Isnin, 7 Mei 2012

(Tahniah) Fasha Sandha Sah Milik Jejai

 dalam kategori Menarik, Selebriti, Tempatan
Share95
Alhamdulillah. Majlis pernikahan antara Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) telah selamat berlangsung dengan meriahnya. Majlis yang dijalankan di tingkat 30, Windows on KL, Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh keluarga, para selebriti dan juga para media. Lebih 300 tetamu telah hadir ke majlis bertemakan rona lavender kedua mempelai ini. Linda Onn turut dijemput menjadi pengacara majlis untuk akad nikah malam tadi.
Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha kini menjadi milik Jejai tepat jam 9.45 malam. Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Mohaiddin sambil disaksikan oleh Mohd Shahirman. Fasha kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini. Fasha disolek oleh jurumekap terkenal, Saidatulnisa yang merupakan adik-beradik penyanyi rock Ella.
Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang. Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok dan isteri, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Di majlis nikah ini, Jejai telah menyerahkan mas kahwin RM8,888.88 kepada Fasha. Mesti ada alasan angka 8 ini dipilih bukan.
Fasha bersyukur majlisnya telah selamat disempurnakan dan sangat berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan media yang sudi memeriahkan majlis nikah mereka.Majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai pula bakal diadakan di Pusat Peranginan Bali, Indonesia dan hanya seramai 100 jemputan sahaja yang diundang.
Alhamdulillah…
OH ARTIS: TAMATLAH KONTROVESI PERCINTAAN MEREKA. DOAKANLAH YANG TERBAIK UNTUK PASANGAN YANG BARU MENDIRIKAN MASJID INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan