Isnin, 5 Mac 2012

Awet Muda Walau Sudah Berusia

Seiring dengan pertambahan usia, kulit wajah juga akan mengalami pelbagai perubahan. Andai sebelum ini kulit tegang dan muda tetapi kini sudah mula menampakkan tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, munculnya garis-garis halus dan sebagainya lagi.
Biarpun tua itu pasti berlaku pada semua orang, namun jika pandai menjaga kesihatan dan kecantikan, maka tidak mustahil ada yang boleh kelihatan awet muda biarpun sudah berusia.
Dalam hal ini perhatikan perkara-perkara berikut :
Ambil berat bahagian leher
Apabila wajah memasuki usia 30-an dan ke atas, leher merupakan bahagian yang paling mudah mendedahkan tanda-tanda penuaan dengan kulit nampak berkedut. Pemili han bahan asas dalam krim juga perlu dititikberatkan. Sebaiknya, pilih produk yang mengandungi bahan ber asaskan anti oksida, vitamin C, A dan E yang boleh membantu menye garkan kembali kulit yang nampak letih atau kusam.
Lindungi kulit
Selain penggunaan krim, bagi anda yang gemar menghabiskan masa di bawah sinar matahari tanpa perlindungan, pastinya waktu inilah akan mula menampakkan tanda-tanda kesan akibat terdedah pada sinaran matahari.
Pun begitu, masih belum terlambat untuk mulai melindungi kulit pemakaian krim pelembap yang baik atau bedak asas dengan SPF 15 akan membantu melindungi kulit dari kesan negatif sinar matahari setiap hari. Justeru, penting untuk kita tidak mengabaikan sapuan krim pelindung cahaya matari dan pelembap pada bahagian ini.
Cukupi keperluan air
Ketika kita berfi kir tentang dehidrasi, biasa nya kita berfikir tentang rasa dahaga atau haus akibat kekurangan air. Sebenarnya, kulit kita juga boleh terasa haus, baik dari dalam mahupun luaran. Minum banyak air adalah cara mudah untuk meningkatkan penampilan kulit dan kesihatan secara keseluruhan.
Selain memastikan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan gelas atau 2 liter sehari, anda juga perlu menggunakan pelembap bagi memastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan tidak kering terutama bagi anda yang bekerja dalam suasana berhawa dingin. Ini sekali gus membantu wajah kekal awet.
Teknik solekan perlu sesuai
Pemilihan teknik memakai solekan juga tidak kurang pentingnya. Ini bagi memastikan kulit tetap sihat dan kelihatan muda. Hindari memilih bedak asas atau foundation yang tidak sesuai dengan kulit wajah kerana ia akan menyebabkan wajah nampak lebih tua.
Sewaktu memilih bedak asas, pastikan ia mempunyai kandungan pelindung cahaya matahari bagi membantu melindungi kulit. Selain itu, pilih yang boleh membantu menutupi masalah kulit wajah terutama garis-garis halus di wajah sekali gus dapat membantu menutupi kesan-kesan penuaan.
Makin Ayu Bila Bertudung
Tampil sebagai wanita muslimah lengkap bertudung seharusnya ada aturan yang perlu diikuti. Tidak terkecuali dalam hal solekan. Langkah solekan berikut boleh dipraktikkan bagi anda yang bertudung agar kelihatan lebih ayu.
Mata
Amat penting bagi memastikan kening dalam keadaan rapi kerana kening yang berselerak akan membuatkan wajah nampak kusam. Bagi anda yang gemar kening semula jadi memadai dengan merapikannya. Setelah itu, kemaskan lagi bentuknya dengan pensel atau berus kening.
Shading
Membentuk shading penting untuk memperlihatkan wajah tatkala bertudung. Ada berpendapat, bagi mereka yang bertudung tidak perlu menyapu shading, tetapi ia bergantung pada bentuk wajah seseorang.
Untuk sapuan shading, mulakan dari bawah tulang pipi supaya wajah nampak lebih tirus. Manakala untuk wajah bentuk oval atau segi tiga, sapuan shading boleh dikenakan pada bahagian hujung dagu bagi ‘melembutkan’ wajah.
Pilihan warna
Pilihan warna solekan mestikan sesuai dengan warna tudung yang dipakai. Jika memakai tudung warna gelap atau bermotif sarat, sebaiknya pilih solekan warna-warna lembut. Manakala jika memakai tudung rona terang atau natural, apa kata cuba rona-rona yang lebih terang dan bermain warna terutama untuk solekan di bahagian mata.
Selain itu jenis solekan juga perlu diambil berat. Memadai mengenakan solekan natural atau sekadar sapuan bedak dan sedikit sentuhan lip gloss pada bibir untuk kesan lebih segar dan ceria jika bersantai. Sebalik nya, solekan tebal sesuai digaya kan untuk majlis makan malam. Pun begitu, pasti kan solekan yang dikenakan tidak terlalu ber lebihan.
Tip Urut Wajah
Mulakan dengan mengangkat kening setinggi yang boleh dan kemudian relak. Selanjutnya buka mulut selebar yang boleh dan kemudian julurkan lidah anda seketika. Setelah itu, cubit dengan lembut sepanjang garis kening anda untuk membantu merangsang otot.
Hal ini membuat kelopak mata anda jatuh. Kemudian dengan lembut tepuk-tepuk pipi dengan jari anda. Lihat hasilnya. Lakukan urutan wajah ini pada waktu pagi dan malam hari.

1 ulasan:

Bila Bulan Berwarna Jingga berkata...

tips yang berguna nie..almaklumlah dah meningkat dewasa nie..

Catat Ulasan