Wanita yang mempunyai ukuran payudara yang besar memang menghadapi masalah dalam pemilihan pakaian. Jika salah pilih, pasti anda akan nampak tidak selesa dengan payudara sendiri. Paling teruk, pakaian yang dikenakan membuatkan payudara nampak tersembul sehingga mencacatkan penampilan.
1. Kenakan coli yang tepat supaya payudara anda mendapat sokongan yang baik. Ia akan menampilkan kesan langsing.
2. Kenakan baju yang potongan lehernya melebar hingga ke bahu atau pilih baju yang bercorak vertikal. Ini dapat menimbulkan ilusi yang membuatkan payudara anda nampak lebih kecil. Jangan sesekali mengenakan t-shirt berkolar bulat yang sangat sempit. Potongan “V” adalah pilihan terbaik.
3. Pilih jaket atau blaus yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik jenis ini akan mengikut bentuk tubuh dan melangsingkan.
4. Untuk padanan, pilih skirt yang berpotongan “A”, seluar denim ‘boot cut’ atau seluar panjang berpotongan lurus.
5. Jika ingin mengenakan gaun, pilih gaun yang berpotongan ‘empire waistline’. Potongan sebegini bukan sahaja boleh menyembunyikan bentuk payudara yang besar tetapi ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
6. Sekiranya ingin mengenakan aksesori, pilih rantai yang panjangnya di atas garis dada atau payudara. Hindari rantai yang terlalu panjang kerana ia boleh membuatkan payudara kelihatan lebih besar.
7. Hindari pakaian yang mempunyai motif atau detail yang sarat di bahagian tengah dada. Sekali pun mengenakan tali pinggang merupakan trend terkini, mereka yang mempunyai payudara besar harus mengelakkan ikat pinggang yang melingkar di sekitar pinggang atau tepat di bawah payudara. Ini benar-benar kesalahan besar.
8. Pastikan anda tidak memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt yang dipakai.