Selasa, 29 November 2011

Kesilapan Ernst & Young Punca Salah Pengumuman Lagu Terbaik AIM

acam-macam. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan. Rupa-rupanya kesilapan pengumuman lagu terbaik untuk AIM berpunca daripada pengiraan salah yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi AIM, Ernst & Young. Agak pelik jugak kerana kesilapan ini hanya dikesan selepas 2 minggu. Misteri naga sungguh.
anuar zain
Namun begitu Abang Nara cukup kagum dengan Anuar Zain dan Yuna yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-
Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut. Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka. Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut. Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja. Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif. Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan
Semoga perkara sebegini akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada mana-mana pihak penganjur supaya ianya tidak berulang lagi. Pendapat Abang Nara, mungkin sudah tiba masanya untuk pemuzik-pemuzik Malaysia bergabung dan membuat satu anugerah ciptaan sendiri yang tidak bergantung kepada mana-mana organisasi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Nuffnang Ads

Tiada ulasan:

Catat Ulasan