Sabtu, 3 Mac 2012

Marah & Memaafkan







Semua orang pasti pernah marah. Kerana marah merupakan sifat fitrah yang dimiliki oleh semua manusia. Bohong besar jika ada orang di dunia ini yang mengaku dirinya tidak pernah marah.
Secara amnya,  manusia diciptakannya sebagai makhluk yang bersosial yang sentiasa berinteraksi dengan orang lain, sangat mungkin  terjadinya perbezaan pendapat dan watak yang boleh memicu kepada kejengkelan dan kemarahan. Hal ini sangat sangat biasa, terutama dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan suami isteri seringkali tak boleh dihindari.

Bukankah Rasulullah telah bersabda :
Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.” (HR. Bukhari)
Umar bin Khaththab a pernah berkata di dalam khutbahnya, “Orang yang beruntung di antara kalian adalah orang yang terjaga dari ketamakan, hawa nafsu, dan amarah.”


Apabila Kita Terlanjur Marah
Bagaimana bila kita terlanjur marah? Hendaklah kita segera sedar, dan berusaha mengekang dirinya agar kemarahannya tidak terus berkelanjutan.
Segera minta maaf merupakan langkah tepat untuk meredam suasana, agar kemarahan tidak bertambah dengan sederet efek negatif yang mengancam keutuhan keluarga. Bila suami yang khilaf terbelenggu oleh nafsu amarah, segeralah meminta maaf kepada isteri. Isteri juga harus berlapang dada untuk memaafkan si suami.
Semoga amarah yang disesali dan minta maaf akan menjadi pembersih dosa orang yang dimarahinya.
Rasulullah  bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah manusia biasa. Oleh kerana itu, sesiapapun kaum muslimin yang telah aku maki atau aku laknat, jadikanlah hal itu sebagai penyucian dan rahmat baginya.” (HR. Muslim)
Kita semua berharap, bila suatu ketika kita khilaf dan terlanjur marah, semoga kemarahan kita menjadi rahmat bagi orang lain. Yakni saat kita segera sedar, menyesal dan meminta maaf dengan kekhilafan kita.

Dua Jenis Marah: Marah Terpuji & Tercela
Marah sering diklasifikasikan menjadi dua jenis. Pertama, marah yang terpuji, iaitu bila dilakukan dalam rangka membela diri, kehormatan, harta, agama, hak-hak umum atau menolong orang yang dizalimi. Kedua, marah yang tercela, yakni marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri.
Dalam kehidupan keluarga, seorang isteri akan menerima kemarahan suami, bila suaminya marah dengan landasan keagamaan yang kukuh. Suami marah kerana ingin membela prinsip agama yang mungkin dilalaikan oleh isterinya. Inilah marah yang berbaloi, marah yang berkualiti.
Suami marah tidak semata-mata kerana perkara-perkara yang bersifat keduniaan, atau hal-hal remeh yang tidak memiliki kaitan dengan agama. Suami marah kerana didasari alasan yang bersifat syar’ie, walaupun itu harus, tetapi ia masih lagi dalam batas kewajaran dan tidak boleh berlebihan.
Marah seperti inilah yang pernah dilakukan Rasulullah dalam hidupnya. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud bahawa dia berkata, “Kami pernah bersama Rasulullah  melalui sebuah sarang semut yang telah dibakar.
Nabi lalu marah dan bersabda, ‘Sesungguhnya tidak patut bagi manusia untuk menyiksa dengan siksaan Allah’.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)


Penutup : Berikan Kemaafan, Tenangkan jiwa
Kunci kelapangan jiwa dan ketenangan hati adalah di dalam roh kita ini tiada kebencian terhadap orang lain. Dan ia adalah salah satu dari kunci-kunci syurga.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Sebab itu, Islam menganjurkan bermaafan.
Sebab dengan kemaafan, hati manusia itu akan bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan