Khamis, 7 Mac 2013

7 Cara Berbahagi Tekanan Rumahtangga

7 Cara Berbahagi Tekanan Rumahtangga
7 Cara Berbahagi Tekanan Rumahtangga
Bagi pasangan yang baru 'setahun jagung' mendirikan rumah tangga, pastinya masih mencari keserasian hidup sebagai suami dan isteri. Silap catur, sedikit sebanyak, rumah tangga pasti akan goyah. Sebagai isteri, anda perlu bangun awal untuk menyediakan sendiri sarapan untuk suami dan selepas itu terpaksa pula bergegas ke tempat kerja.
 
Begitu juga dengan suami. Pulang sahaja ke rumah, anda perlu membantu isteri mengemas rumah, memasak dan akhirnya bila malam menjelang anda akan tertidur keletihan. Beginilah rutin yang terpaksa dilalui setiap hari dan ada kalanya menjemukan. Namun, untuk mengurangkan tekanan tersebut, anda boleh mencuba beberapa tip yang disediakan ini:
 
1. BERKONGSI JAGA ANAK
Anda perlu bersikap terus terang dengan suami beban yang anda hadapi. Cuba beritahu dia walaupun anda menerima bayaran di luar rumah, namun anda masih melakukan kebanyakan kerja rumah tangga dan mengurus anak. Ajak suami agar sama-sama melakukan tugas tersebut. Pujuk dia dengan lembut dan katakan sikap bekerjasama itu penting dalam sesebuah rumah tangga. Jika anda terangkan dengan baik, pastinya suami akan memahami tekanan yang dihadapi.
 
2. WUJUD SUASANA CERIA
Kegembiraan adalah suasana penting untuk dikongsi bersama suami dan anak-anak. Gurau senda yang berlaku jika berkumpul bersama keluarga pastinya dapat menghilangkan sedikit tekanan itu. Kualiti masa yang dihabiskan oleh keluarga adalah penting untuk menghasilkan sebuah keluarga yang gembira. Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menganggap bahawa keseronokan bersama keluarga dan berdua-duaan dengan suami adalah sama penting dengan mencari wang, memasak makanan dan perkara lain dalam rutin harian.
 
3. PILIH MASA UNTUK BERSENANG LENANG
Anda mungkin mempunyai banyak idea menarik untuk dikongsi bersama suami. Namun, karenah anak-anak menyebabkan idea menarik itu terbantut. Apa kata anda cuba luangkan masa selama dua jam tanpa melakukan sebarang aktiviti rumah dan gunakan masa itu untuk bersama suami. Inilah masanya utnuk anda berkongsi cerita dengan suami dan relakskan diri bersama-sama.
 
4. SENTIASA TENANGKAN FIKIRAN
Setelah penat bekerja dan menguruskan rumah tangga, anda perlu merehatkan diri dan tenangkan fikiran. Lakukan dengan cara bersenam di rumah atau beriadah di kawasan sekitarnya. Permulaannya memang sukar untuk anda menghentikan otak daripada merancang dan berfikir sesuatu yang merisaukan. Bagaimanapun dengan latihan, anda pasti boleh melakukannya.
 
5. GURAUAN SPONTAN
Lakukan sesuatu lain daripada yang lain dengan secara spontan. Bayangkan anda sekeluarga sedang membasuh kereta atau menyiram pokok bunga sambil bermain pancut air. Ataupun anda sedang memasak atau memotong sayur bersamasama. Anda juga boleh mengajak suami berjalan-jalan di taman bunga seakanakan 'dating' seperti di awal perkenalan. Bersama suami atau pasangan, anda boleh mencuba pelbagai perkara untuk menghasilkan sesuatu perkara yang spontan dan menyeronokkan.
 
6. CUBA LAKUKAN SESUATU YANG BARU
Anda juga boleh lakukan sesuatu yang baru. Misalnya menjadi ahli kelab rekreasi. Pergi bersendirian atau bersama suami ke gim atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, memancing dan sebagainya. Selepas aktiviti ini, anda dan keluarga pastinya akan ketawa mengenangnya dan sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan yang dihadapi.
 
7. PERGI BERCUTI
Untuk mengurangkan tekanan juga, anda boleh pergi bercuti. Sama ada anda pergi berdua sahaja dengan suami ataupun dengan anak-anak. Pilihlah tempat peranginan yang menyamankan ataupun menikmati keindahan pulau. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan pastinya segala tekanan dan masalah akan hilang apabila bersama keluarga.

Kulit Wajah Berseri Dengan Pupur

Kulit Wajah Berseri Dengan Pupur
Kulit Wajah Berseri Dengan Pupur
Setiap orang memiliki warna kulit yang berbeza-beza disebabkan beberapa faktor. Jadi tiada siapa yang menginginkan wajah yang suram dan gelap, apalagi memiliki kulit tidak sekata di hari bahagia.
Semuanya ingin tampil cantik berseri, sebab itu ramai yang tidak kisah sekiranya terpaksa menggunakan bahan perawat yang dikatakan mampu memutihkan kulit, walaupun tahu ianya hanya memberi kesan sementara sahaja. Sampai bila anda hanya bertahan dengan berselindung di sebalik solekan?
Penggunaan masker adalah salah satu cara untuk mencantikkan kulit dengan menggunakan bahan-bahan daripada alam semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Khasiat masker pula ialah menegangkan dan melicinkan kulit. Kulit yang masih remaja sesuai menggunakan masker daripada sayuran contohnya mentimun, tomato, sengkuang, kentang dan lobak merah. Berikut adalah bahanbahan semulajadi untuk membuat masker yang dikatakan dapat membantu proses mencerahkan kulit secara semulajadi. Ia dapat memelihara, menghalus dan menyihatkan kulit.
MASKER SENGKUANG
Sengkuang amat digemari oleh mereka yang sering mengamalkan petua kecantikan semulajadi. Sengkuang dipercayai dapat mencerahkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi kulit. Paling elok sekiranya dikisar kemudian disapukan di muka yang telah dibersihkan. Masker sengkuang ini dikatakan mampu menghasilkan kulit yang cerah dan berseri seperti yang anda idam-idamkan.
MASKER KENTANG
Tidak ramai yang menggemari kentang kerana agak leceh untuk dikupas. Namun tidak dinafikan kentang mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Jangan tidak tahu, kentang turut dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Kentang juga mengandungi banyak khasiat dalam bidang kecantikan. Kentang dipercayai dapat melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi.
MASKER TIMUN
Tidak perlu bersusah payah dengan pelbagai jenama kosmetik. Cuba gunakan cara ini. Parut hujung mentimun dan campurkan dengan tepung jagung. Kacau dan sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan ia kering. Lakukan selama tiga kali seminggu. Hasilnya, wajah anda pasti lebih berseri dan cerah sentiasa.
MASKER APRIKOT
Aprikot banyak manafaatnya dalam bidang kecantikan. Aprikot sememangnya kaya dengan vitamin, mineral dan minyak semulajadi. Aprikot mengandungi vitamin A, C, E, zat besi, potasium, niasin serta protein yang jarang didapati dalam buah-buahan yang lain. Untuk melembapkan kulit, ambil isinya dan campur dengan tepung dan gosok dengan lembut ke wajah. Biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

Usah Biarkan Ia Mudarat...

Usah Biarkan ia Mudarat...
Usah Biarkan ia Mudarat...

Soal Jawab Bersama Pakar : Doktor Rohaya Ramli, Doktor  Perubatan Keluarga & Pengarah Bakti Healthcare Sdn.Bhd
 
Setiap hari kita sering dihidangkan dengan pelbagai permasalahan berkaitan hal-hal kesihatan dalaman. Tidak kira ia dilaporkan di media cetak mahupun perbualan harian, masalah ini tidak harus dipandang remeh. Ada sesetengah individu mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mencegahnya sendiri. Hal ini kadangkala boleh mengundang kepada kemudaratan kesihatan. Usah biarkan ia mudarat, rujuklah kepada pakar ataupun pihak yang lebih arif!
 
Soalan: Saya mengalami masalah di mana saya tidak terangsang apabila suami memegang, mencium atau menggigit puting payudara saya. Harap doktor dapat membantu.
 
Jawapan: Puan sedang mengalami masalah seksual wanita (Female sexual dysfunction). Masalah ini mungkin timbul disebabkan masalah fizikal seperti penyakit 'endocrine' (hormon) seperti 'Sheehan syndrome' (hampir semua hormon badan menurun), pengambilan ubat-ubatan seperti ubat 'anti dressant' (anti-kemurungan), pengambilan alkohol dan diabetes. Ataupun ia berpunca dari segi mental/psikologikal seperti: 
  • Stres (kepenatan atau memikirkan sesuatu masalah). 
  • Masalah hubungan dengan suami (salah faham, marah, benci, takut). 
  • Sejarah trauma seksual di masa lampau. 
  • Membesar dalam keluarga yang sangat tegas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan seks. 
  • Perasaan takut untuk mengandung atau takut dijangkiti kuman melalui hubungan seks.
  • Perasaan negatif seperti rasa bersalah, marah, sedih dan lain-lain. Penyakit mental seperti kemurungan.
Soalan: Sejauh manakah benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa masalah senggugut yang dialami oleh wanita ketika haid akan hilang sebaik sahaja dia berkahwin?
 
Jawapan :Ini hanyalah satu mitos. Senggugut adalah satu perkara biasa yang berlaku pada hari pertama hingga hari ketiga kitaran haid. Jika ia terlalu kuat dan berlaku sebelum, keseluruhan atau selepas darah haid turun, mungkin ini disebabkan oleh penyakit Endometriosis. Senggugut tidak akan berhenti apabila seseorang itu berkahwin. Jika setiap kali haid, senggugut ini terlalu kuat atau lama, maka wanita tersebut harus berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.
 
Soalan:Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup tidak sihat dan bagaimana ia menyumbang kepada terjadinya permasalahan mati pucuk?
 
Jawapan : Gaya hidup tidak sihat termasuklah merokok, mengambil alkohol, pengambilan dadah merbahaya, tidak bersenam dan makan makanan yang tidak seimbang dan masalah obesiti. Juga tidak tahu mengendalikan stres dalam hidup. Semua ini boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk.
 
Soalan: Saya pernah terlanjur dengan bekas kekasih saya. Beberapa bulan lagi saya akan berkahwin dan saya amat risau jika si dia tahu yang saya sudah tidak ada dara lagi. Saya takut untuk berterus terang dengannya. Bagaimanakah caranya untuk saya menunjukkan kesucian saya kepadanya?
 
Jawapan: Pendarahan biasanya berlaku apabila seorang wanita melakukan hubungan seksual pada pertama kalinya. Tetapi ini bukanlah seratus peratus. Jika anda tidak berterus terang tentang kesucian anda dengan bakal suami dan beliau mengesyakinya selepas malam pertama, banyak masalah akan timbul. Adalah lebih baik untuk berterus terang, jika bakal suami benar-benar mencintai anda, beliau akan memaafkan dan menerima anda sebagai bakal isterinya.
 
Soalan: Sejak mendirikan rumahtangga dua bulan lalu, saya mengalami masalah kerap membuang air kecil selepas berhubungan intim dengan suami. Adakah saya mengalami masalah lemah pundi kencing?
 
Jawapan: Anda berkemungkinan besar mengalami jangkitan kuman pada pundi atau saluran kencing, bukan masalah lemah pundi kencing. Perkara ini selalu terjadi pada pasangan yang baru berkahwin dan ia dikenali sebagai “honeymoon cystitis”. Silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan air kencing. Ia boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik.
 
Soalan: Apakah kesan pengambilan ubat untuk menguatkan tenaga batin terhadap lelaki?
 
 
Jawapan: Pertama sekali punca lemah tenaga batin harus diketahui dahulu melalui pemeriksaan fizikal dan darah oleh doktor. Jika ia berpunca dari penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan tinggi kolesterol darah, maka masalah ini harus ditangani dahulu dan dikawal sepenuhnya. Jika tidak, ubat-ubat penguat tenaga batin tidak akan berfungsi. Jika lemah tenaga batin disebabkan oleh masalah psikologi dan bukan fizikal, rundingan dengan pakar psikiatri dan rawatan-rawatan tertentu boleh membantu.

Sajian Cinta Penambat Selera Suami

Sajian Cinta Penambat Selera Suami
Sajian Cinta Penambat Selera Suami
Penyelaras / Teks: Farah Suhaidah Othman Foto: Ahmad Shahir Osman Resepi: Chef Lim Teng Kooi, Hotel Cititel, Pulau Pinang Terima Kasih: Ms. Foo Siew Lin, Pengurus Komunikasi, Hotel Cititel, Pulau Pinang.
Meskipun kekangan waktu menghalang untuk duduk berduaan menikmati santapan romantis bersama, namun dengan resepi mudah ini, anda pasti mampu menghidangkannya bagi menambat selera suami.
 
Resipi 1 : Mee Udang Hokkien
 
Bahan-bahan: 
  • 300 gm Cili boh atau pes cili
  • 600 gm Air rebusan udang 
  • 3 kg - Tulang ayam 
  • 2 kiub - Gula batu 
  • 15 gm - Garam 
  • 2 liter - Air 
  • 250 gm - Mi kuning
Cara masakan: 
Rebus tulang ayam bersama gula batu dan garam selama satu jam untuk menghasilkan stok. Kemudian, gorengkan cili boh sehingga naik minyak. Masukkan udang dan biarkan sehingga tumisan kering. Kemudian, masukkan stok rebusan dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Setelah itu, hidangkan bersama mi kuning, bihun, kangkung, daging ayam dan hirisan telur rebus. Untuk menambah rasa, tambahkan sedikit bawang goreng sebagai pelengkap sajian. 180 gm - Bihun 200 gm - Kangkung (dicelur) 150 gm - Daging ayam (direbus dan dihiris halus) 2 biji - Telur (direbus masak) 150 gm - Tauge
 
Resipi 2 : Lamb Shank Rebus Ala Cititel
 
Bahan-bahan: 
  • 5 kg - Betis kambing 
  • 260 gm - Tomato 'coulis' 
  • 150 gm - Lobak 
  • 120 gm - Daun saderi 
  • 200 gm - Bawang merah 
  • 150 gm - Bawang putih 
  • 50 gm - Daun 'bay' 
  • 15 gm - Lada hitam 
  • 125 gm - Garam 
  • 1 kg - Labu 
  • 0.15 - liter susu 
  • 125 gm - Krim putar 
  • 1 kg - Bayam 
  • 120 gm Mentega 
  • 5 liter - Air 
Cara Masakan: Basuh betis kambing dengan air. Kemudian perap dengan garam dan lada selama 30 minit. Gril atau panggang betis kambing sebelum direbus. Sementara itu, potongkan bawang, daun saderi dan lobak. Panaskan periuk dengan mentega dan goreng bahan-bahan yang dipotong tadi sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan daun 'bay' dan tomato 'coulis' dan masukkan air. Biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan betis kambing dan perlahan api. Biarkan rebusan kambing tersebut selama 2 jam. Sementara itu, kukus labu sehingga empuk. Kemudian, lecek labu tersebut dan panaskan semula bersama krim dan garam. Setelah itu, gorengkan bayam dengan mentega dan tambahkan sedikit garam. Setelah betis kambing sudah empuk, hidangkannya bersama labu lecek bersama bayam.

Olesan Buah-buahan Segar

Olesan Buah-buahan Segar
Olesan Buah-buahan Segar
Bakal mempelai boleh menggunakan buah-buahan segar seperti epal, oren dan strawberi yang diproses untuk rawatan wajah. Ia boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang mahal. Buah-buahan ini selain menyihatkan tubuh badan, ternyata ia ramuan mudah untuk olesan wajah.
Buah Oren
Buah oren merupakan sumber vitamin C yang baik, mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamine, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, zat besi, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Hal ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandungi 60 – 80 kcal kalori.
 
Buah oren merupakan antioksidan yang sangat baik kerana mempunyai vitamin C. Vitamin ini mudah larut air dan memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga mampu membantu proses penyembuhan luka.
 
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Hal ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit daripada pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga mampu memperkuatkan sel-sel kulit sehingga ia dapat memperbaiki jaringan yang rosak dengan lebih cepat.
 
Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.
 
Buah Strawberi
Selain buah oren, strawberi juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Warna merah pada strawberi masak terdapat banyak khasiatnya. Ia kaya dengan pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi. Tujuh zat antioksidan yang ada pada buah strawberi lebih tinggi dibandingkan dengan buah atau sayuran lain dan ianya lebih efektif untuk mencegah proses oksidasi pada tubuh.
 
Oksidan ialah proses penghancuran jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan. Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih.
 
Untuk mencantikkan wajah dengan menggunakan buah strawberi, anda boleh melakukannya di rumah. Pertama sekali campurkan tiga buah strawberi dan sesenduk teh madu, setelah itu hancurkan dan pastikan tidak terlalu hancur. Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Setelah masker sudah mengering, gosokkan dengan gerakan melingkar untuk meluruhkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah. Setelah itu, basuh dengan air suam. Lakukan rawatan ini seminggu sekali. Vitamin C pada buah strawberi berkhasiat untuk mencerahkan kulit dan khasiat madu adalah untuk melembapkan kulit.
 
Buah Epal
Keunikan buah epal ialah ia tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan. Epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekaligus dapat mengurangkan kolesterol darah. Buah epal sesuai digunakan untuk wajah yang berminyak. Caranya dengan mengambil 1 biji buah epal, kemudian dipotong-potong dan masukkan ke dalam pengisar.
 
Kemudian, kisar epal sehingga halus tanpa menggunakan air. Setelah dikisar sapukan secara merata pada wajah anda. Sebelum menyapunya seeloknya anda membersihkan dahulu wajah. Setelah penyapuan tersebut, biarkan ia selama 20 minit dan kemudian bersihkan wajah dengan air suam berserta air sejuk untuk membiarkan liang-liang pori terbuka. Lakukanlah seminggu sekali untuk kesan terbaik. Dengan khasiat buah-buahan ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan wajah anda segar dan cantik secara alami tanpa menggunakan ubat-ubat kecantikan.

Ciuman Asmara Hangatkan Hubungan

Ciuman Hangatkan Hubungan
Ciuman Hangatkan Hubungan
Mencapai kemuncak nikmat hubungan di ranjang bersama-sama tentu membangkitkan rasa bahagia dan kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya sanubari dapat menyelami erti bahagia yang dikecapi dan mampu diluahkan dengan tindakan penuh kasih sayang. Seiring impian untuk mengecapinya dalam setiap aksi hubungan intim yang dilakukan, ada rahsia yang tersembunyi.
Kebanyakkan pakar hubungan seks menekankan ciuman, kucupan dan cumbuan adalah penting untuk membangkitkan nafsu dan ghairah sebelum memulakan hubungan seks. Ternyata menikmati indahnya pelayaran cinta bersama pasangan yang dimulai dengan seni cumbuan yang berkesan, sebenarnya mampu membibitkan suatu  ransangan yang misteri dan menjadi titik bermulanya aksi di ranjang penuh kenikmatan.
 
Tidak dinafikan, mengenali beberapa jenis ciuman dan mempraktiskannya kepada pasangan secara tidak langsung akan menyuntik variasi kesinambungan dalam menghangatkan hubungan seks. Sebenarnya terdapat pelbagai teknik dan seninya yang tersendiri. Antara beberapa gaya yang cukup disenangi dan digemari sama ada oleh lelaki mahu pun wanita, antaranya seperti :
 
Ciuman Pembuka
Jenis ciuman ini dilakukan secara bersahaja sebagai tahap awal melakukan aktiviti seks. Biarpun dilakukan dengan bersahaja dan tenang, namun ciuman jenis ini juga mampu memberikan perasaan mesra dan menerbitkan gelora di jiwa.
 
Ciuman Kering
Ini merupakan langkah seterusnya setelah mempraktiskan ciuman pembuka pada pasangan. Tekniknya dengan sedikit membuka mulut saat berciuman, hembuskan sedikit angin melalui mulut kemudian rapatkan secara lembut bersama-sama perasaan mesra kepada pasangan. Tahanlah sebentar untuk menikmati getaran-getarannya. Setelah itu angkat perlahan-lahan dan lakukan gerakan tersebut berulang-ulang.
 
Ciuman Basah
Dalam keadaan bercumbu, mainkan lidah anda sehingga menyentuh kulit pasangan. Selain membasahi daerah-daerah ransangan seks anda juga boleh melakukannya di kawasan yang digemari oleh pasangan anda.
 
Ciuman Sensasi
Teknik dilakukan dengan menggoda pasangan sehingga merasa ghairah. Setelah itu diteruskan dengan ciuman yang lebih bergelora. Caranya wajah suami menghampiri ke wajah isteri, kemudian sentuh bibir pasangannya dengan bibir atas sambil mendesah penuh godaan.
 
Ciuman Keliling
Maksud dari teknik ciuman ini adalah lidah dimasukkan ke dalam rongga mulut pasangan dan di sana bermulanya penjelajahan ke semua kawasan mulut. Mula-mula lidah menelusuri langit-langit mulut dan kemudian bersatu bersama lidah pasangan.
 
Ciuman Singa Menari
Ciuman singa menari adalah teknik melakukan ciuman di seluruh bagian tubuh pasangan dengan sentuhan-sentuhan dari bibir yang romantis. Ciuman ini dimulai dari bibir atas, lalu bibir bawah, leher, belakang telinga, dada dan seluruh tubuh badan.
 
Ciuman Bergema
Teknik ciuman ini dilakukan dengan iringan rengekan, ia bertujuan untuk merangsang nafsu pasangan. Caranya dekatkan bibir pada hujung rahang yang berdekatan dengan telinga, kemudian geserkan bibir pada sisi rahang sambil mengerang. Lalu bibir mendekati telinga kemudian mainkan lidah di atas lubang telinga. Adegan ini akan membangkitkan ghairahnya yang tersendiri.
 
Kuasa ciuman yang hebat akan membuatkan hubungan seks semasa berasmara lebih nikmat dan mengasyikkan. Dalam erti kata lain, aksi dan babak bercumbuan menjadi adegan utama ‘pemanasan’ aksi sebelum menemui titik kepuasan hubungan seks.

Seni Bicara Suami Isteri

Seni Bicara Suami Isteri
Seni Bicara Suami Isteri
Bicara atau tutur kata suami isteri seharusnya mempunyai ramuan yang bersifat kasih sayang dan penuh rasa hormat menghormati.. Tidak dinafikan menghadirkan seni komunikasi yang sihat di antara kedua-dua belah pihak akan mampu memupuk dan menyemai rasa cinta agar terus subur dalam kerukunan, keharmonian dan kebahagiaan yang berpanjangan.
 
Walaupun komunikasi tidak hanya terhad kepada pertuturan atau aspek komunikasi lisan sahaja tetapi ini ditekankan kerana salah faham paling kerap berlaku akibat bicara yang kurang berkesan.
 
Menyedari komunikasi dalam rumah tangga adalah sangat penting, kerana melalui proses komunikasi inilah dapat dibaca isi hati sebenar seseorang itu. Oleh itu pelajari beberapa seni berbicara untuk dipraktiskan bersama dalam menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri yang bahagia.
 
1. Ungkapkan kata-kata yang santun dan ikhlas
Tentu sahaja jika skil berbicara yang lemah lembut dan santun yang dituturkan antara kedua-dua belah pihak akan membuai rasa damai di dalam jiwa sepanjang waktu. Jika pun ada pasangan melakukan kesalahan, ditegur dengan penuh kelembutan dan bijaksana. Ternyata kuasa bicara nan lembut ini tidak pernah mengecewakan untuk dipraktiskan dalam membentuk perhubungan yang lebih baik buat pasangan suami isteri.
 
2. Sahut dengan panggilan manja
Panggilan ‘abang’ buat suami dan ‘ayang’ buat isteri kedengaran lebih romantis berbanding mempraktiskan panggilan ‘awak’ kepada pasangan. Kekalkan menggunakan panggilan manja tersebut walaupun dihadapan anak-anak mahu pun di khalayak ramai. Tentu sahaja dengan panggilan manja ini akan menghadirkan rasa begitu dihargai dan disayangi oleh pasangan, umpamanya sebagai simbolik kepada luahan rasa cinta buat pasangan.
 
3. Pilih masa dan situasi untuk berbicara
Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah memilih masa yang sesuai untuk memperkatakan sesuatu terutama sekali dalam memberikan teguran dan kritikan. Setiap pasangan perlu memilih masa dan suasana yang tepat terutama sekali dengan isteri atau suami kerana dengan cara ini dapat dikurangkan kesan negatif teguran tersebut. Kadangkala sesuatu teguran itu boleh diterima sekiranya dilakukan sesuai dengan situasinya.
 
4. Jadi pendengar yang setia
Belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia kepada pasangan anda. Beri tumpuan tiap kali dia berbicara. Lihat anak matanya dan cuba fahami secara ikhlas apa yang dipertuturkan. Ternyata, perhatian yang anda berikan ini akan membuatkan hati si dia berasa begitu dihargai.
 
4 Perkara Yang Harus Dihindari Dalam Suami Isteri
 
1. Jangan membisu
Selalu mengambil langkah berdiam diri bukanlah satu perkara yang bijak. Jika terjadi sesuatu masalah atau konflik, usah membisu dan mendiam diri. Berterus teranglah dan jangan sesekali berfikir “lantak kau lah”, “engkau engkau, aku aku”.
 
2. Jangan berleter
Tiada siapa pun suka untuk dileteri, baik suami mahu pun isteri. Jadi cuba kawal emosi dan fahami pasangan. Jika ada kekurangan dalam rumah tangga seharusnya cari punca penyelesaiannya, agar hidup berumah tangga lebih harmoni.
 
3. Jangan mengugut
Jangan sesekali mengugut suami atau isteri. Jangan ungkapkan perkataan “Derhaka!”, “Aku tak redha dengan apa yang aku beri”, “Berani kau balik lewat, tidur luar!”. Ayat-ayat sebegini tidak harus dilafazkan di dalam rumahtangga. Sebelum membuat ugutan, lihatlah pada diri sendiri. Adakah diri itu telah sempurna menjadi seorang suami atau isteri yang  terbaik?
 
4. Jangan menuduh
Jangan selalu menuduh pasangan tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh. Buangkan perasaan curiga. Percaya kepada pasangan kerana masing-masing sudah pun mempunyai tanggungjawab yang berat selepas berkahwin.