Isnin, 14 November 2011

Yuna Unggul Mendominasi Malam AIM18

Yuna Unggul Mendominasi Malam AIM18

Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER2011: Penyanyi dan komposer Yuna atau Yunalis Zarai antara artis yang mengungguli Anugerah Industri Muzik yang ke-18 (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Yuna telah mendominasi 3 kategori pada malam berprestij tersebut dengan merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) serta satu anugerah khas,Artis Kembara.
Selepas Yuna, diikuti pula oleh seorang pendatang baru, Najwa Mahiaddin yang tidak kurang hebatnya apabila merangkul dua anugerah pada malam tersebut. Dua anugerah itu adalah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Manakala album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid milik ratu Jazz, Dato Sheila Majid ini pula berjaya merangkul Album Terbaik. Selain itu, lagu Jeritan Batinku nyanyiannya juga meraih anugerah Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu.
Sementara itu, lagu tema bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain nampaknya mendominasi 2 anugerah. Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim ini meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan Lagu Pop Terbaik.
Bagaimanapun, penyanyi Aizat Amdan pula tidak memenangi sebarang anugerah utama sebaliknya albumnya, Urusan Aizat Amdan merangkul anugerah Kulit Album Terbaik serta video muzik lagunya berjudul Susun Silang Kata meraih anugerah Video Muzik Terbaik.
Selain itu, kumpulan 6ixth Sense telah menerima anugerah khas aripada Celcom menerusi Artis Mobile Celcom Terbaik.
Bertemakan Bergemerlapan dan Glamor, anugerah yang dikemudikan oleh AC Mizal dan Zizan Razak ini telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), jam 9 malam.
Ramai artis yang hadir mengadakan persembahan yang bertenaga pada malam AIM18. Antaranya Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama,e 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam.
Menariknya, persembahan malam tersebut dimeriahkan lai dengan gandingan dua bintang muda Youtube Amerika Syarikat dan Malaysia iaitu Greyson Chance dan Najwa Latif menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga.
Manakala artis-artis hadir sebagai penyampai trofi adalah seperti Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Tony Eusof, Ziana Zain dan Fauziah Latif.
Berikut Senarai Penuh Pemenang AIM18
Artis Baru Terbaik - Najwa
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu -Jaclyn Victor,Shila Amzah,Ning Baizura/Beribu Sesalan
Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor
Lagu Nasyid TerbaikPedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed,Hafiz Tarmizi,Johan Nawawi/Nora Feat VOU
Lagu Rock TerbaikPelita/Loque/Loque/A.P.I
Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh
Kulit Album Terbaik -Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu -Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa
Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Anuar Zain / Sedetik Lebih
Video Muzik Terbaik -Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan
Album Terbaik -Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid
Lagu Terbaik - Yuna
Artis Kembara - Yuna
Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense
Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan