Selasa, 8 November 2011

andai si dia teman lelaki sahabat kamu!

KAMU DAN SAHABAT BERKONGSI TEMAN  LELAKI? SEPERTI SATU YANG PERKARA MUSTAHIL BUNYINYA, NAMUN YANG PELIK ITULAH YANG SERING BERLAKU. TANPA DISEDARI, KAMU JATUH CINTA DENGAN TEMAN LELAKI SAHABAT SENDIRI. APA YANG PATUT DILAKUKAN? NAMUN SEBELUM MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT, SELIDIKI DAHULU BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU.
Terlalu banyak masa dihabiskan bersama
Kamu, sahabat dan si dia sering kali menghabiskan masa bersama. Pergi membeli-belah bertiga, pergi makan bertiga dan aktiviti beriadah pun pergi bertiga. Keakraban ini tidak salah, namun kerana selalu bersama membuatkan kamu semakin hari semakin sayang pada si dia. Mula sayang seperti sahabat tetapi lama- elamaan sedikit demi sedikit ia bertukar menjadi cinta.

Si dia terlalu baik
Siapa pun akan tertawan bila melihat ada orang terlalu baik dengan kita. Sikap si dia yang prihatin, romantis  dan gentlemen sedikit sebanyak telah membuatkan jiwa dan hati kamu goyah. Sering jadi orang tengah Setiap kali mereka bertengkar, kamulah tempat si dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada sahabat kamu itu. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan hubungan bertambah rapat kerana kamu dan dia saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa kehadiran sahabat kamu.
Punya banyak persamaan
Secara kebetulan, kamu dan si dia punya banyak persamaan antaranya hobi, minat, makanan kesukaan dan  macam-macam lagi yang sama. Persamaan ini membuatkan kamu rasa si dia lebih dekat dengan kamu berbanding sahabat kamu.
Cemburu
Sebagai manusia biasa, kita memang tidak boleh lari daripada perasaan cemburu, iri hati dan dengki walaupun dengan sahabat sendiri. Perasaan inilah yang ada kalanya meracuni kamu hingga sanggup menjadi perampas pada teman lelaki sahabat sendiri.
Fizikalnya yang kacak
Siapa yang tidak suka bila melihat sesuatu yang menarik dan sempurna. Dalam buku Social Psychology In The 90’s ada mengatakan, satu daripada enam faktor utama yang mampu membuatkan seseorang itu tertarik adalah kerana fizikalnya. Jadi sebagai manusia biasa, sudah semestinya kamu tidak mampu menolak untuk jatuh cinta pada si kacak yang ada di hadapan mata biarpun kamu sedia maklum itu adalah teman lelaki sahabat mu sendiri.
Responsnya seperti positif
Lelaki apabila dengan perempuan sering memberikan respons yang positif tambahan lagi dia seperti dapat membaca yang kita menyukainya. Respons ini membuatkan kamu semakin hari semakin tertarik dengannya kerana kamu menyangka yang dia juga tertarik dengan kamu. Padahal ada di antara lelaki ini sengaja melakukan sedemikian untuk membuatkan orang perasan dan menunjukkan kehebatannya digilai ramai. Waspadalah dengan lelaki jenis ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan