Malu-malu tapi mahu. Si dia pula tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk
memulakan hubungan intim. Diam membatu, seribu bahasa. Apa kata anda tunjukkan tanda isyarat pada si dia untuk menunjukkan yang anda mahukan hubungan intim?
Awal perkahwinan memang indah. Tanpa disuruh, pantas sahaja memulakan hubungan intim. Tapi, kadang-kadang hati terasa mahu namun sukar untuk meluahkannya. Malu-malu tapi mahu. Si dia pula tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk memulakan hubungan intim. Diam membatu, seribu bahasa. Apa kata anda tunjukkan tanda isyarat pada si dia untuk menunjukkan yang anda mahukan hubungan intim? Pasti dia tidak perlu tunggu masa yang lama bila digoda sebegitu.
Mandi Dengan Pintu Yang Terbuka Sedikit
Teringin untuk mencuba taktik ini? Hilangkan rasa malu anda itu. Tapi sebelum itu, pastikan tiada orang lain berada di rumah melainkan anda berdua sahaja. Jika tidak, pasti susah untuk anda lakukannya. Sekali sekala semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit namun jangan besar sangat. Cukup-cukup sahaja untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Kalau nampak sedikit pasti lebih menyeronokkan daripada nampak banyak, bukan? Kemudian, buat-buatlah seperti anda tidak perasan pintu terbuka.
Oppss…Tuala Terlepas
Jika si dia tidak perasan dengan keadaan pintu yang terbuka sedikit tadi, jangan putus asa. Cuba pula lakukan taktik ini. Andai si dia berada di dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, gunakan masa ini dengan sebaiknya. Buatlah seperti tuala terlepas daripada pegangan anda semasa hendak memakai baju. Pasti si dia terbeliak melihat anda dalam keadaan begitu. Langkah seterusnya, terpulanglah pada anda berdua!
Baju Jarang
Baju tidur yang sama kadang-kala pasti membosankan pasangan anda. Sekali-sekala, pakailah baju tidur yang jarang dan singkat sehingga menampakkan tubuh anda yang seksi itu. Pasti si dia tidak akan menunggu lama apabila melihat anda memakai baju tidur yang seksi itu. Senang bukan?
Bunga dan Lagu Romantik
Ubah suasana bilik! Taburan bunga ros di atas katil berserta lampu yang samar dan alunan muzik yang romantis pasti mendebarkan hati si dia. Tambahkan juga wangian yang mampu meningkatkan rasa ghairah pasangan tatkala masuk ke dalam bilik. Selain hati tenang, adegan seterusnya pasti menyeronokkan.
Kenyit-kenyit
Bukan kerana kenyit-kenyit disebabkan habuk, tapi kenyitlah dengan cara yang penuh menggoda. Masakan anda lupa bagaimana hendak mengenyitkan mata? Buatlah seperti masa bercinta dahulu. Masa mula-mula anda mengurat pasangan dahulu. Pasti seronok jika dapat mengusik si dia dengan cara ini. Tindakan seterusnya, terserah pada anda!
Jeling-jeling, Cuit-cuit
Kalau tenung lama-lama, pasti si dia marah. Untuk tidak menyakitkan hati sebaliknya menambat hati si dia, cubalah jeling-jeling. Anda cuba jeling-jeling manja pada si dia ketika membaca surat khabar atau ketika duduk di sebelahnya. Kemudian, sambil jeling-jeling, cuit-cuitlah sedikit supaya si dia terasa akan kehadiran anda. Tapi, bergantung pada keadaan jika mahu cuit-cuit itu. Jangan pula tersalah langkah, lain pula jadinya nanti.
Urut-mengurut
Urut-mengurut boleh dijadikan isyarat untuk membuktikan yang anda mahukan hubungan intim. Lakukan urutan yang manja tatkala anda menonton televisyen ataupun sebelum tidur. Sambil mengurut, ucaplah kata-kata yang romantis sehingga si dia pun tersenyum lebar melihat anda. Langkah seterusnya, pasti si dia tidak akan menunggu lama apabila berada dalam keadaan tersebut.