Isnin, 14 November 2011

Yana bercinta dengan adik artis




 

SEORANG rakan ada menghubungi SS memaklumkan khabar mengenai, pelakon dan pengarah muda popular, Yana Samsudin atau lebih mesra di sapa Yana yang katanya kini menjalin hubungan cinta dengan adik seorang artis lelaki. Apapun, setahu SS Yana memang berkawan rapat dengan seseorang.
Kalau tak silap SS, lelaki yang rapat dengannya itu pun di kalangan orang industri juga. Namun, tidak pula SS tahu sama ada lelaki itu artis atau individu dalam persatuan.

Entahlah, kisah percintaan artis ada macam-macam dan sukar nak diramalkan.

Apapun, SS suka dengan sikap Yana. Walaupun dia kini sudah berada di tahap popular dan pernah menang anugerah, tetapi tetap ‘low profile’.
Click Here


SS boleh katakan, Yana seorang yang mesra dan tidak lupa asal usulnya.

Justeru, kalau betullah wujud percintaan antara Yana dengan adik kepada artis lelaki itu, SS doakan supaya hubungan dijalin kali ini berkekalan.

Bukan apa, dulu pun Yana pernah bercinta dengan pelakon dan pengarah Pierre Andre, namun terputus.

Biasalah, soal hati sukar hendak dijangka. Hari ini, mungkin boleh kata suka, tetapi esok dan lusa pula lain ceritanya. Apapun, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Sebagai makhluk-Nya, kita hendaklah sentiasa berdoa dipertemukan jodoh yang sesuai.

Kepada Yana, dengan siapa pun anda bercinta, SS tetap memberikan sokongan.

Malah, ingin juga SS ingat�kan pilihlah pasangan yang mampu membahagiakan anda. Bukan apa, SS sedih apabila membaca kisah artis yang akhirnya berpisah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan