Rabu, 4 Januari 2012

Tembusi Dunia Muda Bersama Samsung Galaxy Y


Tembusi Dunia Muda Bersama Samsung Galaxy Y
KL, 22 DIS 2011: Sama ada ingin mencuba untuk memastikan diri anda sentiasa terdedah dengan maklumat terkini atau mempunyai keinginan untuk berkongsi, Samsung Galaxy Y bersiap sedia memberi suntikan impuls tersebut.
Dengan reka bentuk kompak, gajet bersaiz 11.5 mm ini, dioptimumkan bersama cip pemprosesan 832MHz, berkelajuan muat turun sehingga 7.2Mbps dan skrin sentuh TFT 3 inci.
Model ini juga didatangi dengan 5 warna berlainan untuk penutup belakang, menjadikan rekabentuknya lebih ceria dan boleh menarik perhatian. Lima warna tersebut ialah putih, perak, hitam, oren dan merah jambu.
Teknologi Ini membolehkan anda menggunakan pelbagai aplikasi dan pemainan video percuma mahupun berbayar di Android Market, Samsung App termasuklah ChatOn, Angry Birds mahupun Fruit Ninja.
Istimewa untuk pemilik Samsung Galaxy Y, Gameloft Games telah menyediakan permainan percuma untuk 20 000 muat turun pertama.
Samsung Galaxy Y juga boleh berinteraksi dengan aplikasi Cooltone yang ketika ini boleh didapati di laman sosial Facebook.
Nikmati kepelbagaian muzik, gambar dan video bersama-sama dengan Galaxy Y. Ia didatangkan khas dengan sistem penyimpanan dalaman 180MB dan 2GB kad memori microSD yang boleh ditambah sehingga 32GB.
Sebuah telefon pintar tidak lengkap tanpa sebuah kamera. Galaxy Y dilengkapi dengan kamera 2MP yang dapat menangkap gambar bersaiz 1600x1200 dan merakam video berkualiti QVGA (320x240) pada 15fps.
Galaxy Y dijalankan dengan sistem operasi Android 2.3.5 Gingerbread yang merupakan sistem operasi atau OS terbaru untuk telefon pintar Android di pasaran sekarang. Jadi anda dapat menikmati kelajuan dan kebolehan sepenuhnya yang ditawarkan oleh Google dan Samsung.
Pada harga yang amat berpatutan iaitu RM499, Galaxy Y mendahului pencabar terdekatnya dengan kombinasi perkakasan dan perisian yang tiada tandingan. Kepada golongan belia yang ingin berada di hadapan, telefon pintar Samsung Galaxy Y adalah teman terbaik buat anda.

1 ulasan:

Catat Ulasan