Selasa, 8 November 2011

memilih pakaian dalam yang sesuai

KEBANYAKAN GADIS DI LUAR SANA SUDAH SEDIA MAKLUM BAHAWA  MEMAKAI BRA YANG SESUAI ADALAH SANGAT PENTING AGAR TIDAK MENGG ANGG U METABOLISME TUBUH DAN MELANCARKAN ALIRAN DARAH. NAMUN MASALAHNYA, PERKARA INI TETAP TERUS DIAMBIL RINGAN HINGG AKAN ADA YANG MEMBELI ‘ASAL BOLEH SAHAJA’ TANPA MEMIKIRKAN YANG IA SESUAI ATAUPUN TIDAK. PERLU DIINGATKAN, ADA BEBERAPA PENDAPAT DARIPADA PAKAR MENGATAKAN ANDAI TERSALAH MEMILIH BRA BOLEH MENJADIKAN PAYUDARA LEBIH KECIL, BENTUK PAYUDARA TIDAK SEIMBANG, MENURUN, MELEBAR KE TEPI HINGG ALAH RISIKO KEPADA KANSER PAYUDARA. JADI MULAI DARI SEKARANG, PASTIKAN KAMU MEMILIH BRA YANG BETUL. BERIKUT ADALAH TIP-TIP YANG PERLU DIIKUTI.
Pilih mangkuk bra yang tepat dan sesuai
Mangkuk bra secara umumnya berukuran 32A hingga 46B. Pastikan betul-betul saiz payudara kamu. Jangan membeli bra dengan mangkuk yang lebih besar daripada saiz payudara kamu. Meskipun perbezaan ukuran di antara bra dan payudara hanya berbeza sedikit, namun pengaruhnya cukup besar. Contohnya, payudara kamu kecil tetapi membeli bra dengan mangkuk yang lebih besar boleh mengakibatkan payudara akan membesar tidak sempurna serta menurun.
Jangan tertarik kepada rekaan semata-mata
Kini, sememangnya terdapat pelbagai rekaan yang menarik untuk bra. Namun  jangan tertarik pada rekaannya semata-mata kerana cantik belum tentu menjamin keselesaannya. Lebih baik kamu memilih bra yang sederhana dan warna yang sesuai dengan keinginan kamu. Misalnya, jika jenis besi tidak sesuai, kamu boleh memilih jenis biasa tanpa besi. Apa yang penting kamu selesa memakainya.
Hindari pemakaian bra daripada bahan kain
Ini tip paling penting untuk kamu yang kini dalam usia remaja kerana usia kamu adalah usia pertumbuhan. Pemilihan bra daripada kain boleh mengganggu perkembangan payudara kerana kain bersifat tidak elastik. Jadi, lebih baik memilih bra dengan material lembut contohnya daripada kain lycra. Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.
Pilihlah garis bra yang sesuai
Bentuk payudara yang melebar boleh memilih garis bra dengan garis horizontal. Manakala untuk payudara memanjang atau seperti buah betik pula boleh memilih garis bra vertikal. Jangan guna sebaliknya kerana payudara yang tidak sesuai dengan garis tersebut bukan hanya tidak selesa untuk dipakai, malah akan meninggalkan kesan ruang kosong dalam bra tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan