Tahniah buat Irma Hasmie kerana telah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Reza Syah Azmeer pada hari sabtu yang lalu di rumah Irma sendiri di Desa Coafiled, Sungai Buloh.. Majlis pertunangan Irma Hasmie yang diadakan secara sederhana tu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis. Irma Hasmie pada hari bersejarah tu telah tampil dengan busana aquamarine pearl white drapping dress rekaan Hatta Dolmat.
Sebagai tanda ikatan pertunangan, Irma Hasmie telah menerima sebentuk cincin berlian yang telah disarungkan oleh ibu Reza sendiri serta tujuh buah dulang hantaran yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.
Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang yang berupa sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.
Dengarnya Irma Hasmie bakal bernikah pada 1 Julai tahun ni.. Majlis pernikahn Irma dan Reza nanti akan diadakan di Keramat Hall, Kuala Lumpur.. tarikh tersebut telah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pada hari pertunangan mereka yang lepas..
MyGosip harap segala perancangan dan persiapan majlis perkahwinan Irma Hasmie dan reza ni akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar Irma dan Reza semasa majlis pertunanagan mereka kat bawah ni…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan