Rabu, 4 Januari 2012

Ariff Alfian Pelajar Luar Negara Melayu Pertama Kahwin Lelaki Sejenis


Kehilangan sejak 3 tahun lalu dari tahun 2009 yang mana seorang pelajar Malaysia di Dublin iaitu Ariff Alfian Rosli, pelajar perubatan tajaan Petronas yang tidak dapat dihubungi keluarganya terbongkar. Ariff difahamkan dalam laman blognya  telah membuat artikel mengenai perkahwinannya dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin. Akibatnya ianya mendapat liputan luas diserata Malaysia apabila dia telah memalukan agama Islam dan warga Malaysia keseluruhannya.

Apatah lagi adat sebagai orang melayu telah ditonjolkan sebagai dirinya dalam majlis perkahwinannya itu apabila berpakaian kemas seperti perkahwinan orang melayu di Malaysia, ianya telah dianngap sebagai amat menjatuhkan air muka sebagai orang melayu.

Untuk info, ayah Ariff, iaitu Rosli Haron dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya namun tidak berjaya. Dan kini apa yang ditakuti oleh ayah Ariff yang anaknya terlibat dengan pergaulan bebas serta hubungan sejenis menjadi kenyataan dengan khabarnya dia telah berkahwin sesama kaum sejenis telah tersebar dan ianya khabar yang memalukan buat keluarga Ariff sendiri.

Tambahan pula, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama bagi menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff sebagai seorang pelaja kerana gagal mengikuti syarat-syarat ditetapkan.

Sesungguhnya, kita sebagai umat biasa tiada hak untuk menghukum dirinya tentang perlakuannya ini, kita hanya mampu sedekahkan doa semoga Ariff mendapat petunjuk hidayah akibat perlakuannya ini, dan dari itu dapat menyedarkan dirinya sendiri agar menemui jalan lurus sebagai umat islam sebenar dan semoga diredhai Allah hendaknya kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan