iffah Gold & Platinum, sesuai buat anda yang tercari-cari suatu rumusan yang dijamin suci, segar dan halal.
Revolusi kecantikan Iffah di rumus secara eksklusif dalam kemasan serba mewah. Menerusi kajian, penggunaannya mampu menganjal, mencerahkan dan mengembalikan kemudaan wajah secepat 7 hari. Rahsianya? Tentu sekali pada rumusan ajaib iaitu serbuk emas 24K dan platinum, yang terkenal dengan keupayaan untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru agar wajah terlihat lebih muda dan ayu berseri. Bahkan, emas juga membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit,mengurangkan kedalaman kedutan serta memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.
Himpunan Iffah telah didatangkan dalam lapan jenis produk unggul untuk melengkapi regim jagaan wajah anda. Selain emas dan platinum, ia diperkaya bahan peptida dan ekstrak gambir uncaria yang berfungsi sebagai agen antioksidan bagi membantu meningkatkan sintesis kolagen dan mengurangkan tanda penuaan yang ketara. Turut di rumus adalah ekstrak bengkuang, vitamin C, vitamin E, esen bio mineral dan sodium hyaluronate untuk mencerahkan serta membekalkan lembapan yang penting untuk mencegah kekeringan kulit.

SMOKEY EYES EKSPRESI SOLEKAN DRAMATIK











Asas solekan smoky eyes yang menarik adalah penggunaan dua jenis rona pembayang mata iaitu rona yang lebih gelap sebagai shade dan rona yang lebih terang sebagai highlighter. Aplikasi dimulakan dengan sapuan rona cerah atau highlighter ke seluruh kelopak mata sehingga ke tulang kening, diikuti sapuan rona yang gelap atau shade tadi pada seluruh kontur mata anda.
ADUNAN KREATIFKreativiti dan keberanian semasa bermain rona-rona pembayang mata bakal menjadikan solekan smoky eyes lebih unik tersendiri. Sedikit tip;1-Sapu pembayang mata rona sederhana gelap di antara garis highlighter dan shade, atau setepatnya di garis lipatan mata anda.
2-Kemudian gelapkan rona kontur mata dengan penggaris mata cecair atau celak pensel, tepat digaris bulu mata atas untuk mendapatkan kesan yang menarik.
3-Kini gunakan berus jenis smudge untuk mencipta teknik smoky dengan campuran rona pembayang mata gelap ke atas garis bulu mata tadi. Adun sekata.
4-Sempurnakan solekan dengan menggaris bawah mata dengan celak rona lembut di bawah mata. Adun sekata supaya membentuk bayang kontur yang kemas.
PANDUAN BUAT SI MATA KECIL
Ramai wanita Asia yang memiliki mata jenis kecil beranggapan tidak sesuai mengaplikasi teknik smoky eyes ini. Nah, anggapan ini salah sama sekali kerana ia sebenarnya dapat menjadikan mata kelihatan galak dengan sapuan yang betul. Ikuti saranan di bawah;
• Mulakan dasar solekan smoky eyes anda dengan sapuan penyamar cela (concealer) di seluruh bahagian termasuk bawah mata.
• Seterusnya, gunakan celak pensel untuk menggaris garisan bawah mata, bermula dari bahagian tengah menuju ke luar.
• Menggunakan berus pembayang mata yang kecil atau putik kapas, kini lembutkan penjuru garis celak pensel tadi. Sapu sedikit pembayang rona gelap menggunakan berus smudge untuk mencipta bayang semula jadi.
• Adunkan pembayang mata rona cerah dan neutral ke seluruh kontur mata atas termasuklah dibawah kening. Kemudian dengan pembayang rona gelap (pilihan), oles solekan smoky eyes secara berlapis-lapis agar anda dapat memilih tahap kegelapan yang diingini. Berikan perhatian pada penjuru mata agar kemas dan sapukan maskara sebagai penyeri solekan!