Khamis, 7 Mac 2013

4 Gaya Dandanan Rambut di Majlis Resepsi

4 Gaya Dandanan Rambut di Majlis Resepsi
4 Gaya Dandanan Rambut di Majlis Resepsi
Gaya Rambut A : Gaya sederhana dengan rambut lepas yang menawan boleh disuai padan dengan busana moden seperti gaun labuh yang menarik
Gaya Rambut B: Rambut dengan ilham sanggul tinggi ini sangat sesuai digayakan dengan busana berkolar tinggi dari fabrik renda. Aksesori melintang disematkan di bahagian bawah sanggul menyuntik elemen tradisional.
Gaya Rambut C : Gaya sederhana dengan dandanan rambut bersanggul gulung kecil dan ditambah pula aksesori permata menyuntik elemen kesederhanaan dalam majlis.
Gaya Rambut D : Riben aneka jenis digunakan bagi menambahkan lagi pesona gaya si dara jelita ini. Gaya rambut dengan sisipan kemas di bahagian belakang ini sesuai digayakan untuk majlis resepsi di malam hari.

 Tampil Manis Di Majlis Resepsi
Tampil Manis Di Majlis Resepsi
Terima Kasih Hani Kamarudin Dari Michael & Guys Hair Salon,
Majlis resepsi perkahwinan merupakan majlis yang sangat penting dan pastinya akan meninggalkan memori indah buat pasangan mempelai. Selain busana indah untuk dipakai di hari bahagia nanti, gaya rambut yang bersesuaian juga harus diberi perhatian.
 
Langkah demi langkah…
 
1. Sisirkan rambut menjadi kemas 
2. Ikatkan rambut supaya menjadi lebih tinggi di bahagian belakang.
3. Lebihan rambut di bahagian belakang disepitkan supaya menjadi lebih rapi.
4. Kemudian semburkankan rambut agar statik dari penjuru kanan ke kiri dan kiri ke kanan.
5. Sepitkan rambut supaya dandanan rambut kemas, dan akhir sekali letakkan beberapa kuntum bunga sesuai dengan tema majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan