Jumaat, 11 November 2011

TENGKU RATU PERMATA HATI LINDA JASMINE & QUE HAIDAR

 
 
 
 
 
 
 
 
RATU PERMATA HATI LINDA JASMINE & QUE HAIDAR
Berkulit mulus dan gebu yang diwarisi oleh Tengku Ratu (9 bulan) diwarisi dari ibundanya, Linda Jasmine membolehkannya dipilih menjadi wajah baru untuk produk penjagaan bayi yang menjengah ke pasaran sekitar Oktober ini . Gayanya yang natural di depan kamera membuatkan hati penulis geram mahu memeluknya yang masih belajar bertatih . Riuh mulutnya ralit memerhati skrin saat tayangan klip video rakaman bersama ibunya bermain buih menggunakan produk Avon Baby baru-baru ini . Dalam pertemuan itu, ibu kepada Khalif dan Ratu ini diumukan sebagai wajah terbaru, Avon Baby yang diadakan di sebuah hotel terkemuka tanahair . Ikuti ceritera bersama buah hati pengarang jantung hasil perkahwinan dengan aktor tempatan , Que Haidar .
Didikan Agama
Oktober ini, Ratu baru mencecah umur Sembilan bulan. Linda menjelaskan biar sesibuk mana memenuhi komitmen kerja dia harus memastikan kualiti masa bersama si kecil tidak terabai. Biarpun terpaksa menguruskan kerjaya seni dan rumahtangga serentak, dia mampu mengaturnya secara profesional. “Ada masanya saya boleh menghabiskan masa lama dengan Ratu hingga berhari-hari. Ada ketika pula, saya terlalu sibuk dan hanya sempat 5 minit untuk menemaninya.” Akur Linda yang memaklumkan dibantu oleh pembantu rumah untuk menguruskan selebihnya kehidupan si anak tercinta. Selain itu, guru tari ini turut dibantu oleh ibu mertua dan ibu bapa sendiri yang tinggal dengan kediamannya. Dari segi perkembangan minda Ratu, ibu kepada Khalif ini juga menitikberatkan pendidikan moral agar anaknya menjadi seorang yang berbudi pekerti.
“Saya mahu Ratu dibesarkan sebagai individu yang mempunyai pegangan agama teguh, berpendidikan dan berada dalam lingkungan persahabatan yang sihat,” jelas Linda yang kini sudah Berjaya mengembalikan bentuk badannya asalnya selepas melahirkan anak buat kali kedua. Pasti ada detik manis manis yang dilalui tatkala meniti hari-hari bersama si manja yang membuatkan tak lekang dengan senyuman.
“Pengaruh dari kualiti masa yang dihabiskan bersama Ratu menjadi keutamaan. Selain melayan Khalif, saya perlu banyak berbual dengan Ratu. Soal pemakanan, Khalif gemar makan daging, nasi dan sayur-sayuran termasuk vitamin. Ratu pula, saya hanya memberinya susu badan hanya dua bulan awal kelahirannya sebelum digantikan dengan susu tepung kerana sibuk dengan kerja. Saya perlu pastikan mereka cukup makanan agar tumbesaran Khalif dan Ratu seimbang.” Ujarnya teruja berkongsi kisah membesarkan dua anak kesayangannya itu.
Akaun Simpanan
Selain penjagaan diri, aspek masa depan Ratu turut diutamakan agar kehidupan akan datang terjamin. “Saya sudah membeli insurans dan membuka akaun simpanan untuk anak-anak. Tambahan pula mereka sudah buat job iklan dan menerima bayaran. Itu hak mereka dan merupakan sebahagian tanggungjawab saya untuk merancang masa depan Khalif dan Ratu.” Katanya penuh makna.
Kesibukannya sebagai selebriti tidak langsung mendesak kehidupan Lin da dalam bab mengatur masa di rumah menguruskan keluarga. Sentuhan tangan mulusnya ketika memb elai tubuh si kecil ketika di bilik mandi pasti dinanti-nantikan mengguna kan produk yang lembut pada kulit. “Sama seperti ibu lain , saya melindungi anak terutamanya bab produk penjagaan kulit. Saya tak mahu apa-apa terjadi pada kulit mereka kesan dari gigitan nyamuk. Alhamdulillah kesan mengguna kan Avon Baby, kesan merah di kulit Ratu beransur pulih. Produk ini mengandungi ramuan semula jadi seperti Aloe Vera , Kamomil dan Vitamin E dan skin friendly. Masa yang terisi bersama Ratu cukup menyeronokkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan