Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Sumber: Sinar Harian



addthis kongsi icon
Dakwaan Bukan Anak Jimmy Shanley

SHAH ALAM, 8 MEI 2012: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam, bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandungkan anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy Shanley.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.
Bekas pengacara Trek Selebriti dan AF8 itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.
Bagaimanapun, Jimmy Shanley memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.
Terdahulu, Jimmy memberitahu pada 24 Januari 2011, dia telah pergi ke rumah ibu mentuanya dan mendapati Suhaila sedang berjudi dengan seseorang di tingkat atas rumah berkenaan.
Dia yang kecewa lantas menghantar SMS kepada Suhaila memberitahu perasaan terkilannya pada petang hari yang sama.
Pada ketika itulah Suhaila membalas SMS berkenaan untuk mengugut menggugurkan kandungan.
Jimmy Shanley pada prosedur itu turut membacakan keratan SMS berkenaan yang berbunyi: "Ni kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you kalau I mengandung."
Jimmy Shanley kemudian membalas SMS itu dengan bertanyakan jika bukan dia, anak siapa yang dikandung isterinya dan akan berbinkan atau berbintikan siapa. Jawapan yang diterima Jimmy: "Anak haram mampus pi la ada aku kisah? Mampus pi la ada aku kisah mengandung anak sapa pun?"... "Bin Abdullah"
Pada prosiding itu juga, Jimmy telah mengemukakan beberapa alasan yang menunjukkan isterinya nusyuz. Antara lain, Suhaila dikatakan menghilangkan diri 16 hari tanpa izinnya selepas ditegur supaya berubah.
Selain itu, Suhaila dikatakan bercuti di China tanpa izin Jimmy Shanley dan pengacara itu mendakwa isterinya masih berjudi walaupun sudah banyak kali dia merayu supaya berubah.
Jimmy Shanley menfailkan permohonan kembali taat terhadap Suhaila pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Permohonan itu dikemukan selepas Jimmy dan Suhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir 24 Jun tahun lalu.