Rabu, 16 November 2011

Cinta Jarak Jauh

 

Setiap insan berhak bercinta dan dicintai. Setiap insan itu juga berhak untuk mendapatkan cinta yang terbaik untuk diri sendiri. Sebab itulah cinta tak boleh dipaksa untuk hadir, tetapi perlu lahir dari hati. Mendapatkan cinta itu susah, tapi mengekalkan rasa cinta itu lebih susah. Setiap pasangan yang bercinta itu pasti akan menghadapi pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Salah satunya terpaksa bercinta jarak jauh. Dan kebanyakan cinta putus di tengah jalan kerana halangan ini. Cinta jarak jauh, pemusnah cinta? Betul ke?

Cinta aku dan N dah lebih kurang tiga tahun. Tiga tahun berjauhan. 9/10 masa aku bercinta dengan N adalah cinta jarak jauh. 6 bulan pertama memang aku dan N dapat lagi berjumpa, kalau nak dating pun, boleh dikatakan dalam seminggu tu tiga kali jumpa sebab belajar kat tempat yang sama. Tapi lepas 6 bulan tu, masing-masing dah berpisah belajar kat tempat lain. Aku kat Shah Alam, dia pulak kat Perak. Dalam fikiran aku memang tak boleh lari daripada fikir cinta ni akan putus punya. Lebih-lebih lagi ini pulak cinta pertama N. Bukan mudah seseorang yang baru nak kenal erti cinta kena macam ni. Umpama isteri ditinggalkan suami selepas malam pertama la kirenya...

Tapi alhamdulillah dia tabah....kot? Bolehlah dikatakan tabah walaupun airmata selalu temankan dia. Biasalah perempuan, airmata pengubat hati.. Nak dapat jumpa pun sekali je dalam setahun tu. Itupun bawa dia pulang ke Melaka. Haa.. Lupa pulak nak bagitau. Aku tinggal kat Port Dickson, dia pulak kat Jasin, Melaka. Masalah jugak tu. Nasib baik teknologi dah maju. Senang je nak contact dia. 


Masa berlalu dan perhubungan aku dan N dah berusia setahun setengah. Aku diberi peluang untuk belajar ditempat yang sama dengan dia ataupun bagi dia belajar kat Universiti lain. Akhirnya aku buat keputusan belajar di universiti lain. Saja aku buat macam tu sebab aku dah ada pasang lagi tiga nak cukupkan madu 4. *Ok, itu gurauan bodoh* Akhirnya, beginilah sekarang. Aku di UiTM, dia di UPM.


Muhammad Fauzi
.

Sampailah sekarang masuk tahun ketiga. Sebab apa aku saja suruh belajar kat universiti lain, sebab kena fikir untuk kebaikan masing-masing. Bak kata orang tua-tua kampung aku, kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Jangan pulak belajar dicampur adukkan dengan dating, memang haram jadah jadinya. Lagipun aku nak dia belajar yang hidup perlu sentiasa terus pandang ke hadapan. Macam mana kalau suatu hari nanti, cinta ni putus? Macam mana kalau aku tiada lagi didunia ni. Boleh ke dia hidup tanpa aku? Ke dia hanya akan menangis apabila mengenangkan kenangan-kenangan lepas... Entahlah, hati orang sukar diduga. Sekurang-kurangnya aku cuba ajar dia sesuatu.

Kadang-kadang apabila aku tengok couple-couple yang dating sama-sama kat Tasik Shah Alam tu, rasa cemburu pun ada. Ikutkan hati, nak aje aku ngurat awek-awek jogging kat tasik tu petang-petang. Minah indon pun jadilah. Yang penting aku ada rasa seseorang disisi aku. Pergi kelas si lelaki yang jemput, makan pun sama-sama, semuanya bersama-sama. Aku apa ada? Handphone bodoh yang skrinnya dah pecah. Kalau telefon N pun selalu rasa macam aku borak dengan mesin/operator..Tapi aku percaya, kemanisan cinta tu kena simpan, nanti dah kahwin pun nak rasa cinta tu masih hangat. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan