Jumaat, 11 November 2011

MEWAH EKSLUSIF DAN TERSENDIRI

MEWAH EKSLUSIF DAN TERSENDIRI

Ekslusif dan mewahi itulah yang terlintas di fikiran apabila mata terpesona menatap kediaman milik Nor Affandi dan Juliana Alwi. Diinspirasikan daripada sarang labah-labah, banglo berkeluasan 12,000 kaki persegi ini berlainan sama sekali hiasan dalamanya daripada kediaman lain yang pernah Nona singgah. Kediaman yang asalnya banglo dua tingkat lot tepi ini diubahsuai menjadi tiga ingkat beserta taman di atas bumbung pada tahun 2008 dan kerja-kerja tersebut siap sepenuhnya setahun selapas itu. Pengubahsuaian bernilai hampir 2.5 juta ini ternyata berbaloi kerana setiap perincian diambil kira dan dibuat penuh teliti.

Tugas mereka semula dan menata kediaman ini dipikul sepenuhnya oleh Muhsin Abdul Ghani dari Mag Builders Sdn. Bhd. Yang dikenali pemilik lewat majalah IMPIANA. Menurut Muhsin, keluarga ini mahu kediaman mereka terlihat lain daripada yang lain. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan, mereka sepakat menata kediaman ini berinspirasi sarang labah-labah.
Elemen Mewah Jadi Pilihan
Sebaik melangkah masuk ke dalam kediaman, anda akan disambut dengan bunyi-bunyian daripada water feature yang dibina pada dinding. Turut melengkapkan dinding ini ialah arca ikan yang diperbuat daripada tembaga. Muhsin juga mewujudkan dua ruang tamu dengan konsep dan fungsi berbeza untuk memberikan lebih keselesaan kepada pemilik. Di sebelah kanan kediaman ialah ruang tamu yang bersifat lebih formal, manakala di sebelah kirinya pula ialah ruang tamu lebih rileks dan santai. Ruang tamu sebelah kanan kediaman ini menerapkan konsep floating living menggunakan kaca, sekali gus menjadikannya lain daripada ruang tamu biasa serta menghadirkan persembahan ruang yang lebih mengujakan. Turut ditempatkan di ruang ini ialah set kerusi yang didatangkan dari Bali, pasu kayu besar sebagai titik fokal dan juga ruang storan. Sementara itu, apa yang menjadikan ruang ini tampak lebih mewah ialah dinding dan lantainya menggunakan kemasa timber laminated. Berhadapan dengan ruang tamu ini bahagian luar kediaman turut dibina sebuah tab mandi yang dikelilingi kolam ikan serta binaan water feature. Ilham ini adalah dari bahtera Nabi Nuh di mana tab mandi diibaratkan sebagai kapal dan kolam ikan pula adalah lautannya. Jadi, semasa mandi pemilik dapat melihat ikan berenang di sekelilingnya. Bagi melengkapkan lagi fungsi dua ruang ini, kerusi rotan dan kerusi kayu balak juga ditempatkan sebagai tempat untuk rileks dan bersantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan