Jumaat, 11 November 2011

IFFAH GOLD & PLATINUM KABULKAN IMPIAN KULIT LEBIH CERAH & MUDA







Tahun demi tahun yang berlalu, pelbagai tanda penuaan akan muncul tanpa anda sedari. Kedutan akibat reaksi wajah yang berulang-ulang, pori-pori kulit terbuka, pipi hilang keanjalan, kewujudan bintik gelap serta kekusaman menunjukkan betapa pentingnya penjagaan anti-penuaan sejak awal. Bermula usia 30 tahun, usaha untuk mencegah masalah ini sudah harus dipertingkatkan agar kecantikan tidak dimakan usia. Terkini, Syahirah memperkenalkan himpunan produk anti penuaan terbaru iaitu Iffah Gold & Platinum, sesuai buat anda yang tercari-cari suatu rumusan yang dijamin suci, segar dan halal.
Revolusi kecantikan Iffah di rumus secara eksklusif dalam kemasan serba mewah. Menerusi kajian, penggunaannya mampu menganjal, mencerahkan dan mengembalikan kemudaan wajah secepat 7 hari. Rahsianya? Tentu sekali pada rumusan ajaib iaitu serbuk emas 24K dan platinum, yang terkenal dengan keupayaan untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru agar wajah terlihat lebih muda dan ayu berseri. Bahkan, emas juga membantu untuk meningkatkan keanjalan kulit,mengurangkan kedalaman kedutan serta memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.
Himpunan Iffah telah didatangkan dalam lapan jenis produk unggul untuk melengkapi regim jagaan wajah anda. Selain emas dan platinum, ia diperkaya bahan peptida dan ekstrak gambir uncaria yang berfungsi sebagai agen antioksidan bagi membantu meningkatkan sintesis kolagen dan mengurangkan tanda penuaan yang ketara. Turut di rumus adalah ekstrak bengkuang, vitamin C, vitamin E, esen bio mineral dan sodium hyaluronate untuk mencerahkan serta membekalkan lembapan yang penting untuk mencegah kekeringan kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan