Khamis, 28 Mac 2013

Sentuh Tangan Masih Boleh, Peluk Dan Aksi Ranjang Tak Boleh” – Nur Fazura




Nur Fazura
Ekoran kenyataan yang pernah dibuat menyatakan mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem yang dijayakan, telah menimbulkan kontroversi dan persoalan daripada banyak pihak.
Menurut Fazura, ramai yang salah faham dengan kenyataannya itu. Apa yang dimaksudkan bukanlah bermakna dia tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Cuma dia tidak mahu melakukan aksi berlebihan seperti berpelukan ataupun di ranjang.
"Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.
“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki",
Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain.
"Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," katanya.
Perkembangan terbaru, Fazura bakal muncul dalam drama berjudul Kisah Cinta, bergandingan degan Shaheizy Sam. Drama tersebut akan disiarkan bermula pada 9 April depan, jam 9 malam di TV3.

Kontroversi Filem Mencari Cinta : Adegan Panas Nora Danish dan Rusdi Ramli Read more: http://www.enciknakal.com/artis/kontroversi-filem-mencari-cinta-nora-danish-dan-rusdi-ramli#ixzz2OppUcSfo

Filem cinta romantis Mencari Cinta lakonan Nora Danish dan Rusdi Ramli,arahan Shirin Hj Khuzaimi yang akan menemui penonton pada 25 April 2013 mula dihimpit kontroversi
rusdi ramli peluk nora danish atas katil adegan panas nora danish dan rusdi ramli
Gambar : Adegan panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial
Ini gara-gara terkandung adegan di ranjang di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas katil dengan mesra ternyata mereka berjaya menjiwai watak lakonan dalam filem tersebut
Filem Mencari Cinta bukan 18sx adegan panas nora danish dan rusdi ramli
Namun disebaliknya kritikan mula dilemparkan ke atas filem arahan Shirin Hj Khuzaimi setelah video trailer yang berdurasi hampir 1 minit 40 saat itu dimuatnaik di laman pengkongsian video youtube untuk tujuan promosi
Penonton,khususnya peminat filem tempatan secara jujurnya mengkritik adegan di atas ranjang itu kerana pada mereka ia tidak sesuai dipertontonkan kerana menyalahi nilai-nilai agama dan budaya
Pun begitu,menurut pelakon utama filem itu dalam laporan sebuah akhbar mengatakan mereka hanya menuruti segala arahan pengarah dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan aksi sedemikian
Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar dan mereka terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga

Video Mencari Cinta : aksi panas Nora Danish dan Rusdi Ramli

 

 57  6
 

Read more: http://www.enciknakal.com/artis/kontroversi-filem-mencari-cinta-nora-danish-dan-rusdi-ramli#ixzz2OppaYR2C

Awal Ashaari Meninggal Dunia Kemalangan adalah Berita Palsu Read more: http://www.enciknakal.com/artis/awal-ashaari-meninggal-dunia-kemalangan-berita-palsu#ixzz2Opp0neTL

Awal Ashaari Meninggal Dunia Kemalangan adalah Berita Palsu

Awal Ashaari meninggal dunia berita palsu awal ashaari meninggal dunia kemalangan berita palsu
Awal Ashaari di antara pelakon,yang menjadi mangsa kepada penyebaran berita palsu menerusi laman sosial
Kecoh pagi tadi,apabila seorang individu memaklumkan mengenai berita kematian Awal Ashaari menerusi akaun Twitter miliknya
Hal ini sekaligus,membuatkan peminat terkejut dan bersedih,apatah lagi empunya diri yang menjadi mangsa
Lanjutan itu akhbar Utusan Online,melaporkan Awal terkedu apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita “kematiannya” yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini
Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan
Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya
Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter,katanya yang dihubungi oleh akhbar tersebut
Twitter Awal Ashaari meninggal dunia berita palsu 1 awal ashaari meninggal dunia kemalangan berita palsu
Sementara itu,Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit
Awal Ashaari meninggal dunia berita palsu 3 awal ashaari meninggal dunia kemalangan berita palsu
Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya,ujarnya
Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan meninggal akibat kemalangan jalan raya
 12  0
 

Ahad, 10 Mac 2013

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :



Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :

1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

Jom share dengan kawan2x kita yg bergelar ibu bapa..... :-)

Farid Kamil dan Diana Dinelle berbulan madu di sydney

Sydney (10 Gambar)

Farid Kamil Dan Diana Danielle Berbulan Madu
Setelah selesai majlis persandingan sebelah lelaki yang berlangsung pada 13 Disember lalu dan walaupun beberapa kontroversi telah timbul selepas majlis pernikahan dan persandingan mereka, itu tidak menghalang pasangan ini menikmati cuti bulan madu.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi melalui Instagram Farid dan Diana Danielle, suami isteri ini memilih sebuah pantai di Sydney, Australia, bagi mengabadikan saat-saat indah berdua eh, bertiga - Diana yang kini sedang hamil anak sulung. 
Yang menariknya, pelajar-pelajar Malaysia di sana telah berkesempatan untuk bertemu dengan selebriti popular ini.
Malah pelajar-pelajar ini telah membawa Farid Kamil dan Diana Danielle menikmati makanan di sebuah restoran di Sydney. Pasti mereka teruja bertemu dengan Farid dan Diana.
Selain itu, seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney telah mendapat peluang makan malam bersama Farid & Diana apabila dia menegur Farid di laman Instagram.

Tiz Zaqyah tayang kekasih

Tiz Zaqyah & Kekasih
Kalau sebelum ini sangat sukar bagi Tiz Zaqyah untuk berkongsi hal-hal peribadinya termasuklah hal percintaan, pada umum. Malah Tiz pernah mengakui dia seorang yang sangat perahsia. Namun beberapa minggu lalu pelakon cantik ini dilihat sudah mula berani berkongsi privasinya apabila dia memuat naik beberapa gambar bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Daniel Haziq.
Lantaran timbul dakwaan mengatakan Tiz sengaja menayangkan kekasihnya gara-gara mahu membalas dendam terhadap pelakon Remy Ishak, yang satu ketika dulu pernah mengisi ruang hatinya. Dan sepertimana yang ramai sedia tahu, hubungan cinta Tiz dan Remy terputus di tengah jalan sejak pertengahan tahun lalu.
Walau bagaimanapun Tiz berkata tidak timbul soal mahu membalas dendam terhadap Remy. Sebaliknya mengakui dia kini sudah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi dengan umum mengenai hal-hal peribadi.
"Sekarang ini tidak ada apa yang nak disorokkan lagi. Saya sudah lebih selesa nak kongsi dengan peminat. Saya tahu ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi saya hanya akan berkongsi setakat apa yang boleh dan tidaklah sehingga ke perkara-perkara yang terlalu peribadi.
"Balas dendam pada Remy? Tidak sama sekali. Rasanya lebih elok kalau kita saling hormat. Lagipun antara saya dan dia sudah tiada apa-apa lagi", katanya ketika ditemui di majlis pratonton drama terbaru TV9, Cinta Jangan Pergi, bertempat di e@curve, Damansara, malam tadi.
Tambahnya, walaupun dia dan Remy sudah tidak sebagai pasangan kekasih tetapi hubungan mereka masih baik. Malah Tiz dan Remy masih boleh berkerjasama dan berlakon sebagai pasangan bercinta dalam drama. Mereka berdua bakal muncul dalam drama bersiri Cinta Jangan Pergi mulai 6 April ini.
Dalam pada itu, diajak berbicara mengenai teman lelakinya, Tiz memberitahu, jejaka tersebut bukanlah kekasih lamanya seperti yang tertera di beberapa laman blog hiburan tetapi merupakan kenalan sekolah menengah. Setelah beberapa tahun mereka terputus hubungan, akhirnya mereka berjumpa semula sewaktu di sebuah majlis pertemuan bersama rakan-rakan sekolah, kira-kira beberapa bulan lalu.
Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai jejaka tersebut, sungguhpun begitu Tiz berkata sikap sopan-santun dan sabar yang dimiliki oleh Daniel Haziq telah membuka hatinya untuk menerima pemuda itu.
"Kami sebaya. Dia seorang yang lemah-lembut, sabar dan tak suka marah-marah. Itu yang membuat saya selesa dengannya", kata Tiz

Khamis, 7 Mac 2013

Ciri-ciri Isteri Pilihan

Ciri-ciri Isteri Pilihan



Ciri-ciri Isteri Pilihan
Kali ini kita akan mengupas ciri-ciri isteri pilihan. Artikel ini ditujukan kepada bakal suami tentang apakah ciri-ciri isteri yang patut dia pilih, juga kepada bakal suami yang sudah ada calon isteri, maka ciri-ciri apakah yang perlu disemai untuk calon isteri. Tidak ketinggalan kepada wanita atau bakal isteri, ciri-ciri apakah yang sepatutnya dia melengkapi dirinya.
Pertama: Agama
Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: “Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.”
[al-Baqarah 2:221]
Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Lantaran itu yang membezakan cirri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita. Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat).
Hal ini berlaku kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Maka untuk ciri pertama ini, ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa, tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh, dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian.
Berkenaan ciri agama ini, Rasulullah juga pernah bersabda: “Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]
Kedua: Cantik
Jangan terperanjat jika Islam mementingkan ciri kecantikan kepada seorang isteri. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.” [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda: “Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]
Maksud kecantikan di sini ialah apa-apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, penurunan berat badan di pusat-pusat yang diragui keberkesanannya, dan pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama.
Oleh itu, wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri dan sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman, dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah  adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbezabeza cita rasanya antara satu dengan yang lain.
Ketiga: Menyenangkan Suami
Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]
Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya. Selain itu isteri tidak akan menyelisihi, apatah lagi bertengkar atau memarahi, jika apa-apa yang disukainya dibenci pula oleh suami. Ertinya, isteri berusaha untuk menyelaraskan kesukaannya dengan cita rasa suami. Inilah yang dinamakan sehati, sejiwa.
Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.
Keempat: Pandai Mendidik Anak-Anak.
Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.” [Shahih al-Bukhari, no: 4692]
Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanya kembali: “Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?”

Bagaimana Cinta Sihatkan Anda?

Bagaimana Cinta Sihatkan Anda?
Cinta, kasih dan sayang, perasaan yang indah bukan sahaja mampu menjadikan anda berasa gembira tetapi ia juga berupaya melawan penyakit, meningkatkan imuniti tubuh dan menurunkan stres. Ingin tahu bagaimana cinta mampu berbuat demikian, bacalah seterusnya….
Siapa yang tidak mahu dicintai dan mencintai? Walaupun para pengkaji tidak dapat memberikan kepastian bahawa kehangatan cinta berhubung kait dengan kehidupan yang lebih baik, tetapi mereka cuba mengaitkan bagaimana hubungan seksual, ikatan mesra dan sikap mengambil berat terhadap pasangan menjadikan kita lebih kuat, kesihatan bertambah baik dengan penyembuhan segera daripada penyakit sehinggalah kepada kawalan terhadap sesuatu penyakit kronik untuk jangka hayat yang lebih lama.
Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburg pada tahun lepas mendapati bahawa wanita yang mempunyai hubungan perkahwinan yang baik, boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai hubungan yang retak.
Kajian oleh National Longitudinal Mortality yang dijalankan ke atas lebih sejuta orang sejak 1979, menunjukkan bahawa mereka yang berkahwin hidup lebih lama, kurang diserang penyakit jantung, risiko kanser yang rendah dan kurang diserang pneumonia berbanding mereka yang masih bujang.
Hubungan asmara yang hebat, percutian romantik dan komunikasi yang baik antara pasangan, ditambah dengan diet rendah kolesterol serta waktu rehat yang lebih lama mampu mengubah kesihatan anda kini dan selamanya. Namun, ramai pakar berpendapat, sentuhan mesra yang dilakukan setiap hari bukan sahaja membantu merapatkan hubungan tetapi juga menyihatkan minda dan fizikal anda.
Pelukan mesra yang kerap
Para doktor dari University of North Carolina membuktikan bahawa pelukan yang diberikan mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar oksitosin (oxytocin), hormon yang memberikan kelegaan terutamanya semasa bersalin, menyusukan anak dan mencapai orgasme. Kajian telah dijalankan ke atas pasangan yang diarahkan untuk duduk bersentuhan kulit sambil berbual selama 10 minit, kemudiannya berpelukan, setelah itu, para pengkaji mendapati bahawa perubahan positif dalam tekanan darah dan oksitosin. Namun, kuasa pelukan mesra yang kerap dilakukan lebih hebat.
Hormon oksitosin membantu wanita menjadi lebih mesra dengan persekitarannya. Namun, kebaikan paling besarnya lebih bersifat fizikal. Menyusukan bayi pastinya mempunyai kaitan dengan berkurangnya kadar kanser payudara dan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam erti kata lain, oksitosin berkaitan dengan kesihatan emosi, begitu juga dengan hubungan fizikal bersama pasangan.
Hubungan seksual yang sihat
Kajian yang dilakukan oleh Carl J. Chartneski, PhD, seorang profesor psikologi di Wilkes University dan penulis bersama buku Feeling Good is Good for You menyatakan bahawa melakukan hubungan seksual secara mingguan mungkin membantu tetapi melakukannya dengan kerap bukanlah sesuatu yang sihat.
Kajian dari University of Sheffield di England yang telah menemu bual 28 orang peserta yang telah berkahwin sekurang kurangnya 20 tahun mendapati hubungan seksual yang konsisten terus memainkan peranan dalam sesebuah perkahwinan. Menurut Sharron Hinchliff, PhD, pakar psikiatri yang menjalankan kajian tersebut, majoriti daripada peserta merasakan bahawa hubungan seksual membantu dalam meluahkan rasa cinta, komitmen dan kepercayaan.
Ikatan mesra yang erat
Walaupun hubungan seksual baik tetapi para pengkaji menyatakan bahawa hubungan seksual hanyalah salah satu aspek dalam perhubungan. Keajaiban sebenar dalam sesuatu hubungan ialah ikatan mesra yang erat. Rasa ‘bersatu’ yang dialami semasa senang dan susah merupakan satu sifat yang dikenali sebagai ‘penyatuan mutlak’ oleh Brian Baker, pakar psikiatri dari University of Toronto.
Kajiannya membuktikan bahawa ikatan mesra ini lebih memainkan peranan terhadap kebahagiaan dan kesihatan berbanding kehidupan seksual yang baik. Kajian beliau melibatkan 229 orang dewasa yang mengalami stres kerja. Walaupun mereka menghidapi tekanan darah tinggi pada peringkat awal, tetapi pasangan yang mempunyai ikatan rumah tangga yang mesra menunjukkan penurunan dalam sistolik tekanan darah sebanyak 2.5mm/ Hg dalam masa 12 bulan.
Interaksi yang hangat
Sesebuah hubungan cinta tidak akan lengkap tanpa perselisihan faham. Kebanyakan wanita beranggapan boleh mengubah tabiat lelaki, namun itu tidak bermakna sesebuah hubungan cinta juga harus berubah. Pasangan yang berselisih faham perlu belajar untuk menghangatkan interaksi dengan menggantikan pertengkaran mulut yang sinis dengan komen yang lebih membina.
Konflik dalam hubungan cinta adalah normal dan menyihatkan kerana ia merangsang sesuatu hubungan. Namun, ada perbezaan antara konflik yang sihat dengan konflik yang menurunkan imuniti anda. Pasangan yang tidak bahagia akan menghadapi konflik dengan bergaduh besar sehingga menyebabkan degupan jantung yang laju dan menghalang pasangan tersebut untuk mencapai persetujuan dan penyelesaian.

7 Isyarat Malu Tapi Mahu

7 Isyarat Mahu Tapi Malu




Malu-malu tapi mahu. Si dia pula tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk
memulakan hubungan intim. Diam membatu, seribu bahasa. Apa kata anda tunjukkan tanda isyarat pada si dia untuk menunjukkan yang anda mahukan hubungan intim?
Awal perkahwinan memang indah. Tanpa disuruh, pantas sahaja memulakan hubungan intim. Tapi, kadang-kadang hati terasa mahu namun sukar untuk meluahkannya. Malu-malu tapi mahu. Si dia pula tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk memulakan hubungan intim. Diam membatu, seribu bahasa. Apa kata anda tunjukkan tanda isyarat pada si dia untuk menunjukkan yang anda mahukan hubungan intim? Pasti dia tidak perlu tunggu masa yang lama bila digoda sebegitu.
Mandi Dengan Pintu Yang Terbuka Sedikit
Teringin untuk mencuba taktik ini? Hilangkan rasa malu anda itu. Tapi sebelum itu, pastikan tiada orang lain berada di rumah melainkan anda berdua sahaja. Jika tidak, pasti susah untuk anda lakukannya. Sekali sekala semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit namun jangan besar sangat. Cukup-cukup sahaja untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Kalau nampak sedikit pasti lebih menyeronokkan daripada nampak banyak, bukan? Kemudian, buat-buatlah seperti anda tidak perasan pintu terbuka.
Oppss…Tuala Terlepas
Jika si dia tidak perasan dengan keadaan pintu yang terbuka sedikit tadi, jangan putus asa. Cuba pula lakukan taktik ini. Andai si dia berada di dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, gunakan masa ini dengan sebaiknya. Buatlah seperti tuala terlepas daripada pegangan anda semasa hendak memakai baju. Pasti si dia terbeliak melihat anda dalam keadaan begitu. Langkah seterusnya, terpulanglah pada anda berdua!
Baju Jarang
Baju tidur yang sama kadang-kala pasti membosankan pasangan anda. Sekali-sekala, pakailah baju tidur yang jarang dan singkat sehingga menampakkan tubuh anda yang seksi itu. Pasti si dia tidak akan menunggu lama apabila melihat anda memakai baju tidur yang seksi itu. Senang bukan?
Bunga dan Lagu Romantik
Ubah suasana bilik! Taburan bunga ros di atas katil berserta lampu yang samar dan alunan muzik yang romantis pasti mendebarkan hati si dia. Tambahkan juga wangian yang mampu meningkatkan rasa ghairah pasangan tatkala masuk ke dalam bilik. Selain hati tenang, adegan seterusnya pasti menyeronokkan.
Kenyit-kenyit
Bukan kerana kenyit-kenyit disebabkan habuk, tapi kenyitlah dengan cara yang penuh menggoda. Masakan anda lupa bagaimana hendak mengenyitkan mata? Buatlah seperti masa bercinta dahulu. Masa mula-mula anda mengurat pasangan dahulu. Pasti seronok jika dapat mengusik si dia dengan cara ini. Tindakan seterusnya, terserah pada anda!
Jeling-jeling, Cuit-cuit
Kalau tenung lama-lama, pasti si dia marah. Untuk tidak menyakitkan hati sebaliknya menambat hati si dia, cubalah jeling-jeling. Anda cuba jeling-jeling manja pada si dia ketika membaca surat khabar atau ketika duduk di sebelahnya. Kemudian, sambil jeling-jeling, cuit-cuitlah sedikit supaya si dia terasa akan kehadiran anda. Tapi, bergantung pada keadaan jika mahu cuit-cuit itu. Jangan pula tersalah langkah, lain pula jadinya nanti.
Urut-mengurut
Urut-mengurut boleh dijadikan isyarat untuk membuktikan yang anda mahukan hubungan intim. Lakukan urutan yang manja tatkala anda menonton televisyen ataupun sebelum tidur. Sambil mengurut, ucaplah kata-kata yang romantis sehingga si dia pun tersenyum lebar melihat anda. Langkah seterusnya, pasti si dia tidak akan menunggu lama apabila berada dalam keadaan tersebut.

Resipi Nasi Hujan Panas Mahligai

Resipi Nasi Hujan Panas Mahligai
Mengintai resipi nasi yang menjadi pilihan tuan rumah sebagai hidangan untuk tetamu.
Koleksi Majalah: RASA
BAHAN-BAHAN
  • 1kg beras basmathi -basuh dan ditoskan
  • 1.25 liter air
  • 125ml susu cair
  • 3 biji tomato
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu makan serbuk pati ayam
  • 250gm minyak sapi
  • 125gm marjerin

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak sapi dan marjerin kemudian tumiskan bahan-bahan tumis sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan serai, daun pandan, tomato dan juga susu cair. Biarkan hingga mendidih dan kemudian masukkan pati ayam dan garam secukupnya.
3. Setelah itu masukkan beras dan biarkan ditanak seperti biasa.
4. Apabila sudah hampir kering, titikkan pewarna pada tempat yang berlainan dan tunggu sehingga nasi kering.
5. Kaub balikkan nasi supaya warna-warna tadi tersebar cantik ke seluruh nasi.
6. Sebelum dihidang, taburkan bawang goreng dan juga daun bawang.

Rahsia Miliki Rambut Menawan

Rahsia Miliki Rambut Menawan
Rahsia Miliki Rambut Menawan

Panik ! Itulah tekanan yang dialami kebanyakan pengantin perempuan apabila mula menghitung hari untuk bergelar isteri. Masakan tidak , pelbagai perkara perlu difikirkan supaya detik terindah itu berlangsung sebagaimana diimpikan. Namun , kecantikan fizikal usah dilupakan , ya ! Itulah aspek yang paling utama yang perlu dititik-beratkan sebelum bergelar ist eri.
Rambut merupakan mahkota dan perhiasan wanita. Kecantikan rambut itu sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang itu. Anda pasti mahu kelihatan yakin dan bersemangat menjelang hari bahagia, bukan? Jadi, ikuti panduan yang disarankan supaya hari anda tercatat dalam memori indah saat bergelar isteri.
Tip 1
Jangan terlalu drastik untuk mewarnakan rambut atau cuba memotong rambut pada minggu-minggu terakhir bergelar bujang. Keputusan yang anda lakukan itu sebenarnya mencerminkan anda terlalu gementar dan pada masa yang sama gembira menantikan hari disatukan bersama bakal suami. Sekiranya tersilap langkah dan tidak kena gaya, agak susah untuk membetulkan kembali gaya rambut seperti yang diingini.
Tip 2
Sentiasa merancang awal. Pada hari anda sudah memilih baju kahwin adalah waktu terbaik untuk mula merancang mengenai fesyen rambut yang anda mahukan. Tetapi pastikan fesyen rambut tersebut itu bersesuaian juga dengan konsep majlis perkahwinan anda. Ambil masa membelek majalah atau melayari internet untuk mendapatkan fesyen rambut yang terkini.
Tip 3
Minum air yang banyak dan ambil suplemen tambahan seperti vitamin. Dalam tempoh enam hingga lapan minggu anda akan melihat perubahan yang menawan pada rambut anda. Juga bonus terhadap kecantikan diri pada anggota tubuh yang lain. Air membantu mencuci toksin yang terhasil akibat tekanan. Ambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Paling penting, tambahkan pengambilan zink, vitamin A dan vitamin B dalam pemakanan anda seharian. Sumber zat dan vitamin ini sangat membantu kepada pembentukan semula rambut anda yang telah rosak.
Tip 4
Jangan mencuci rambut terlalu kerap. Kebanyakan syampu mengandungi kandungan kimia yang boleh menyebabkan rambut kering dan rosak. Carilah syampu yang mengandungi bahan-bahan semulajadi agar rambut kembali sihat dan bersinar.
Ada baiknya sekiranya anda membuat rawatan rambut di salun kecantikan mahupun di rumah. Dengan hanya mengurut menggunakan produk rawatan, anda mampu mengembalikan kesegaran kekuatan dan akar rambut.
Tip 5
Ingat ya! Anda semestinya mahu kelihatan berseri dan bermaya di majlis bahagia itu. Bersedia untuk menerima puji-pujian dari teman-teman dan saudara-mara yang anda memiliki rambut yang sihat dan menawan!

Menjadi Menantu Yang Baik

Menjadi Menantu Yang Baik
Menjadi Menantu Yang Baik

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi anda menjadi miliknya. Jika dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai pasangan suami dan isteri. Namun, anda sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya sahaja, bahkan juga seluruh anggota keluarganya. Lantaran itu, anda harus membina hubungan baik dengan setiap ahli keluarganya.
 
Ini memandangkan dalam kehidupan berumah tangga, menjaga hubungan dengan mertua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
 
Bagi sesetengah orang, mertua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Bagaimanapun, tidak semua berfikiran sedemikian kerana ada mertua boleh menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumahtangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mertuamu.
 
1. Kenali Peribadi dan Harapan Ibu Mertua
Usaha membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak, anda kenali dahulu peribadi ibu mertua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dari mana anda boleh mendapatkan maklumat ini? Tentu sahaja daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
 
2. Lakukan Hal Yang Menenangkan Hati Mertua
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
 
3. Lakukan Kegiatan Bersama
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mertua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu, digalakkan anda dan  suami luangkan masa bersamanya. Lakukankegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Umpamanya sesekali ajak ibu mertua melakukan aktiviti makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
 
4. Lihat Sudut Positif
Walau terjadi konflik antara anda dan ibu mertua, jangan sesekali memburukkan mertua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Itupun jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda, seperti ibu mertua anda pandai memasak dan sangat hebat mengurus rumah tangga.
 
5. Sedia Menerima Kritikan
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mertua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu, di mata suami anda adalah baik.
 
6. Kasih dan Sayang
Kasihi keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar\ bertanya khabar.
 
7. Jangan Cemburu 
Sebagai isteri, janganlah sekali-kali anda berasa cemburu dengan hubungan suami anda dan ibunya. Tanggungjawab suami yang utama adalah kepada ibunya. Inilah ketetapan agama Islam yang perlu dipatuhinya. Janganlah pertikaikan layanan suami pada ibu mertua anda. Jangan biar suami perlu memilih antara anda dan ibunya. Anda patut berbangga mempunyai suami yang mengutamakan ibunya berbanding anda kerana ternyata anda dijodohkan dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Orgasme Wanita, Ketahui Agar Tidak Kecewa

Orgasme Wanita Ketahui Agar Tidak Kecewa
Orgasme Wanita Ketahui Agar Tidak Kecewa

Walaupun ramai yang menyatakan kaum wanita sukar untuk dipuaskan namun jika tahu cara-cara yang betul, kedua-dua pihak mampu mendapat kepuasan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata.
Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap rangsangan hubungan kelamin. Rambut kemaluan, bibir kecil, kelentit serta liang faraj merupakan alat-alat kelamin yang mempunyai peranan penting. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus untuk mencapai orgasme kerana deria rasanya sangat halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit. Oleh itu, sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar cukup menyeronokkan. Bermakna si suami perlu memainkan peranannya lebih lama untuk memuaskan hati isterinya.
Jangka waktu Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2 hingga 4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10 hingga 15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Pada mulanya terasa di sekeliling hujung luar faraj hingga menjalar ke dalam rahim. Ketika berlakunya orgasme, otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme Berganda
Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme antara 3 hingga 5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Kenikmatan Orgasme
Di antara sebab hubungan seks antara suami isteri yang sangat dihajati adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan penyakit emosi yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami isteri.
Hubungan retak akibat tidak menikmati orgasme
Baik orgasme itu secara berturut, daripada pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme. Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini, suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.

Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya

Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya
Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya
Begitu banyak persoalan yang diiutarakan oleh para wanita yang bekerja di luar rumah, seperti bagaimana hendak mengatur waktu antara tuntutan kerja dan tanggungjawab mengurus rumah tangga agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Dalam mengatasi pertembungan konflik tugas, tidak dinafikan ramai juga wanita hari ini mampu menikmati ‘peranan berganda’ itu dengan jayanya. Namun, ada juga yang merasa sukar hingga akhirnya timbul persoalanpersoalan rumit yang semakin berkembang dalam kehidupan sehari-hari. Justeru kaum hawa hari ini perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan anda mengelak daripada melakukan tugas di rumah. Ikuti tip berguna untuk membantu anda melakukan tanggungjawab urus rumah tangga dengan lebih mudah dan efektif.
Mengemas Rumah
Ikut arah jam
Sekiranya anda ingin mulakan mengemas di sesuatu kawasan, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah.
Dari atas ke bawah
Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan menambahkan lagi kerja anda.
Kurang bergerak
Contoh paling jelas untuk mengurangkan gerakan ialah ketika mencuci pinggan. Ada baiknya letakkan rak untuk menggeringkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berdekatan dengan singki. Atau jika ruang dapur berkeluasan terhad, anda perlu mencuci pinggan mangkuk dan sediakan satu bekas untuk mudah anda mengumpulkan pinggan tersebut. Apabila bekas sudah penuh barulah anda mengangkat bekas tersebut dan sekali gus mengurus pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam kabinet.
Gunakan bantuan mesin
Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi menggunakan penyapu.

Memasak
Beli perencah segera
Memasak dengan menggunakan sediaan perencah dapat memudahkan anda memasak dan menjimatkan masa. Kini, terdapat begitu banyak bahan perencah ditawarkan di pasaran seperti perencah nasi goreng, perencah ayam masak merah dan banyak lagi hinggalah perencah rendang sekali pun. Semua tersedia untuk anda memilih dan nikmatinya.
Sediaan bahan resipi lebih awal
Jika ingin menggunakan ramuan sendiri, ia juga tidak menghalang untuk anda memasak dengan cepat dan mudah. Cuma persediaan bahan perlulah dilakukan lebih awal dan bukannya ketika ingin memasak. Contohnya, menyediakan hirisan bawang atau ramuan di malam hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak di pagi harinya, anda boleh terus menggunakan bahan tersebut.
‘Slow Cooker’- satu pelaburan yang bermanfaat
Ramai wanita hari ini memasak menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia.

PRAKTIS 5S DI RUMAH
1. SEIRI – SISIH
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.
2. SEITON – SUSUN
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kelihatan semak dan sesak.
3. SEISO – SAPU
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.
4. SEIKETSU – SERAGAM
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu, anda perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.
5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu anda perlu mendisiplinkan ahli keluarga yang lain.

Sirih Junjung Penyeri Raja Sehari

Sirih Junjung Penyeri Raja Sehari
Sirih Junjung Penyeri Raja Sehari
Gubahan : Maya Puri Creations & Eliza Elies
Adat Melayu menjunjung tinggi warisan seni zaman berzaman, biarpun diinovasi dengan idae baru dan ilham terkini, sirih junjung tetap menjadi kepala hantaran yang tidak dilupakan. Sama ada digubah tinggi atau pun diletakkan dalam bakul indah, semuanya menonjolkan kreativiti yang tersendiri.
Dalam menggubah sirih junjung untuk hantaran, selain bahan asas, iaitu sirih junjung, bahan-bahan lain juga perlu ada dalam melengkapi gubahan tersebut. Antara bahan lain yang diperlukan seperti gambir, pinang, dan kapur. Jika dahulu, bahan bahan ini hanya diletakkan di atas daun sirih mahupun di dalam bekas perak, kini terdapat pelbagai cara yang digunakan agar gubahan tersebut lebih cantik.
Pada waktu ini, kapur, gambir, dan pinang, sering dibentuk menjadi hiasan bunga yang indah. Ia diselitkan di antara daun sirih bersama dengan bunga cengkih, daun perak, manic dan sebagainya. Ada juga yang menggubahnya menjadi bentuk jambangan bunga.
Walau bagaimanapun idea yang digunakan itu nampak bersesuaian dengan arus pemodenan sekarang, namun ciri-ciri tradisional masih diterapkan lagi agar tidak ditelan zaman.
Info
  1. Mengikut adat negeri Perak, tepak sirih perlulah diisikan dengan sirih, gambir, kapur, pinang, dan gula. Manakala bahagian bawah tepak sirih hendaklah diletakkan beras yang berisi duit. Ini sebagai tanda agar pengantin baru boleh menggunakan duit yang diletakkan itu untuk membeli garam atau bahan keperluan memasak.
  2. Sirih yang diletakkan di atasnya perlu disusun kepada tiga helai. Ia bertujuan untuk diberikan kepada anak dara yang lambat jodoh.
  3. Urat daun sirih yang disusun perlulah bertemu agar jodoh pasangan pengantin berpanjangan.
  4. Pastikan setiap daun sirih yang diletakkan itu tidak koyak atau rosak. Sesetengah orang beranggapan jika pihak rombongan memberikan daun sirih yang tidak elok, ia menandakan anak gadis yang dipinang itu sudah tiada dara.
  5. Begitu juga apabila sirih disusun dengan cara terbalik, ia turut memberi makna yang tidak elok.

7 Faktor Perceraian...

7 Faktor Penceraian...
7 Faktor Penceraian...
Mahligai yang dibina atas dasar cinta pastinya mempunyai impian yang ingin dilaksanakan. Berjanji sehidup semati, mengharungi dugaan bersama. Alam perkahwinan terlalu banyak perbezaan dengan alam percintaan. Ketika pasangan dilamun cinta, semuanya indah. Umpama dunia ini hanya milik berdua.
Jodoh dan ajal pertemuan ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita hanya merancang Dia lebih mengetahui segalanya. Persefahaman serta perbincangan amatlah penting antara pasangan suami isteri. Walaupun perkara kecil yang dianggap perkara remeh. Berpunca daripada sedikit lama-lama jadi bukit. Akhirnya pelbagai masalah yang akan memberi kesan kepada rumahtangga yang dibina.
Masalah yang timbul boleh diselesaikan jika pasangan menitik beratkan setiap isu yang menjadi punca persengketaan. Persiapkan diri dalam apa jua rintangan sebagai pasangan suami isteri. Jadikan punca permasalahan ini sebagai rujukan agar anda tahu bagaimana cara boleh mengelakkan ia daripada berlaku.
1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
7. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.